Thursday, December 31, 2009

Masa - Selamat Tahun Baru .

1 comments
Bismillah ...

Post sebelum ni aku ada sebut aku nak tulis isi-isi penting yg aku dpt from RIS . tp , belum ada mood yg betul2 nk menaip benda tue . dan memandang kan jarum jam ku berlari lari untuk meninggal kan no 2 , 0 , 0 , dan 9 , maka aku pn saje la nk type post selamat tahun baru . Tapi , post nie , xde kaitan sangat dengan tahun baru . lebih kepada diskusi sedikit je pasal masa .

Relative kepantasan masa:

Seriously, aku rs sekarang ms belalu begitu pantas . tanda akhir zaman kot nie . or aku sendiri banyak buang masa dengan benda benda lagha yang aku suka . aku teringat kata-kata kawan aku, 'time is just perception' . betul ke ? korang perasan tak , klu kita buat benda2 yg kita suka , Ya Rabbi , kejap nya masa 'hilang' . tp klu kita buat benda yg kita x suka , mak aiiiii , nk tunggu 1 detik tue punya la azab . mcm tue gak time kita study , time waktu biasa , hadeh ... baca satu muka surat tue dah rasa lama . tp cuba time nk exam , kejap je masa study kita nak abis , masa macam x sabar sabar nak menghambat kita gi masuk menghadap kertas peperiksaan .

Masa dalam Al-Quran:

Cuba kita buka pula kitab suci Al-Quran , Surah Al-'Asr (tgk la Quran tu mana tahu ada yang dah berhabuk , ada yang tgk nampak sangat baru walau dah beli 2-3 tahun) :

Demi masa, Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian , kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan pesan dengan kebenaran, serta berpesan pesan dengan kesabaran .

Cuba check diri kita , muhasabah diri , kita ni termasuk dalam golongan mana , rugi ke untung ?
insya'Allah kita ni beriman , cuma kekadang turun naik kan . then check pula, kita ada buat kebajikan tak ? banyak mana kita buat kebajikan ? ke lebih banyak keburukan kita buat ? xyh baitau orang , sendiri buat sendiri tahu kan . kebajikan ni cabang dia luas dan tak perlu aku explain kat sini , rasa semua arif kan . pastu , check , kita ada buat ke kerja tue ??? tue ... tue ... tue ... bagi pesan pesan ... ke berat mulut kita ni nk memesan kt orang ... tapi bila bab ngumpat , ngutuk , cakap benda xelok , mulut jadi macam bertih jagung , cakap tak henti-henti . dah tue kalau buat kan ... apa yang kita pesan tue benar ke tak .... ke kita pesan lebih utk jaga hati kawan-kawan sampai kekadang pesan pun benda x betul ... refer quotation dari Tariq Ramadan : "We are not here to please the people" dan "Do not sell your religion to please other people." . haaaaaaaa ...... jangan la kita sampai kan benda tak benar semata-mata nak jaga hati orang keliling kita , nak dapat kelebihan dan keuntungan diri kita . berkata benarlah meskipun pahit , cewahhhhhhhhhhh . pastu kata kan kita dah pesan pesan , pesan pula benda yang benar , kita check pula , kita letak tak "sad ba ra" dalam hati kita . ke bila orang tak dengar pesanan kita , kita marah marah , maki , melenting , atau terus jauh kan diri kita dari dia . tue tanda tak letak kesabaran dalam diri kita la tu . jangan ... sesekali kita jangan ... nehi nehi nehi .
Untuk tau kita dalam kelompok mana , tgk kita ada tak 5 elemen ni , beriman, mengerjakan kebaikan, berpesan-pesan , kebenaran , kesabaran . so , sempena tahun baru ni , kita reflect tahun lepas kita , kita dah untung ke kita rugi . kalau rugi , kasi untung ini tahun . kalau ada untung tahun lepas , kasi untung lebey lebey ini tahun . ^__^ . (manusia yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari hari semalam) .

Kesimpulan :

Aku igt nak tulis panjang lagi , but , aku rasa sebelum pena aku menulis sampai sesat ke belukar , baik aku noktahkan sahaja coretan aku nie .

Hargailah masa , sebab bila kita hilang 1 saat masa tu , kita dah tak boleh dapat balik . tak akan ada peluang kedua untuk kita dapat kan masa yang 1 saat itu kembali . sedarlah wahai diri ku sendiri .

Selamat Tahun Baru . Semoga Setiap Hari Azam Diperbaharui , Amalan Orang Dicemburui , Dosa Orang Iktibar Itu Pasti .

Wallahua'lam .

Wassalam .

Tuesday, December 29, 2009

Aku dan Dia, Reviving Islamic Spirit 8.

2 comments
Reviving Islamic Spirit 8 telah selamat melabuhkan tirainya pada tengah malam 27 Disember 2009 dengan diserikan lagi oleh 3 lelaki dan 3 perempuan kembali kepada fitrah atau agama anutan Ibrahim alaihissaalam , Musa alaihissalam , Isa alaihissalam dan Muhammad sallahualaiwassalam. Ashadu alla ila haillah waash haduanna muhammadar rasulullah wai'sa adullah . sangat sangat best. Secara peribadinya , aku sangat rasa beruntung dan berbaloi dapat menghabiskan 3 hari masa aku di dalam convention ini. Tak rugi beb~~~~~~~~~~~ . Kehadiran penceramah-penceramah yang mengkagumkan kadang kala membuatkan aku seperti terpempan dek isi-isi yang dilontarkan dari bibir-bibir mereka. Aku mengakui bahawa ceramah atau pidato yang berkesan seperti ini umpama sihir yang mampu memukau pendengar untuk memasang telinga meneliti setiap bait kata-kata mereka.

Tapi memang aku tak nafikan yang setiap orang dilahirkan punya keinginan atau minat terhadap sesuatu yang kadang kala berbeza. Bukanlah maksudku untuk menyatakan bahawa ketidaksukaan seseorang kepada sesuatu adalah angkara ketidakelokkan atau ketidakbagusan kualiti sesuatu perkara tersebut. Mungkin methodologi perkara tersebut disampaikan tidak sejajar atau tidak sealiran dengan keinginan atau minat mereka lantas resonan atau impak yang dihasilkan tidak mencapai tahap optimum. Atas landasan itu, aku ada alasan mengapa aku tidur sewaktu beberapa orang speaker menyampaikan pengisian mereka dan di waktu lain mata dan telinga ku ibarat ditambat untuk menghayati majlis ilmu tersebut. (panjang gak alasan aku nak bagi diri rasa tak bersalah tidur semasa ceramah :-P).

Berbalik kepada RIS ini , aku tidak menyangka yang aku akan jatuh cinta (bukan jatuh cinta dengan barisan wanita-wanita muslimah yang diakui sangat cantik di situ, so, pasnie pada mereka yang nak cari isteri dan yang memilih rupa, sila datang ke majlis ilmu di Toronto , hehe, just joking) dengan majlis ilmu ini. Jujur, dalam kondisi atau taraf iman aku yang aku rasa masih suam suam kuku ini, aku jarang tertarik dengan majlis seperti ini (rindu zaman teruja dengan ceramah di KMB) . Namun, cintaku telah dicuri dan dibelai manja oleh Tariq Ramadan dan Tariq Suwaidan ^__^ . Setiap kalam (exeggerate skit) yang dihambur oleh mereka seolah-olah lebih melembutkan hati aku kepada Islam. Ada juga penceramah lain yang berjaya berbuat demikian namun cinta itu kan buta. Kadang kala tak semua yang baik itu dicintai. Cinta hadir bila mana hati rasa best semacam dan sesuai dengan naluri hati ketika itu. Dan cintaku telah memilih mereka berdua untuk aku kagumi............wow sweet gila aku . haha . but seriously, both of them sangat bagus dari renungan mata dan halwa telinga ku . Insya'Allah aku akan cuba post mana isi-isi yang aku rasa nak dan aku sempat salin ke dalam blog ini untuk aku sendiri ingat dengan peringatan dan tatapan orang yang sudi membaca blog aku nie.

Wokey , Isyak sudah hampir melabuhkan waktunya , Subuh bagai tidak sabar untuk bertemu manusia yang berjihad untuk bangun menunaikan kewajipan kepada Yang Menciptakan mereka. Mahu bersiap siaga untuk bermesra dengan masjid di sana.

Wassalam .

6.07 pagi 29 Disember 2009.

Thursday, December 24, 2009

Titian usang .

0 comments
percayalah ,
ia bukan sekadar titian usang ,
reput urat bergelintar menyimpan seribu kisah ,
gelap kelam warna tanda lapuk tak songsang .

percayalah ,
ia bukan sekadar titian usang ,
pengajaran berlumut di hujung tebingan ,
melukut mengharap terus diendahkan .

percayalah ,
ia bukan sekadar titian usang ,
jangan biar rekahan berterus-terusan ,
kerna yang usang masih mampu diperkukuhkan .

percayalah ,
renunglah mataku ,
percayalah ,
ia bukan sekadar titian usang .

9.35 malam , 24 Disember 2009 .

Saturday, December 19, 2009

faham ke kita tentang bidaah?

11 comments
Bismillah ...

hari ketiga cuti winter break ... aku dah bosan tahap super ... haha ... nak merayap kat luar sejuk macam apa ... aku paling malas pakai baju tebal tebal . pergi masjid pun pakai kain pelikat dengan selipar dan baju dua lapis . ringkas .

herm...
semalam seperti hampir setiap jumaat malam , ada usrah sini . naqib aiman (memang aku respect dia nie) . tajuk Bidaah . tajuk ni memang aku suka . sebab apa ? sebab perkara ni memang dah menular dengan jayanya dalam kalangan orang Islam terutamanya penduduk di Malaysia . bacaan yasin SETIAP malam jumaat, kenduri arwah , talkin , doa berjemaah SETIAP kali seusai solat antara bidaah yang tanpa kita sedari dah menjadi amalan kita. kecuali di Perlis , aku rasa aku BELUM DENGAR kot tempat lain di Malaysia yang tak mengamalkan beberapa amalan yang disebut di atas.

perbincangan semalam berkisar mengenai penjelasan tentang bidaah secara agak details. namun , agak mengecewakan aku sebab aku tak dapat jawapan yang aku ingin kan . bukan salah naqib , tapi ada beberapa elemen yang meruntun kepada perkara tersebut . tak perlu aku mention kat sini sebab tak elok . aku agak agresif semalam dari segi pertanyaan soalan sebab aku seriously nak faham sebab benda berkaitan amalan ini . tapi , lepas ada benda yang tak kena pada pandangan aku semalam , aku mengambil langkah untuk diam . dan bila aku diam , aku mengantuk , dan akhir nya aku tidur .

berbalik kepada persoalan bidaah ini , Malaysia sebenarnya perlukan rombakan besar besaran dari segi sistem pendidikan agama . kalau kt Malaysia, Dr MAZA dituduh kononnya wahabi (apa yang menyebut tu faham dan tahu ke wahabi tu apa?) dan seolah-olah dianggap tidak betul sebab perkara-perkara agama yang disampaikannya bertentangan dengan amalan mereka, aku rasa kat Canada ni ramai la muslim yang kena tuduh seolah-olah tidak betul. sedangkan yang menuduh tu sendiri bercakap berdasarkan apa. bukti yang sahih adalah daripada Al-Quran dan hadith yang tak dinilai daif atau palsu. aku sendiri pun tak banyak ilmu tentang perkara ini. aku sangat mengharapkan ada nya insan yang benar benar memahami mengenai agama ini mendapat kuasa untuk mengubah kerana pendidikan sebenarnya membentuk diri manusia dari segi sahsiah dan pandangan manusia itu sendiri . semoga akan tiba detiknya para pemimpin bangun untuk berbincang perkara perkara yang bermanfaat dan penting ini berbanding bergaduh sesama sendiri atas perkara yang kadang kala tak penting dan bertujuan menjatuhkan sesama sendiri. salah siapa ? akhir kalam , lu pikir la sendiri .

wAllahua'lam .

Saturday, December 12, 2009

Sekadar Coretan

2 comments
Bismillah ...

Hitam ...
Putih ...
Pilih ...
Jangan berdalih ...
Selagi udara masih mengalir ...
Hitam tak kan selama suram ...
Putih tak selama segar tak dinodai ...

Pandang, lihat, tenung ...
Suci kan dalam diri ...
Berdiri dan seusai...
Tangan ditadah sesal tak sudah ...
Agar setiap hembusan mendapat barakah ...
Supaya luar cantik berseri ...
Bukan semesti pandangan dari lahiri ...
Pandangan Kaunuhu Basiran yang dikejari ...

Thursday, December 10, 2009

secangkir pembuka bicara : 10 December 2009

5 comments
Bismillah ...

Aku tak tau nape tergerak hati nak buat blog aku sendiri hari ini . Hari yang sama dan beberapa jam selepas first paper final semester 3 ku MSE270 . so , first entri ni , sekadar secangkir kata seuntai madah pembuka bicara . tak ada idea , pengalaman , atau topik mahu disemburkan .

Semoga lembaran akan datang dapat mencapah dan memperhalusi pandangan , menjadikan idea yang opacity kepada transparency dan dapat berkongsi serta berdiskusi pandangan yang translucency, supaya lebih bermanfaat .

pandang disini toleh ke sana ,
apa yang dicari tak siapa duga ,
menutur kata niat tak disangka ,
jadi neutralist tiada prasangka .

andai busur memanah sanubari ,
anggaplah ia belaian sang bidadari ,
moga manfaat hadir sendiri ,
moga hakikat kan bisa dirasai .

semoga blog ini terus terusan hidup menyimpan khazanah sang koma .