Saturday, February 27, 2010

sepintas lalu .

0 comments
Bismillah ...

semoga langit di hati semakin biru ,
hantaran yang datang tak pernah lalu ,
rekah di dada kan tertutup padu ,
sinar yang hadir tak sirna selalu .

WAllahua'lam .
1 comments

Thursday, February 25, 2010

2 comments

Wednesday, February 24, 2010

2 comments

Tuesday, February 23, 2010

1 comments

Monday, February 22, 2010

Sekadar kata kata .

0 comments
Bismillah ...

just teringat beberapa quote ni ...
(1) sekira nya kita berdakwah dan tiada masalah atau tentangan yang berlaku dalam perjalanan dakwah kita , maka ada sesuatu yang tak kena dalam dakwah kita itu . (diambil dari usrah) .

(2)sesiapa yang pandai merintih , mustajab doanya . (dari dr asri) INSYA'ALLAH .
contoh : rintihan Rasulullah SAW ketika memohon hidayah untuk penduduk Ta'if.
rintihan Nabi Ayub AS ketika dihurung penyakit .

semoga kita mendapat sesuatu pengajaran .
betulkan yang mana salah .

WAllahua'lam .

Saturday, February 20, 2010

Bal'am bin Bau'ra dan Ikrimah bin Abu Jahal . Kita pula bagaimana ?

2 comments
Bismillah ...

Fuh ... seminggu habis sekelip mata . 2 hari lagi pastu start sek balik . plan cuti summer aku masih kelam kelibut . xpelah . pk sem 4 yg xabis lg ni . erm . malas act nak update blog ni sbb thermo xabis study lg utk midterm rabu ni . tapi sebab penat baru balik main futsal , maka , update la kejap sementara aku ada idea ni . post kali ni aku nak cerita pasal 2 orang zaman dahulu kala yang boleh kita buat perbandingan . seorang ni nama nya , bal'am bin bau'ra yang hidup di zaman Nabi Musa AS dan seorang lagi ikrimah bin abu jahal yang hidup di zaman Rasulullah SAW.

Bal'am Bin Ba'ura diberikan anugerah oleh Allah Ta'la yang mana doanya mustajab. untuk melihat susur cerita beliau, mari kita mengimbau kisah tatkala hayat Nabi Musa. sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Firaun telah diperangkap di Laut Merah lantas mati dalam kekafiran. Selepas itu, raja di sebuah kawasan terdengar berita akan keinginan Nabi Musa datang ke tempatnya lantas ketakutan kerana dia mengetahui andai Nabi Musa berjaya sampai ke kawasannya , maka , kerajaan nya tidak akan menang kerana Firaun yang hebat itu juga mampu ditumpaskan oleh Nabi Musa. lantas raja meminta bal'am bin bau'ra berdoa agar Nabi Musa tidak berjaya memasuki kawasannya . atas kelemahan ke atas nafsu akibat pujukan isterinya , bal'am akhirnya berdoa agar Nabi Musa tidak dapat memasuki negara nya , lantas doanya dimakbulkan Allah. Nabi Musa terperangkap di padang pasir tanpa menemui jalan keluar selama berpuluh-puluh tahun. akhirnya, bal'am menemui ajal selepas itu. dan amat menyedihkan , dia mati dalam kekafiran natijah perbuatannya itu sedang kan sebelumnya beliau seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala. kisah Bal'am diceritakan oleh Allah dalam ayat 175-176, Surah Al-A'raf.

Mari kita banding kan kisah beliau dengan kisah Ikrimah bin Abu Jahal. Semasa Fathul Mekah (kalau x silap), beliau adalah antara 6 orang yang Rasulullah SAW tidak menjamin keselamatan mereka di Mekah. lantas, atas rasa ketakutan, beliau yang merupakan penentang kuat Rasulullah SAW melarikan diri ke sebuah kapal. Di dalam kapal tersebut , berlaku sesuatu sehingga salah seorang di dalam kapal tersebut berkata, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kalian melainkan Allah Ta'ala. Dan Masya'Allah , ketika itu , terlahir perasaan yakin kehadiran Allah Ta'ala di hati Ikrimah . lantas beliau pulang menemui Rasulullah SAW dan memeluk Islam. Rasulullah yang begitu menjaga umatnya tidak membenarkan orang-orang lain bercerita keburukan Abu Jahal kerana tidak ingin mengguris perasaan Ikrimah. begitu mulia sikap baginda , Masya'Allah . Ikrimah akhirnya mati syahid dan mati dalam keadaan beriman sedang kan sebelum itu beliau penentang kuat Rasulullah (kalau x silap) .

Di sini pengajaran yang dapat kita lihat sangat banyak kan . Pembaca sangat bijak untuk mengambil iktibar . banding kan dan renung kan dua kisah ini , semoga kita semua mendapat manfaat . Bagaimana pengakhiran hidup kita ? Selamat kah kita ??

WAllahua'lam .

Thursday, February 18, 2010

dan pabila tak mampu ku tinggalkan ...

0 comments
Bismillah ...

Keluarkan aku dari kekelaman,
usir aku dari kegelapan,
tarik daku dari kejahilan,
kerna sukar kuberjuang berseorangan.

Aku insan yang serba kekurangan,
hati yang kusam mencari pedoman,
longlai oleh pelukan syaitan,
nafsu mudah menangani iman.

Ya tuhan,
aku mengharap segala keampunan,
kutahu kau mendengar rintihan kebencian,
yang terus terusan menghalau kehitaman,
agar sirna di hati dan hadir sinaran.

Itulah harapan,
itulah idaman,
itulah yang kudambakan,
semoga kuberoleh kekuatan,
yang tidak terpasung dipertengahan jalan,
agar dapat kukecapi halawatul iman.
agar bersih diriku dari kepalsuan.

WAllahua'lam.

Barakallahu lakum .

3 comments
Bismillah ...

Takde benda sangat nak tulis , just dapat berita berkaitan pasangan lately . Tahniah untuk one of my bestfriends , Azrah yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Rasyidi , Isnin lepas . Pasnie , best la korang , balik Aussie , bulan madu sana . Dalam group kita, ko settle down dulu beb . haha . nnt buat gathering , dah boleh bawa anak , insya'Allah . =) . Selain tu , berita pasal senior aku kat KMB , Najib dan isterinya , Naili yang kini di UK. isterinya aku dengar sedang mengandung , tapi tak tau la kalau dah tiba pun masa beliau mendapat baby . semoga dipermudahkan segala urusan . Lagi satu senior KMB aku, Imran Fadhil yang sedang menanti tarikh 18 Mac insya'Allah untuk mendapat baby (boy kalau tak silap aku) di US . semoga segala urusan dipermudahkan . bak kata beliau lepas kahwin ni , sihat jiwa =) . wahwah , tarikh tue sama tarikh lahir aku . hikhik (gelak gedik) . okay . saje nak bercerita . yang bercerita ni jodoh tak sampai lagi . semoga hidup mereka terus diberkati . insya'Allah . amin . barakallahu lakum untuk mereka =) .

Tuesday, February 16, 2010

Paintball not Pain ball or Penpal .

0 comments
Bismillah ...

Lelah pasrah seorang gagah ,
menyusur jalan menggagau mehnah ,
mendayung ke tengah langkah berubah ,
mengail kudrat moga tak lemah .

halo ... hari keempat reading week . ntah berapa muka buku aku baca ku pun tak tahu . asik mainnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn je . hadei . semalam habis masa aku main paintball. hasilnya , bengkak jari hantu aku yang takde cover pape kena tembak semalam. anyway , memula tu aku semangat juga nak main , tapi lepas kena tembakan sampai bengkak semalam , aku dah fobia. lepas tu, aku main cuak cuak . haha . tempat memang psycho abis . dulu kt kmb , main kt padang , xreal sgt. ni main indoor, tmpt scary n gelap, macam main dalam video game je la . ada sekali tu , aku terfikir , macam mana la kalau aku ni disuruh perang fisabillah . perang macam dulu-dulu . kena peluru paintball tu pn dah sakit macam haram . itu sebabnya orang yang berperang di jalan Allah tu dikurniakan pahala yang besar dan mati syahid. sebab memang sangat susah nak atasi fear untuk risiko korbankan diri atau cedera ketika berperang kan .

Huhu . semoga setiap kejadian dalam hidup kita , kita dapat kaitkan dengan hikmah yang Allah ingin berikan . bersangka baik kan .

WAllahua'lam .

Sunday, February 14, 2010

SAMBUNGAN coretan semalam .

2 comments
Bismillah ...

aku just nak sambung pe aku tulis semalam . aku pernah dapat cerita dari seseorang yang dipinggirkan oleh golongan yang rasa diri dieorg baik . cerita nya macam ni , orang ni pernah buat kesilapan yang teruk dulu , hanyut . but then , pintu hati dia terbuka untuk kembali ke pangkal jalan . dan salah satu cara yang dia figure out adalah join golongan yang buat usrah . Alhamdulillah , ada usaha dia nak mencari mehnah untuk pulang ke gagang . Namun , yang buat aku terkejut dan sangat mengecewakan aku , golongan 'anta anti' ni , once dieorg tau hamba Allah ni dh buat benda tak elok dulu , dia dipinggirkan . korang tu baik sangat ke . sampai nak jauh kan orang dari mencari jalan pulang .

korang kena ingat , Mehmet Al-Fatih dulu takluk Constantinople , dia x buat benda tak elok pada orang kristian kat situ , malah jaga hak dieorg, dia xhalau org2 situ . padahal , orang kristian ni dulu bunuh , rogol orang Islam dulu time Perang Salib . SEBAB APA ? sebab itulah Islam . supaya orang tengok , ya Islam ni macam ni . Dia jadi ISLAMIST bukan sekadar MUSLIM . so , kalau korang rasa korang dah hebat dengan BENCI orang tu , tinggi sangat la peribadi korang banding Mehmet Al-Fatih yang tak pernah tinggal solat waktu , solat rawatib dan SOLAT TAHAJJUD dan al-hafiz sejak kecil. AKU NAK TEKANKAN , BENCI PERBUATAN , BUKAN BENCI ORANG . dan kalau tak suka perbuatan orang tu, jumpa dan cakap elok elok dan directly , bukan jauhkan diri . dan korang mungkin tak tahu , yang dia ada reasons buat macam tu . make everything clear . don't make it worse .

Mohon maaf andai ada yang terasa , just untuk tegakkan apa aku rasa betul , but aku tak perfect , x ma'sum , aku tulis pun kekadang untuk ingat kan diri aku . (aku tulis benda ni pn sebab ada terasa dengan certain people, bila kita tulis base on apa kita rasa , kita boleh sampai kan dengan lebih clear kot , thanx) .

WAllahua'lam .

Saturday, February 13, 2010

Buat manusia yang rasa dirinya baik .

2 comments
Bismillah ...

aku rasa before benda ni melarat ... aku kena buat something ... kenapa manusia selalu menghukum manusia atas kesilapan atau ketidaksempurnaan dia . orang tu berhak membenci . but bukan kepada manusia itu , tapi kepada kesilapan perbuatan nya itu . sebab hebat sangat kah kita untuk menghukum manusia lain ? tinggikah skala peribadi mereka untuk menghukum rakan mereka dengan menjauhkan diri mereka dari dia atas kesalahan yang dia buat ? aku tak faham . ideologi apa yang diterapkan dalam pemikiran rasionalisasi mereka sehingga tindakan tersebut menjerkah fizikalisasi mereka ? aku benci dengan sikap dan perbuatan ini . buat manusia manusia ini , sila bersikap adil , seriously , ingat apa tariq ramadhan kata , I might hate what you are doing now , but I not hate you , because what you are tomorrow , maybe better than what am I today .

SaifulIslam:

Sebagai da’ie, saya tidak di posisi menghukum.

Sebaliknya mengajak mad’u berfikir, agar sebelum hukum menghukum, jiwa sudah bersedia untuk mempositifkannya.


buat mereka ini , sila sedar . mungkin korang alim , baik , tapi hubungan sesama manusia kena jaga juga , jangan kecil kan hati orang , thanx .

WAllahua'lam .

Peh ... Sentap Beb (Peringatan Semua) .

0 comments
Bismillah ...

Ha ......... reading week= holiday . penat , baru pas main futsal . pejam pelik pejam pelik ... eh celik , dah berada dalam pertengahan sem 4 . fuh . perlu mencorak hidup yang lebih sempurna selepas ini .

aku nak cerita sumthin pasal seseorang yang aku baca dalam blog senior aku di KMB . bukan cerita peribadinya yang ingin ku kongsi di sini cuma satu nukilan nya menyentap perasaan aku semalam . cerita mengenai seorang malaysian chinese yang muda daripadaku yang menunjukkan peribadi yang mengagumkanku . dan dia berada di salah sebuah university di canada (uni apa , teka sendiri , hehe ) . okay . mari kita tengok apa yang buat aku kagum dengan dia . (dia masih belum memeluk Islam lagi mengikut apa yang aku tahu) .

  • sedang explore al-quran dan kini tiba di surah kelima.
  • mengalun zikir bersama-sama rakan muslim yang lain.
  • dia sendiri nampak ketenangan dalam solat berjemaah (ada muslim pun berat nak solat jemaah) .
  • Dia ada favourite phrase: surah an-Nur , ayat 56: Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatilah Rasul (Muhammad) , agar kamu diberi rahmat . (tanya orang muslim pun sure ramai yang tak tahu/hafal ayat ni kan) . Dia kata dia sangat sukakan ayat ni . pelik tapi benar kan . sweet sangat . =') .
  • "Kenapa orang pakai tudung tapi tak tutup dada? kena tutup kan." (Ha , ni aku tak nak comment lebih-lebih , nanti ada yang terasa , cuma fikir la sendiri , non-Muslim boleh faham, kenapa tak kita) .
  • "Kenapa diorang campurkan saja lelaki perempuan, xsesuai la" . merujuk kepada aktiviti yang x sesuai yang dianjurkan untuk orang-orang Islam yang dah berpangkat suami-suami dan isteri-isteri orang .
See ... how sensitive she is tentang Islam banding orang Islam sendiri . bila aku pk balik , aku malu dengan diri sendiri . Memang semalam sangat terpempan . Semoga ini menjadi peringatan terbaik untuk diri aku sendiri . Doakan semoga dia mendapat hidayah daripada Allah . aku malas tulis panjang-panjang , nnt ramai malas baca , so , sampai sini je . muhasabah diri balik la . sambil tue , dengar lagu ni , aku xtau nak kategori jiwang ke apa , cuma , aku suka alunan dia , aku jarang amik kisah lirik lagu kot . =)

MasyaAllah ...

2 comments

Bismillah .

Mari Iqra' kejadian ini - Kejadian Tsunami, banjir lumpur di Sabah, Banjir Taufan di Filipina dan beberapa kejadian bencana alam sebelum ini berlaku pada 26 Disember, sehari selepas Kristmas. Di Acheh pesta arak di pantai telah di tegah oleh satu orang Alim, diperolok2kan lalu beliau meninggalkan kampung itu dan tersel...amat. Adakah itu kebetulan? Atau sengaja Allah aturkan untuk membuka mata hambanya yang lupa diri berpesta pada malam sebelum kejadian?

Dan kejadian Gempabumi di Padang lebih indikatif lagi. Mari kita perhatikan kronologinya. Para saintis bingung melihat turutan gempa yang luar tabie ini.

Jam 17.16 - Gempa di Padang jam
Jam 17.58 - gempa susulan
Jam 08.52 - esoknya gempa di Jambi

Cuba lihat surah dan ayat berdasarkan timing kejadian di Al-Qur'an, nescaya kita akan segera merasa diri ini kerdil di hadapan Allah.

17.16 (QS. Al Israa' ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

17.58 (QS. Al Israa' ayat 58): " Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."

Tiga ayat di atas, yang ditunjukkan tepat mengikut waktu kejadian tiga gempa di Sumatera baru2 ini terkait dengan azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan

kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir'aun dan pengikut-pengikutnya.

Mampukah cetusan ini menyedarkan kita?

WAllahua'lam .

Sumer rujukan: http://www.facebook.com/posted.php?id=241534022625&share_id=468508890252&comments=1#!/posted.php?id=241534022625&share_id=280861106551&comments=1#s280861106551

Friday, February 12, 2010

Sayiddul Ayyam .

0 comments
Bismillah ...

Quick and short post . quiz pukul 2 ni . senyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuum .

Daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan: Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan" Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim

WAllahua'lam .

Thursday, February 11, 2010

...................................

4 comments
HIPOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKRITTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 10, 2010

terrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr moooooooooooo .

0 comments
Bismillah ...

Short post ... hari nie aku berlari seperti burung kasawari angkara lab report thermo . huuuuuuu . tensen tul .

kalau gersang tanah yang tandus ,
air ditimba untuk siraman ,
kalau gersang hati yang lurus ,
penawar quran sebagai rawatan. (see 17:82 sebagai reference) .

(kena study solid , ayayay ) .
p/s: susah kan nak memaafkan orang yang rapat dengan kita tapi dah buat dajal dengan kita , walau dah cuba , tapi amat sukar .

WAllahua'lam .

Monday, February 8, 2010

saya masih lelaki .

12 comments
Bismillah ...

tajuk mengarut . tapi betul . aku masih lelaki (muka serious) .

esok ada midterm test DE pkl 2 smpi 4 ptg . skang ni plak kepala sakit semacam . badan rasa xsedap . Ya Allah . moga punya rahmat di sebalik ujian ini . sakit macam mana pun kena cuba senyum . be positive .

kalau mengail di balik rimbun ,
jangan lupa dongak ke atas ,
kalau sakit meratah bertimbun ,
doa dipohon genggam tak lepas .

syair dinukil tuk bidadari,
irama sumbang jangan diwarisi,
jika rasa diri bersendiri,
jangan dilupa rab masih disisi.

WAllahua'lam .

Saturday, February 6, 2010

solat ... sejarah ... pemimpin .

1 comments
Bismillah ...

Hari ni ak rs lapang skit . tak tau nape . hati cam tenang . padahal minggu ni ada midterm DE and quiz solid . pagi bangun awal , selepas membuat benda benda wajib , menelaah solid skit . pastu sambil tgk bola . puas aku jerit lebih kurang 5 kali kot , Man U menang 5-0 lawan Portmouth (saje merepek sat) .

b4 nk gi solat asar td , sambil siap2 , kt mulut terpacul satu ayat , inna solat tatanha a'nil fahsa iwal munkar . ulang-ulang pula tu . aku pk balik . ayat ni xkn tipu sbb xsilap aku ni ayat quran cuma tak pasti ayat berapa n surah mana. tapi , pada masa yang sama , manusia kini aku tengok ramai lagi yang solat . tapi kenapa masih ada perkara keji dan munkar berlaku . there must be something wrong somewhere . kena check balik kot solat . herm . peringatan kat diri sendiri .

next week reading week seminggu . cuti . tapi , aku mmg xplan pape kot . sbb dalam pale aku mmg nak kena buat essay Islamic History yang patut nya aku dah start tp aku xbaca langsung buku n even xpilih lagi buku yang nak buat review tu . (apa kehendak soalan tu pun aku xbaca lagi) . hampes ko fazry .

tp , Islamic History ni best klu kita ambil iktibar apa yang terjadi dulu . bagaimana reason tergulingnya pemerintahan Ummayad kesan si Walid II yang kaki perempuan dan tonggak arak serta mengabaikan pemerintahan .

macam mana tercetusnya perang sesama Islam yang pertama antara Saidina Ali dengan opponentnya , Zubayr , Talhah , dan Saidatina Aisyah sampai mati Zubayr dan Talhah . n klu x silap aku , semua 4 orang ni dijanjikan masuk syurga kan (correct me if I am wrong) . perang yang pada hemat aku berlaku angkara orang luar sehingga memporak peranda kan Islam tu sendiri . Saidatina Aisyah kemudian memohon maaf kepada Saidina Ali dan mengakui kesilapannya . reflect la zaman sekarang ni . aku tak nak tulis banyak banyak . kita boleh fikir sendiri kan .

lupa nak cakap . Khalifah Umar Abdul Aziz (Umar II) menyaksikan tak berlaku masalah atau persengketaan dan boleh dikatakan zaman kegemilangan kerajaan Ummayad, sebab apa ? sebab beliau seorang yang warak , berpegang pada agama , berlaku adil kepada setiap golongan , tak double standard dengan golongan yang baru masuk Islam . Ini lah pemimpin yang kita cari . Memimpin dengan agama . Bukan memanipulasikan agama . Kita semua bakal memimpin . pimpin orang bawahan . pimpin keluarga . or paling low pun kita kena pimpin diri sendiri . so , fikir fikir kan lah .

chow chin chow .

Wassalam .

Friday, February 5, 2010

Senjata-Doa =)

3 comments
Bismillah ...

Mari meneliti ayat-ayat di bawah:

1. Kaaf Haa Yaa 'Ain Shaad.
2. (yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,
3. Yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.
4. Ia Berkata "Ya Tuhanku, Sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku Telah ditumbuhi uban, dan Aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.
5. Dan Sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah Aku dari sisi Engkau seorang putera,
6. Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku, seorang yang diridhai".
7. Hai Zakaria, Sesungguhnya kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.
8. Zakaria berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal isteriku adalah seorang yang mandul dan Aku (sendiri) Sesungguhnya sudah mencapai umur yang sangat tua".
9. Tuhan berfirman: "Demikianlah". Tuhan berfirman: "Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan Sesunguhnya Telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali".

[Maryam, 19 : 1-9]

Dalam ayat tersebut telah jelas beberapa pengajaran:
1) Berdoalah dengan suara yang lembut.
2) Berdoalah dengan istiqamah, dan janganlah kecewa dengan kegiatan kita berdoa itu.
3) Mungkin bagi manusia, sesuatu perkara itu mustahil, tetapi bagi Allah, segalanya teramatlah mudah.
4) Allah itu Maha Pemurah, dan Dia memberi kalau kita memintanya, tidak kisahlah dengan apa cara sekalipun.

Kesimpulannya, berdoalah kepada-Nya, Dia mendengari, dan amat-amat mudah untuk-Nya memakbulkan doa-doa kita.

Thanx my junior =) ..

WAllahua'lam .

Tuesday, February 2, 2010

Cuba ......

1 comments
Bismillah ...

2.38 pagi ........... wua ... aku nak tdo ... esok kelas kul 9 . habis lak kul 4 . hermx . masalah yang menghantui aku bila aku tdo lmbt satu hari , ia akan member impak negatif pada hari lain (sela masa tertentu) . haish . aku tak nak jadi macam sem 2 dan sem 3 aku . bila aku pergi kelas , itu adalah hari yang pelik untuk aku (maksudnya selalu ponteng la) . sem nie , Alhamdulillah , record hampir clean sheet , kantoi bbrp kelas je . setiap manusia perlu berubah ke arah kebaikan , dan apa yang penting , mencari titik perubahan yang terbaik untuk menghasilkan perubahan yang maksimum . bila dah berubah , konsistensi pula perlu dicapai kan . ini yang kuperhatikan ramai tewas . Tapi aku selalu ingat kan diri aku , cuba , cuba , dan terus cuba . mencuba tanpa jemu adalah perkara yang aku cuba tanam dalam diri aku . Semoga percubaan ini tak terus tenggelam dek badai yang mungkin menanti ku di hadapan . PEACE . (sambil mendengar lagu nyanyian kanak-kanak untuk guru , GURU KU TERSAYANG , GURU TERCINTA , TANPAMU APA JADINYA AKU) ... comel gila lagu ni , sape nak dgr gi tgk kat fb aku , title kt fb tue TERIMA KASIH GURU - SMKA MAAHAD MUAR .

k want to sleep ... solid pagi ni ............ zzzzzzzzzzzz .

WAllahua'lam .