Tuesday, March 30, 2010

Kun Fayakun .

2 comments
Bismillah ...

^_~ . aku tension harinie . study malas cam hampeh . next week dah ada satu final untuk 1 year course . tapi .............

baru baca status kawan aku . aku happy untuk dia . =) . dia la yang spend masa dekat 2 jam untuk aku check kan essay aku weekend lepas . aku cakap kat dia . klu dia busy , aku xpaksa dia check . tp dia nak buat gak . tak silap aku , lepas habis check baru dia cakap, dia tak buat essay dia yang 10 pages lagi due this week and dia ada midterm and test . n dia xstudy lg kot untuk quiz n test tu time tu . aku cam bersalah gak . tapi dia cakap, dia tolong aku sebab aku KAWAN dia . sedang kan aku start rapat dengan dia masa kitorang sesama jadi fasi kat kem maahad summer lepas . cam terharu gak aku . aku cakap la , semoga Allah tolong dia . n .............

baru baca status dia yang quiz n midterm dia postponed . SubhanAllah . aku cam =))))) . Semoga Allah beri kejayaan pada dia . amin . =) .

Jom Study . Peperiksaan sudah berada di sekitar sudut (exam is just around the corner) . Sebat baru tahu .!

Sunday, March 28, 2010

kembali .

0 comments
Bismillah ...

Tergelak teringat kisah 2nd day sampai toronto masa 1st year . kena tangkap dek dituduh bawa wang palsu . teringat pak cik polis tu psycho marah aku tak gelak time dia buat lawak . marah marah aku macam aku dah confirm bersalah . dikuarantin beberapa jam . hadei ... kenangan tue bai . =) .


WAllahua'lam .

p/s: lagu kt bawah ni tak ada kaitan dengan cerita di atas . (cerita sebenar sudah di delete) .

Friday, March 26, 2010

Sahabat Tak Didendang .

1 comments
Bismillah ,

cadang nak tdo awal .

again , pukul 2 pagi tak tidur lagi . hermx . puas hati gak sebab part kerja untuk group aku , aku dapat siap kan . tak sangka lak , boleh focus haha . n at the same time , essay aku yang tonggang terbalik nahu dan sebagainya tu dah di improve oleh adik kaab aku . hehe thanx kaab .

sahabat tak didendang .
adakah anda ingin menjadi sahabat kepada orang lain yang sering memuji kebaikan dan kebagusan diri anda kerana anda sering menyokong mereka tak kira apa yang mereka buat betul atau salah?
atau anda ingin menjadi sahabat yang sering dicerca dan dilupakan lantaran sikap anda yang tanpa malu, menegur kesilapan mereka untuk kebaikan diri mereka ?

manusia selalu marah bila ditegur akan kesilapan diri mereka. bukan semua . tapi tetap ada . jadi segelintir manusia , yang takut kehilangan kawan , sanggup berdiam diri atau menyokong tindakan sahabat mereka apabila mereka membuat salah. memang dosa manusia ditanggung sendiri, tapi kan seronok kah anda melihat mereka didakap kesalahan terus terusan. adakah hidup anda ingin terus terusan didendang oleh sahabat anda yang begini? seronok kah anda ?

hidup kita ini bukan untuk didendang atau dipuji manusia. hidup kita bukan untuk please manusia . we are here to please Allah . pesanan tajam untuk diri sendiri .

biarlah kita didendang kerana kebenaran bukan hanyut didendang dek kepalsuan. biar kita dimarahi kerna menegur, jika teguran kita itu berhikmah. kerana kita dah berusaha untuk please Allah , dengan menyampaikan apa yang patut disampaikan .

teringat pesanan seseorang , benar niat kita mahu berubah , tapi macam mana ingin melakukan perubahan jika dilakukan dengan jalan yang salah ? jangan memilih jalan berdiam diri dan ignorance kerana ia jarang membawa perubahan . melangkah lah dan ubahlah meskipun kadang kala ketika kita menyiram air manisan , simbahan air longkang yang kita dapat sebagai balasan.

pesanan untuk diri agar tidak leka didendang sahabat-sahabat.

biar tak didendang .
biar ditendang .
jangan terlepas pandang.
kelak menyesal bukan kepalang .


p/s: teringat iklan permainan din-dang kat tv kat malaysia dulu haha .

WAllahua'lam.

Thursday, March 25, 2010

sabar

1 comments
Bismillah ...

ini memang ujian . aku baru dapat lepas kan diri dari satu ujian . datang lagi satu ujian . sabarlah la diri . erm .

saje nak kongsi peringatan dan hadith qudsi di bawah :

IBNU QOYYIM ALJAUZI DALAM KITAB MADARIJUS SALIKIN MENGATAKAN, “SABAR ADALAH MENAHAN JIWA DARI BERKELUH KESAH DAN MARAH, MENAHAN LISAN DARI MENGELUH, SERTA MENAHAN ANGGOTA BADAN DARI BERBUAT TASHWISY (YANG TIDAK LURUS). SABAR ADA 3 JENIS, SABAR DALAM BERBUAT KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T, SABAR DARI MELAKUKAN MAKSIAT, DAN SABAR DARI UJIAN ALLAH.”

DALAM HADITH QUDSI ALLAH BERFIRMAN : “SIAPA YANG TAK RELA MENERIMA KETENTUANKU, SILAKAN KELUAR DARI BUMIKU!”

p/s:lately aku gila lagu Muslim Voice . baik layan lagu dari layan dengan mainan syaitan . suara korang memang best la .

WAllahua'lam .

Wednesday, March 24, 2010

cinta? jauhkanlah .

3 comments
Bismillah .........

ngantuk skit . malam tadi tak tidur . laptop kena lovebite malware lagi . so , bawa gi service kt rumah mus . sambil tu study solid . dari pukul 11 lebih malam kot . sampai kul 2 lebih menatang ni xelok lagi . arif plak baru habis memerah otak untuk cari idea bagi final project dia .

sebelum dia masuk tidur , lepak dgn aku n mus . housemate lama berkumpul kembali . best pula . cam biasa ar . dah ada aku , open cerita pasal kahwin . haha . tp bukan benda tu aku nak highlight . aku just nak timbul kan satu benda . cinta . kitorang ni klu borak psl kahwin memang meleret-leret . haha . tapi yg aku nak quote ni psl lelaki dan cinta . ada certain lelaki , hebat macam mana pun , selalu lemah bila cinta menguasai diri dia . sampai hilang kawalan diri dan fikiran yang rasional kerana perhiasan dunia ni . aku dan arif setuju pasal hal nie . aku berani kata sebab aku pernah rasai . tak perlu elaborate panjang , mungkin orang kata , apahal mamat ni semacam je kan . tapi tu la , selagi orang tu tak rasai penangan cinta , dia tak kan tahu rasa nya . kenapa aku tak malu nak mengaku ? sebab kalau tak , ada certain orang tak percaya , sebab nanti dieorang cakap , ala , ko tak rasa , mana ko tau , cakap je lebih . ha . aku cakap base on pengalaman aku la .

jadi adakah aku menyokong cinta sebelum kahwin ni ? kalau mengikut nafsu , sokongan yang tinggi akan diterima . tapi percayalah , nasihat dari hati aku , JAUHKANLAH , sebab bila dah terjebak , korang akan rasa best , sampai tak sanggup nak lepaskannya walau pun dah sampai korang rasa bersalah tapi perasaan untuk hilang 'cinta' tu lagi payah nak buang la . (nasihat orang yang pernah terjerumus) .

so , klu rasa korang suka someone tu , simpan dulu dalam hati . bak kata seseorang , it just about the time . bila sampai masa , n orang tu muncul dalam hidup kita . selepas kita minta petunjuk daripada Dia , insya'Allah dia lah jodoh kita .

ramai je kapel bertahun-tahun , last-last kahwin dengan orang yang baru kenal beberapa bulan . as what I mentioned before , it just about the time .
yang perempuan apa rasa ? tak tahu . tanya mereka pula .

sesi diskusi kami diakhiri dengan makan makan pukul 4 pagi dan laptop ku kembali pulih . k la . mau tdo .

jom .

sebelum habis baca , dengar dulu .

yeah. thanx to you . who? you . yes . you !

enjoy this song . best . lalalala .



WAllahua'lam .

sekadar 'pengemis' sahaja .

2 comments
Bismillah ...

Tertegun seketika tatkala membaca . aku mungkin faham apa yang bermain di fikirannya . tapi , melihat kepada status dirinya , dan melihat kata-katanya , api yang padam marak semula . menyangka dirinya pasrah dengan ketentuan-Nya , rupanya hanyalah dongengan semata . bukan dia sahaja melaluinya , diri ini turut merana . namun kucuba tabah sekuat mana . melepaskan apa yang diidami sebelumnya . namun seolah-olah dituduh ria melayan benak fikiran ini , aku hampa sahaja . kerna ria sebelum ini datang selepas melihat dia sudah menerima takdir-Nya , bukan suka memandang penderitaannya .

biarlah apa dia mahu berkata . aku sudah bosan , dikritik sedemikian rupa . biarlah jika benar dia bermuka-muka . aku yang luka angkara torpedonya biarlah ku diam sahaja . kerna ku tahu , diam lebih bermakna disisi Dia . kerna Dia tahu apa yang kumaksudkan sebenarnya .

aku bukan manusia sempurna . kujuga punya kelemahan sebagai manusia . tapi kutetap menerima nasihat darinya . walau sudah dihentam sebelumnya . kerna aku ingin memilih damai dari sengketa . tapi , jika masih tersimpan di lubuk hatinya , biarlah urusan disudah antara dia dan pencipta . aku sudah lepas dari penglibatannya .

Ya Allah . biarlah kau yang menguruskannya . aku ingin berdiam sahaja . dia lebih dalam ilmu pengetahuannya . aku hanya 'pengemis' dimata manusia . adakah layak memberi nasihat kepada ulama' .

WAllahua'lam .

Tuesday, March 23, 2010

Pesanan Luqman Al-Hakim .

0 comments
Bismillah ...

Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak2nya.Kata sahabat Nabi yg alim dan bijak berfalsafah itu...

1.Wahai anakku,
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,ramai yg telah karam di dalamnya.Jika engkau ingin selamat,layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama takwa,isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah.

2.Wahai anakku,
Orang yg berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat kepada Allah,maka dia itu orang yg tawaduk,lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3.Wahai anakku,
Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yg kamu lakukan,maka marahnya ibubapamu itu bagaikan baja utk tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,
Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada mengajar orang yg tidak mahu diajar.

5.Wahai anakku,
Apabila engkau mempunyai 2 pilihan,menziarahi org mati atau hadir ke majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi org mati kerana itu akan mengingatkanmu kepada akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkanmu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6.Wahai anakku,
Janganlah kamu menelan sahaja kerna manisnya sesuatu makanan,janganlah kamu memuntahkan sahaja kerna pahitnya sesuatu makanan.Kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7.Wahai anakku,
Bukanlah satu kebaikan namanya bila engkau mencari ilmu tetapi engkau tdak pernah mengamalkannya kerna ia tak ubah seperti org yg mencari kayu bakar,tetapi setelah banyak,dia tidak mampu memikulny,padahal dia masih mahu menambahkannya.

8.Wahai anakku,
Bilamana engkau mahu mencari sahabat sejati,maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.Pabila dalam kemarahan dia masih mampu menginsafkanmu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai sahabat.Jika tidak demikian maka berhati-hatilah.

9.Wahai anakku,
Bila engkau berteman,tempatkanlah dirimu sebagai org yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

10.Wahai anakku,
Bergaul rapatlah dengan org yg alim lagi berilmu.perhatikanlah kata2 nasihatnya kerna sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata2nya.Bagaikan tanah yg subur lalu disirami hujan.

11.Wahai anakku,
Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu.Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerna nanti engkau akan menjadi pengemis yg membebankan org lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerna sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah.



WAllahua'lam .

Monday, March 22, 2010

kita layak di beri ujian ?

0 comments
Bismillah ...

tinggal kan benda kita suka memang susah ...
buat benda yang kita tak suka memang payah ...

itu lah yang dinamakan ujian ...

Nabi Muhammad SAW pun diuji dengan tentangan hebat oleh kaum kafir , kita ni pula tak kan tak patut diberi ujian .
Kenapa Allah tak bagi je kemudahan pada baginda SAW sebarkan agama? Allah kalau sebut kunfayakun , jadi maka jadilah . Allah berkuasa buat apa je . tapi kenapa jalan Nabi Muhammad SAW tue yang dikasihi Allah masih sukar ?
Renungkan .

aku sering pendam apa aku rasa dan banyak aku luah dalam blog , so , aku just takut meletus je one day . (dah beberapa kali pun meletus) .

p/s: tergelak tengok ada pemimpin tertentu yang gelabah seperti sang cacing kepanasan bila dibongkar pasal kes pemimpin minum arak , main judi , sedang kan ketika dibongkar , nama yang terlibat langsung tak disebut , dan pemimpin lain cool tapi dia , dia . (bukan gelak suka dia minum arak , gelak , tindakannya macam orang apa je , dah salah lepas tu nak cover macam tergeliat tergeliat.) .

WAllahua'lam .

Saturday, March 20, 2010

mai sini kita gossip sat nooooo . cerita cerita skit . story story .

1 comments
Bismillah .

benda ni selalu kita buat kan . susah nya nak buang . kalau duduk dengan member , pape pun , mesti terpacul cerita si A , si B , si C . ala , kami gossip je .
apa beza ya gossip dan ghibah?? tepuk dada tanya iman .
jom kita tengok hadith kt bawah:

“Ghibah ialah engkau menceritakan saudaramu tentang sesuatu yang ia benci.” Si penanya kembali bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimanakah pendapatmu bila apa yang diceritakan itu benar ada padanya ?” Rasulullah e menjawab, “kalau memang benar ada padanya, itu ghibah namanya. Jika tidak benar, bererti engkau telah berbuat buhtan (mengada-ada).” (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud, dan Ahmad).


Berdasarkan hadits di atas telah jelas bahawa definisi ghibah iaitu menceritakan tentang diri saudara kita sesuatu yang ia benci meskipun hal itu benar. Ini bererti kita menceritakan dan menyebarluaskan keburukan dan aib saudara kita kepada orang lain.



kekadang dalam hati dah tekad nak buang , tapi alahai , sama ada terpacul dari mulut sendiri , atau dengar dari mulut orang . eh , ko kena paksa diri ko buang . mmg kekadang tu dh paksa , tapi kalau dulu dah terbiasa , skang kita bertatih buang skit skit sbb susah amat nak buang terus , dan pada masa sama mohon pada Allah biar Allah bantu kita buang terus lepas ni .

Wallahua'lam .

dosa ? ya . suka ? tidak . cara ? banyak . dah cuba ? dah . yang berkesan ? masih mencari .

2 comments
Bismillah .

kes 1: ooo , dengan orang ini , dia buat salah , aku kena tegas suruh dia berubah . tak kira dia mampu atau tidak, tegas itu mesti .

kes 2:eh , dengan orang ni , dia kawan aku walau tak rapat , kalau aku tegur nnt dia kecik hati , makin jauh dia dari aku . jadi baik aku diam . benci dalam hati tu yang aku mampu . aku tak mampu nak tegas dengan dia. aku lemah .

pernah tak anda ada dalam situasi ni , aku observe ramai je orang macam ni . kenapa ya ? macam memilih bulu . adakah berdakwah dengan cara memilih bulu itu dakwah yang bagus ? entah la ya .

Aku yang cetek ilmu kadang kadang terpedaya dengan semua ni . aku fikir , macam mana orang nak respect dia , tindak tanduk nya tak konsisten pada dua orang yang berbeza . aku tau kadang kadang aku tak boleh fully terima kalau orang tegur aku dengan tegas. dalam hati tu sedikit sebanyak mesti terasa .

tapi kemudian aku akan fikir dengan lebih jauh . aku terima kesalahan aku tu . walau aku tak boleh berubah mendadak , tapi aku ada usaha , siapa manusia nak persoalkan usaha aku , Allah yang layak . even orang yang baru peluk Islam pun kalau tak tahu solat, buat skit2 dulu , tak perlu paksa buat solat 5 waktu terus sedang kan time tue ntah ntah dia tak hafal pun al-fatihah lagi . boleh ke paksa macam tu ? ni pandangan aku . sebab benda yang kita tak biasa buat , susah kita nak buat . macam tu juga benda yang kita dah biasa buat , kita susah nak tinggal . (kalau salah , betul kan aku) .

dan at the same time , aku fikir pada pihak orang yang menegur , eh , dengan aku dia cakap macam ni , tapi bila kena dengan orang lain , kenapa tiada ketegasan pada dia . apa kes ?

aku mungkin masih tak dalam agamaku , tapi aku tahu , ada cara yang terbaik untuk deal dengan manusia , sebab aku pernah lalui zaman zaman ignoring certain part of agama , (solat n puasa xde la terbiar , cuma certain aspek lain yang mungkin tak dipandang berat.) dan aku pernah juga hadapi orang yang ada masalah lebih kurang macam ni .

hebatkah aku ? tak . tebalkah iman ku ? WAllahua'lam . aku tak kan menyerah diriku terus terusan bergelumang dengan dosa tapi aku akan cari cara yang sesuai agar diri ku tak terus diselaputi dosa .

bangga kah aku dengan diri aku ? tak . sebab aku masih buat silap . aku tak pernah rasa diri aku baik , sampai satu masa aku kecewa dengan diri ku , sebab aku dah cuba berubah instantly , n after that perkara itu datang kembali . wajar kah aku menggunakan solution yang sama yang tak berkesan pada masalah yang sama ? tepuk dada tanya akal . biar la manusia terus terusan memerli . tak perlu ku pandang tindakan sebegitu .

Ya Allah , andai aku mati , dan ketika itu tak mampu lagi ku buang sikap burukku, kau ampunkanlah dosa dosa ku , kerana aku hanya hamba-Mu yang dah berusaha , namun masih mencari solusi yang terbaik untuk mengubah sikapku .

WAllahua'lam.

I am a sinner (not in the 'proud' tone) .

0 comments
don't force me to be like you,
because what I am now ,
is not as strong as what you are .

hold my hand,
smile to me,
and move forward with me,
bring me together with you,
never order me and ask me to obey you,
but teach me kindly how should I do,
I will really appreciate what you do,
and I will appreciate the message that you want to convey to me.

I know Islam is syumul,
I never against this fact,
I just think how great I am if I have the strength to fully practice what Islam ask me to do,
I hate to commit sin,
But sometime I just don't have enough strength to overcome my bad deeds,
It just similar like I hate when someone committing sins,
But sometime I just don't have enough strength to advise them to go back to the right path.

Don't make me despair by forcing me to do what I can't do perfectly,
Don't bring me farther from Islam ,
Bring me toward Islam ,
Not by forcing me, but by giving me chance to discover the best way to leave this sin,
Insya'Allah , I will be more consistent to overcome this matter in the future,
As I know the best way how to solve this problem.

(sorry if anybody not understand what I am trying to say , my english is not so good, I am just trying to express what I think about this matter) .

WAllahua'lam .

Mohon kemaafan kesilapan pasal solat hajat bidaah .

0 comments
Bismillah ,

dalam post yang awal sebelum ni , aku ada tulis pasal solat hajat tu bidaah yang aku copy dari bahan yang member aku sedia kan dalam dropbox usrah . lepas tu , tadi time usrah , member aku ada quote hadith pasal solat hajat ni . act, yang pasal post sebelum ni , dia sandar pada hadith yang lemah , so dikatakan hadith itu tidak boleh digunakan untuk menyatakan solat hajat itu dari Rasulullah SAW . mungkin kita patut bersangka baik yang mereka tidak jumpa hadith yang authentic di bawah ini . segala salah silap mohon kemaafan dari aku . =) .

The hadeeth of the "blind man", which is authentic and recorded by Imams at Tirmidhi and Ahmad:

A blind man came to the Prophet (SAW) and asked him to ask Allah to cure him of his blindness. The Prophet (SAW) said: "It is better that you be patient." The man said:"No, please make du'a." So the Phrophet (SAW) said: "Make wudhu', offer two rak'ahs and say: 'O Allah, verily mercy, Muhammad (SAW), verily, I have turned to my Lord through you so that my need be fulfilled. O Allah, accept his intercession on my behalf."

So, base on hadith ni kita tengok Rasulullah benar kan solat hajat dibuat oleh lelaki buta itu .

moga apa yang ku tulis ni tiada kesalahan , dan jika masih punya kesalahan , ku mohon Allah ampunkan dosaku.

WAllahua'lam .

Friday, March 19, 2010

warkah untuk wadah ...

0 comments
Bismillah ...

berakhir sudah minggu dipenuhi dua tests dan dua quiz yang diserikan lagi oleh dendangan fire alarm kedua untuk test yang sama . herm . semalam my birthday . n semalam juga aku rasa macam aku sangat perlu kan seseorang untuk aku share something apa aku rasa . problem dalam hati ni dah bertimbun . aku rasa aku perlu berkhalwat seketika . mencari jalan yang sebenar .

dan pukul 1.38 pagi tadi , wish birthday masuk dalam hp aku . aku ingat beliau lupa . tut tut ... bunyi message masuk .

life never seems to be the way we want it , but we live it the best way we can. There is no perfect life. Happy Birthday ....( sambungannya biarlah rahsia) .

thanx my mum . i have to learn to be more responsible from now. I will try to live my life the best way I can.

ramai orang datang dan pergi in my life. dan aku sangat appreciate orang yang sanggup hadir disisiku dan tak pernah cuba untuk tinggalkan aku kerana dia sedar, dia dan aku , kami sama , kami tak sempurna . hidup penuh tangis dan tawa , dan buat mereka yang sanggup bersama tatkala diri ini derita dan bahagia, terima kasih tidak terhingga. kawan ada yang cemburu bila kita berjaya , tapi kau semua bukan golongan ini . kawan ada yang lari bila rasa diri disusahkan . tapi kau semua benci untuk jadi begini .

terima kasih untuk kamu semua . dan terima kasih untuk mereka yang tegur aku di ym , facebook dan blog untuk sama berkongsi apa yang aku rasa . ada yang berkata Allah mampu tenang kan kita . minta la pada Dia . ya , aku setuju . tapi , pendapat aku yang masih cetek ilmu didada ini , Allah sedang membantu menenangkan aku . menghadirkan insan-insan seperti kamu semua sebagai wadah berkongsi rasa di jiwa .

Terima kasih . junjung kasih aku hadiah kan untuk kalian semua . moga rahmat dari Allah mengiringi kalian , dan tatkala anda semua berduka , moga Allah akan hadir kan insan yang mampu menceriakan diri anda semua ya .

Salam kasih .

WAllahua'lam .

Thursday, March 18, 2010

7 comments
I really need someone now . =(

banyaknya benda terbuku dalam hati . I just don't know how to solve these things . Ya Allah , kau hadirkanlah insan yang benar-benar mengaku dirinya sahabat pada waktu ini . ya akan aku tunggu =( .

=(

Tuesday, March 16, 2010

Doa =) .

3 comments
Bismillah ...

Korang pernah rasa yang korang ni lemah sangat tanpa upaya ?
Tadi , aku begitu merasainya .
ceritanya begini , malam tadi , mood study aku datang lambat sangat , lebih kurang pukul 12 malam baru mood study sampai . lepas tue laptop pula diganggu virus . mula2 aku igrone , sambil tgk drama siri sambil study (nak wat camne , camni la aku , haish) , lepas tue , aku mula xsedap hati dengan virus nie , n aku shut down laptop aku dalam keresahan . bila start nak on laptop balik , ada problem so xlh nk lepas startup . keresahan makin merasuk . hajat ku untuk stay up malam tu terbantut selepas laptop tiada untuk menemani malam bujang ku ini . haha . beberapa kali ku on off laptop namun masih sama . aku tidur ditemani kecuakan .

bangun subuh laptop masih begitu . bila sudah kerisauan , susah nak fokus study . akhirnya, aku ke kelas dalam ketidaktenteraman . balik kelas pukul 11 pagi lebih kurang , aku terfikir , lemahnya rasa , sebab aku xtau nak buat mcm mana , dgn risau essay ku masih di dalam laptop , dan jika di'format' hancus la . aku teringat pesan seorang da'ie nie, dalam pesannya , dia kata , kalau nak apa2 , dia akan buat solat sunat dua rakaat . maka , dlm kerisauan tue , aku angkat wudu' dan solat duha kemudian solat sunat dua rakaat . masa tue rasa lemah sgt , sbb aku sgt risau dgn laptop aku n segala documents dalam teman aku nie . aku mohon Allah pulihkan laptop ku segera . aku xtau mcm mana aku akan rasa klu aku hadap midterm petang tu dalam kegelisahan .

selepas solat dan doa , aku godek laptop aku , godek punya la godek , aku sedikit gembira kerana dapat buka laptop ku dalam safe mode yang mana aku dapat save file2 aku dalam hard disk ku . sambil transfer files , laptop ku masih gagal berfungsi sempurna , aku scan laptop aku dan buat langkah2 tertentu , akhirnya aku restart semula laptop . Masya'Allah , kuasa Allah , laptop berjaya run smoothly . gembira tak terkata aku. masa tue , mmg rasa seronok sangat . huhu . aku ada jumpa satu ayat dalam quran semalam yang berkaitan dengan doa yang dimakbulkan Allah tapi aku lupa ayat apa . but , kalau tengok balik , sangat banyak dalam quran yang Allah suruh hamba-hamba-Nya berdoa kan dan Allah akan kabulkan insya'Allah .

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah : 45 - 46.." Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kyusyu', ( iaitu ) orang-orang yang meyaqini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya."

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”.
[Al-Baqarah 186]

Tidak ada suatu mushibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan Izin Allah; Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi pertunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. " ( At Taghaabun : 11 )..

Anas r.a berkata " Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya, atau di hindarkan dpdnya bahaya, atau di ampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau utk memutuskan silaturrahim"..

"Ud uni astajib lakum" Mohonlah padaKu, akan Ku perkenankannya..

WAllahua'lam .

Monday, March 15, 2010

Merepek .

3 comments
Bismillah ...

esok petang ada midterm ...
apsal perasaan aku nie gundah gulana ...
lain macam pula feeling ni ...
ingat nak tdo baru nak study ...
golek-golek takleh tdo ...
nak study , mood xsmpi lagi ...

camne nie .................

pernah tak rasa , orang berkali kali buat salah dengan kita , dan dia berkali kali minta maaf dengan kita , dan kita , tak jemu jemu maafkan dia . padahal kekadang tu agak terasa juga kan ... pelik gak aku rasa nie ... entah la ...

huuuuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh midterm DE ... counting the days for hari aku makin tua ... nothing special pun , just saje , teringat la .

Layan ...

0 comments
Bismillah ...

Lagu berunsur ketuhanan yang sangat best =''''') .

Artist:
Ukays
Song: Bila Diri Disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri



Friday, March 12, 2010

2 comments
Bismillah ...

again . tak mampu berbuat apa-apa kalau sakit dah menyerang . well , u still can sleep fazry . 2 midterms 2 quizzes 1 essay ? biarlah. redah mana termampu . usaha aku mmg tak cukup kot kekadang tu rasa . tapi , aku pun tak minta sakit ni selalu datang .

boleh ke otak kita set untuk lawan sakit kita ??? still find out the best way to 'kill' this. jalan jalan tgk blog orang ... someone just put several meanings from Quran . ayat ni seperti punya kaitan dengan ku sekarang .

6:17 - Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.

Dia sahaja yang boleh hilangkannya . dan jika aku terus berdoa , tapi tiada kesembuhan yang aku terima , mungkin itu yang terbaik untuk aku . hermx ... fazry fazry .

redah sudah .

2 comments
Bismillah ...

Pernah tak rasa seseorang seperti mempermainkan diri anda ? kekadang tue terasa hati juga . suka hati dia la kan .

minggu depan busy bangat with tests and quizzes . plus , TA cam minta tambah isi essay aku dgn critique semua isi dlm book review tue . hadei . panjang kot . erm .

kasi redah sudah .

ni quote best . =)

Ibnu Al-Qayyim pernah berkata:"Wahai orang yg lemah semangat!Sesungguhnya di atas jalan ini Nuh menjadi tua,Yahya dibunuh,Zakaria digergaji, Muhammad diseksa dan anda pula inginkan Islam datang dengan mudah di bawah kakimu?"



WAllahua'lam .

Monday, March 8, 2010

orang jowo nak kasi nasihak kek diri sendiri skek .

4 comments

Tombo ati iku limo perkarane..Kaping pisan moco Qur’an lan maknane..Kaping pindo sholat wengi lakonono..Kaping telu wong kang sholeh kumpulono..Kaping papat kudu weteng ingkang luwe..Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe..Salah sawijine sopo bisa ngelakoni..Mugi-mugi gusti Allah nyembadani..

Ubat hati ada lima perkaranya..Yang pertama baca Quran dan maknanya..Yang kedua solat malam dirikanlah..Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh..Yang keempat perbanyakkanlah berpuasa..Yang kelima zikir malam perpanjanglah..Sesiapa yang mampu melakukan salah satu daripadanya..Hatinya bisa dibersihkan dari sebarang rasa malas, keluh kesah dan diberi kemanisan dalam beribadat..wallahualam..

Sunday, March 7, 2010

Demi Sebuah Bahagia .

3 comments
Bismillah ...

aku sangat suka post nie . ^_____________^ . senyum kambeng .

PETUA SENYUM UNTUK BAHAGIA

Mahu hidup bahagia, senyum setiap pagi.

Apakah manusia mampu senyum tanpa sebab?

Apakah manusia boleh melemparkan senyuman sejati jika tujuan senyumnya tidak dapat dikenal pasti.

Maka jika seseorang itu benar-benar mahu membahagiakan kehidupan seseorang, bantulah ia agar tersenyum sendiri. Senyum dari hati, yang bukan dibuat-buat tanpa erti.

Tetapi hari ini saya ingin berkongsi petua. Petua yang diajar oleh guru-guru saya di Fitrah Perkasa. Petua ini petua segera, untuk cepat mengecap bahagia.

Namanya “Ingat 2 Lupa 2″�

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Hitunglah betapa baiknya Allah kepada kita.

Jika setiap hari kita balik bekerja, ada sejambak bunga di muka pintu, tidak teringinkah kita untuk kenal siapa pengirimnya? Tidak mahukah kita mengucapkan terima kasih kepadanya?

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita, lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

“�Hmm, kalau tidak kerana aku, tak berkubah masjid ini!”� kata si sombong.

“�Kan dulu aku pernah tolong engkau. Sekarang tibalah giliran untuk engkau menolong aku”�, ungkit si dia.

mannwalaza.JPG

Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

MENGAPA PERLU MEMBERI MAAF

Mengapa harus kita segera menjadi pemaaf?

Kerana kitalah hamba yang mendambakan maaf dan ampun dari-Nya.

Kita hamba yang tak punya apa, sering berlaku dosa dan kurang pula tunduk taatnya. Maafkanlah manusia, agar Dia maafkan kita.

Oh Allah, sebelum kulelapkan mata ini, ku maafkan isteriku atas kesilapan dan kekurangan dirinya. Ku maafkan setiap salah dan silap anak-anakku dan ahli keluargaku. Ku maafkan setiap manusia yang berkata buruk di depan dan di belakangku.

Semata-mata kerana aku dambakan ampunan-Mu.

Siapa aku untuk berdendam sesama hamba, kerana al-Muntaqim, hanyalah Engkau, Tuhan Yang Esa lagi Perkasa.

Maafkan aku, hamba yang berdosa.

Moga ada sinar bahagia, di hari muka.

Diambil dari website ustaz hasrizal.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Selamat beringat dan beramal .

WAllahua'lam .

Thursday, March 4, 2010

fikir ...

0 comments
memilih untuk hidup atau hidup untuk memilih ...
mencari untuk hidup atau hidup untuk mencari ...
menyakiti untuk hidup atau hidup untuk menyakiti ...

fikir , memikir , difikir , terfikir , berfikir , fikiran , fikrah ...

Imam Ghazali memetik hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Abu Hurairah r.a. sebagaimana berikut,
"Berfikir satu saat adalah lebih baik daripada beribadat 70 tahun."


jadilah manusia yang sentiasa berfikir ........................

Husnu Zan .

0 comments
Bismillah ...

BERBAIK SANGKA - (HUSNU ZAN)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 'Allah berfirman,'aku sesuai dengan prasangka hambaKu kepada diriKu.'(Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah saw lagi yg bermaksud 'Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka denagn Allah' (Riwayat Muslim)
Seorang hamba yg bersangka baik dengan Allah :
1. Apapbila melakukan ibadah, dia bersangka baikbahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik2 ganjaran pahala.
2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan makbulkan doanya.
3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Reaksi hamba yg bersangka baik sesama manusia :
1. Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif.
2. Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yg lain.
3. Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yg terserlah pada individu tersebut.
4. Saling mendoakan kesejahteraan.
5. Mudah memaafkan.

Sama2lah kita melatih hati untuk bersangka baik kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yg menimpa kita....renung2kan dan selamat beramal ('',)

Thanx ya ustazi :-) .

WAllahua'lam .

pabila niat dan cara disalah erti ...

0 comments
Bismillah ...

walau kekadang aku menulis dengan emosi , aku lebih suka beremosi dgn diri aku dan bukan dengan orang lain . sebab apa , aku dah banyak pengalaman terjun dalam diskusi bersama orang lain yang mana dua-dua melontarkan hujah dengan emosi , lantas , input yang ditontar tak sampai , api kemarahan yang dinyalakan pada kedua-dua pihak . hingga timbullah tuduhan yang melampau-lampau . pernah berlaku dulu . dan aku tak faham . niat aku mengundur diri kini dari pertempuran emosi disalah erti sehingga macam-macam 'amukan' kata yang disembur . pedih . tiada niat aku menukil begitu . bahasa ringkas yang ku lorek cuma untuk menjimat masa dan mungkin orang yang tak faham dengan niat aku akan menyalah anggap . ku akui ilmu agama ku sejengkal cuma , tapi , aku masih faham tindakan mencalar maruah Islam dengan sengaja itu berdosa .

Benar la anggapan ku yang pidato dan tulisan itu ibarat sihir . boleh memukau manusia yang mendengar dan membaca dan boleh juga memberi kesan buruk jika salah interpretasinya .

Ya Tuhan ,
biar la mereka yang mengata ,
niatku bukan nilaian mata manusia ,
tapi di pandangan Yang Pencipta ,
Engkau Tuhan Yang Maha Kuasa ,
boleh membaca yang tersorok mahu yang nyata ,
bukan seperti manusia yang selalu bersangka .

Aku insan yang sering dinoda dosa ,
tapi ku yakin jalan-Mu itu shariq sebenarnya ,
Itulah yang benar dan tiada dusta ,
Ampunkan dosaku yang tak sekecil hama .

p/s:Imam Shafie'e tak pernah menang dalam debat dengan satu golongan manusia , iaitu golongan manusia yang berdebat untuk menang . kerana Imam Shafie'e akan mengaku kalah dan tidak mahu berdebat dengan orang-orang tersebut .
semoga aku tidak menjadi seperti golongan itu .

tulisan ini sebagai peringatan untuk diri sendiri .

WAllahua'lam .

Monday, March 1, 2010

hikmah yang terhalang

1 comments
Bismillah ...

Dek kerana ku rasakan sengsara sejak akhir akhir nie lantaran ujian yang berkoyan-koyan kononnya , ku larikan jemari ku mencari sesuatu untuk dihadam oleh hati . lalu kujumpai artikel yang potongannya ini ...

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

sumber: http://genta-rasa.com/2009/04/15/mencari-ketenangan-hati/

biar ku cari hikmah yang terhalang dari penglihatan ku sekarang ...

WAllahua'lam .

...................................................

5 comments
Bismillah ...

2 hari aku jadi mayat hidup .