Saturday, August 28, 2010

hati berbicara .

0 comments
Bismillah ...

baru pulang dari melepak bersama kawan-kawan lama . salah seorang sahabat aku yang dah pun grad sebagai geologist nak sangat jumpa rakan rakan dia . memandangkan kemungkinan untuk dia sambut raya dengan kitorang quite tipis , so aku usaha kan gak dengan kawan aku untuk kumpul dan jumpa dengan dia . Alhamdulillah , kawan yang dulu sama sama accident motor dengan aku yang sampai hari ini ada bekas jahitan kt tangan dia tue aku rasa , dah pun berjaya dapat kerja dengan Geoservices company . cemburu dan gembira . cemburu untuk menandingi atau mengalahkan dan gembira atas kejayaan rakan sepermainan ku dulu .

dalam pada berborak , tadi , terbawa-bawa untuk aku berfikir dan merancang masa hadapan ku . ya . aku suka merancang . dan kadang kadang ada rancangan ku lari dari yang telah aku ingin kan . tapi , tak bermakna aku akan berputus asa untuk merancang . kerana hidup kita kena ada matlamat . dari matlamat , kita akan cuba mengais jalan , melangkah , menyusur denai dan mengharungi halangan . ada kala , jalan yang lurus jadi terpesong , tapi itula hidup . kita berdoa la moga Allah memberi kita yang terbaik . rancangan hanyalah sebagai satu aliran untuk kita melihat kebarangkalian atau pilihan yang kita boleh capai pada masa hadapan .

WAllahua'lam .

Monday, August 16, 2010

Pabila kita benar , Tuhan akan tunjukkannya .

7 comments
Bismillah ...

saudara saudari mungkin ada membaca tulisan saya dahulu yang mana ada yang mengkritik mengatakan saya ingin memburukkan golongan anta anti . al-maklum , saya bukan ustaz mahu pun golongan berfikrah hebat yang mampu memberi pandangan yang hebat hebat . kali ini saya attach tulisan USTAZ MAZLEE MALIK untuk tatapan para pembaca dan ingin tahu adakah ustaz ini ingin memburukkan golongan ini sedang kan dia seorang ustaz apabila dia menulis seperti mana isi yang saya tulis tidak lama dahulu ya ? tepuk dada tanya hati .

 post ini bukan untuk apa . sekadar perkongsian dan ingin membersihkan pemikiran orang terhadap tulisan saya . WAllahua'lam .

"Cinta Anta dan Anti "
oleh Maszlee Malik
(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)

" Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" 

(Surah al-Hujuraat:ayat 10)

"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" 
(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang

yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi- institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikanapa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana – anta dan ana – anti". Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengankata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung. Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid- nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak.Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat.wal'iyadhubillah… Salah Faham Ukhuwwah fillah Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan. Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswiterpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini. Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup.

Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain. Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah"Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa.

Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan. ALLAH a'lam bissawab..

source: here

Sunday, August 15, 2010

Kau Yang Terbaik .

5 comments
Bismillah ...

sengaja ku tarik beberapa post terbaru ku dek kerana ku baca bahasa melayunya yang hancur dan berbunyi bagai irama sumbang yang dinyanyikan kerana keterpaksaan .

masih bernafas , masih mampu untuk mengerdipkan kelopak mata ku yang sepasang ini . masih adakah detik yang seterusnya untuk aku ?

Aku ada membaca satu quote daripada Baba Ali yang agak menarik:
Orang yang betul-betul wara' adalah mereka yang melihat yang terbaik di dalam diri orang lain dan memandang yang terburuk di dalam diri sendiri .

Dalam erti kata lain , Orang-orang yang sebenarnya wara' adalah mereka yang merasa diri mereka paling teruk dan melihat dan memandang orang lain lebih baik dari diri mereka sendiri . kerana apa? apa pendapat aku, dengan kondisi ini manusia yang benar-benar cintakan Ilahi akan berterusan mencari mehnah sebanyak mungkin untuk mendekati ar-Rabb . bukannya merasa diri teruk dan berkata , biarlah aku dah teruk , takleh buat apa dah , jadilah berterusan teruk .

Bagaimana pula jika yang memandang orang lain teruk , mengkritik dan apatah lagi mengumpat/bergosip/bercerita kepada orang lain tentang orang itu? Tepuk dada tanya diri . peringatan untuk nafsi .

WAllahua'lam .

Wednesday, August 11, 2010

tak seindah bayangan .

1 comments
Bismillah ...

Alangkah resah , tatkala hilang arah ,
hidup dipandu pelbagai mehnah ,
terkadang kabur betul dan salah ,
mata berkedip kaki melangkah ,
hati mengarah akal bertitah ,
syaitan mengomel pelbagai wadah ,
kalbu yang kelabu mencari noktah ,
ingin meronta tetapi lelah ,
hanya tangan mampu menadah ,
Al-Quran dan Sunnah genggam tak sudah ,
supaya sesat kembali terarah .

rintih dan sabar menghadap Yang Esa,
tanpa Dia kita meloya,
menghadap hidup tanpa cahaya,
andai denai di depan masih berjela,
harapan agar dipermudah segala,
jika tersungkur mampu ku bangun semula,
tanpa rebah bak mayat bernyawa.

semoga Ramadhan ini penuh bermakna,
sebagai pemula ibadah berganda,
agar usaha konsisten semata,
andai sirna nya ia ibadah tak ku lupa,
moga aku tersenyum ceria ,
ketika menghadap Tuhan Pencipta ,
membawa bekalan dengan secukupnya ,
agar dapat ku temui ahli syurga ,
agar mampu ku hirup wangian di sana ,
kerna ku tahu rupa nya tak seindah bayangan kita ,
indahnya ia tak terjangkau dek dangkal fikiran manusia .

Salam Ramadhan .
Rempo Alkhain .

Sunday, August 1, 2010

mahu .

6 comments
Bismillah . 


ada tiga manusia dalam dunia ini , 
1. mereka yang betul betul mahu . 
2. mereka yang berangan angan mahu . 
3. mereka yang dipaksa mahu . 
selagi ADA mahu dalam diri , kaki akan terus melangkah , walau sesumbang mana lenggoknya . 
bila sudah TIADA mahu , kaki akan berhenti melangkah , maka lambaikanlah tangan anda ke hadapan , kerana kaki anda sama sekali tidak akan memijak pulau impian anda .

.


WAllahua'lam .