Friday, October 29, 2010

tenggelam .

1 comments
Bismillah ...

Sepasang hitam itu ,
tengelam lesu di balik cahaya kaku ,
melontar jauh tanpa tahu arah tuju ,
air yang mengalir dek mengenang masa lalu .

terasa dangkal merenung waktu ,
hari hari dilalui berkaki bisu ,
kejam nya laku meski tak bertuhan nafsu ,
tengelam dalam laluan berliku .

pandang keliling tunduk kebawah,
yang ada hanya satu,
tanpa ada mahu bertamu,
melabuh bahu menakung sendu,
biarlah sang peroman terusan berguru,
meraih cita cita yang bukan beku,
dengan harapan kan ada yang tahu,
bah di dalam surut tak selalu .

*nota bisu milik sang koma .
mulut terkunci , jari menari ,
mungkin sumbang , tak mampu difahami ,
biarkan sumbang asalkan resah pergi . *

WAllahua'lam .

Wednesday, October 27, 2010

cuti musim sejuk .

2 comments
Bismillah .

Insya'Allah , xde aral , lepas RIS , akan gerak ke New York and then ke Orlando dan Fort Lauderdale . yeah . percutian musim sejuk di kawasan bersuhu panas . tiket flight dan bus , serta hotel dan sewa kereta untuk 8 hari tujuh malam yang semua nya hanya berjumlah 420 CAD . n thats damn cheap . dh nama holiday , mesti nak seronok2 . tapi .........

I have to do something with this semester . Nak happy happy time tu kena score for this sem so that I can call this vacation for releasing tension .

dulu macam pernah dengar yang hidup as uni student best , but , I dun think so . menjadi ulat buku dan assignment melambak lambak hanya menyebabkan aku lebih merindui zaman persekolahan aku . menjadi budak nakal di sekolah agama yang dikenali guru guru . pergi balik sekolah , tusyen , dan enjoy study even amik 12 subjects . tapi tak baik kan mengeluh (walau aku tahu dah banyak kali aku ni mengeluh) . ini baru tekanan disini . bagaimana di masa hadapan nanti ?

but, when I think back, permata yang indah pun terhasil selepas tekanan yang tinggi , selepas di'azab' dek api yang panas membara . kan . so kena sabar . sabar . sabar .

WAllahua'lam .

Sunday, October 24, 2010

buruk dan baik .

2 comments
Bismillah .

Cuaca yang agak weird di toronto mungkin . mist tebal sehingga bangunan tidak kelihatan . musibah atau anugerah ? semua itu rahsia milik Dia .

Sekali lagi aku diuji . sakit lama menjengah kembali minggu ini . semalam mungkin yang agak kritikal . sangat berdenyut di salur yang koyak itu ketika waktu aku mahu tidur . Tuhan kejam ? sama sekali tidak . mungkin ada hikmah yang aku tak tahu . cuma harapan aku , aku tak terlantar di hospital seperti dulu .
Aku kapan berdoa seusai solat supaya tubuh aku sihat . supaya aku dapat hidup seperti manusia biasa . tapi apa kan daya , Dia merancang sesuatu untuk aku mungkin .

Aku acap kali terdengar dan bah kan aku sendiri pernah terfikir , adalah paling baik untuk menjadi diri sendiri . tanpa bermuka muka . tapi benar kah itu yang terbaik ? atau lebih baik mengikut jalan yang lurus sebagaimana kita berdoa 5 kali sehari ? jalan yang Dia redhai , bukan jalan orang yang dimurkai dan jalan orang yang sesat . (Surah Fatihah intipati ayat 6-7) . ya Tuhan . kadang kadang aku menganggap jalan yang tempuh kini , jalan yang diredhai di mataku , tapi mungkin bukan dimata Mu . Kau maafkanlah ku ya Rabbi .

Walau macam macam benda berlaku tatkala ini , namun , telinga ku tetap dikunjungi berita gembira , sahabat ku , pelajar UTP bakal ke Nevers, France untuk internship selama 8 bulan dan bakal terbang Disember ini. Tahniah. Semoga kau berjaya . moga bila kita sama sama grad nanti insya'Allah akan dapat kerja yang terbaik untuk diri kita .

"O Allah, nothing is easy except what You make easy. And You make the difficult, if You wish, easy." (Narrated by Ibn Hibban in his Sahih). 


*sentimental mode*

WAllahua'lam .

Wednesday, October 20, 2010

Rezeki .

0 comments
Bismillah .

Thanx for friends yang concern . ada waktu kita di atas dan ada waktu kita di bawah . sama ada atas atau bawah , semua tu ujian untuk kita . moga aku dan sahabat-sahabat ku yang dilanda ujian yang berbeda mungkin tetap teguh percaya dengan janji Allah dan jangan sama sekali berputus harap dengan Dia .

Teringat 2 of my friends, sorang kawan sek ren n sorang kawan sek men . kawan sek ren yang dulu hanya pelajar biasa namun , kini , dia baru grad selepas menamatkan fast track dalam bidang electrical n comp engineering dengan menjadi antara pelajar top dalam course dia malah mengalahkan pelajar pelajar yang lebih tua daripada nya . grad dalam usia 22 tahun di UTM dan ditawarkan untuk menyambung terus dalam bidang phd selama 3 tahun di situ dan mendapat scholarship bersih 2700 ringgit sebulan kalau tak silap (dh macam orang kerja pula) . Oh Allah . rezeki dia . tahniah .

dan seorang rakan sekolah men , yang kini dalam tahun akhir bidang kimia / comp perguruan , di UTM juga . juga pelajar biasa di sekolah menengah dan kini antara top student untuk course dia . dan hampir mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran terus untuk phd juga . moga murah rezeki dia, ya Allah . tahniah juga .

jadi percayalah, aturan Allah . insya'Allah . selagi kita tak berputus harap pada Allah , Allah akan beri rezeki untuk kita . dan jangan pula kita banding kan nikmat kesenangan kita dengan kesenangan orang kafir sebagai mana ayat 88 surah Al-Hijr (surah ke 15) :

Janganlah engkau menujukan pandanganmu (serta menaruh hati) kepada nikmat kesenangan yang kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka (yang kafir itu) dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan); dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman (sekalipun mereka dari golongan fakir miskin). 

WAllahua'lam .

Tuesday, October 19, 2010

SABAR .

3 comments
Bismillah .

one of the hardest time in this sem so far . aku rasa kepala aku macam dihentak dengan tukul besi yang dihayun laju . macam mana nak cukup kuat untuk hadapi hidup yang mendatang ini . its easy to ask people to be patient but when we are in trouble , its hard not to give up . masalah pelajaran memang benar benar mencabar sekarang . Alhamdulillah tak ada masalah luar yang mengugah lagi semangat aku .

Jika ditelusuri secara keseluruhan, terdapat 103 kali disebut dalam al-Qur'an, kata-kata yang menggunakan kata dasar sabar; baik berbentuk isim maupun fi'ilnya. Hal ini menunjukkan betapa kesabaran menjadi perhatian Allah SWT, yang Allah tekankan kepada hamba-hamba-Nya.

QS.2: 153: "Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
 WAllahua'lam .


Friday, October 15, 2010

Best Ke Tak Best .

1 comments
Bismillah ...

Macam mana ni ? macam mana ni ? macam mana ni ?

aku ni golongan yang melampaui batas ke ? kalau ya , mati la aku . mana aku tahan azab azab macam tu . neraka Jahanam tu . top ranking neraka . dah la bukan hakab je jangkawaktu seksaan nya . ahkaba tuuuuuuuu . bayang kan hakab tu 80 tahun yang satu hari nya bersamaan 1000 tahun . kalau ahkaba (jama' @ plural untuk hakab) , lama tu , duk dalam lecture hall 50 minit pun asik tengok jam bila la nak habis , ini pula duk situ , ya Rabbi . dalam tu bukan boleh dapat minum air oren ais ke apa . air panas menggelegak dan nanah jadi santapan air di kala dahaga (which is of course dahaga kalau dah ada kat tempat yang sangat panas) . jangan harap la nak air cond waima kipas baba dan nyonya sekali pun .

aku nak jadi orang bertaqwa . orang yang bukan sahaja takut dengan Allah , tapi mengambil tindakan untuk mengelak kemarahan Allah . nanti boleh la aku dapat kebun special dengan buah anggur . pula tu dapat lagi kawa'iba atraba (perempuan-perempuan yang sebaya) , n tak main la lekeh lekeh punya kalau dah dalam syurga kan , Allah kasi tip top punya insya'Allah . Takde minum nanah nie , air special dalam gelas berharga jadi hidangan . Sampai nanti nikmat-nikmat Allah kasi pada kita sampai kita kata pada Allah cukuplah nikmat-nikmat ini lantaran terlalu banyak nya kenikmatan .

Takut dengar time terjemahan surah An-Naba untuk neraka tapi bila part syurga hati jadi lapang , best , seronok . Moga Allah ampuni segala dosa aku dan tempat kan aku dalam golongan orang-orang yang bertaqwa . Insya'Allah . Amin .

WAllahua'lam .

Thursday, October 14, 2010

jentik.

2 comments
Bismillah ...

Ya Allah ... Allah baru jentik aku sikit ... uji sikit ... tak kan lah dah kecewa macam ni . macam mana aku nak kuat kan diri aku nie untuk redha dengan ketentuan-Nya .aku yakin dengan janji Allah . so, jangan lah kecewa . focus focus focus . mungkin ada hikmah di balik semua ni .

duk dengar ceramah ustaz azhar idrus pasal ikhlas . dia cakap pasal makam tasawur dan makam orang awam .

makam tasawur - buat kerana Allah bukan kerana takut neraka , nak syurga , nak pahala , tak nak dosa , kerana janji Allah dll.
makam orang awam , buat sesuatu kerana takut neraka , nak syurga , nak pahala , tak nak dosa , kerana janji Allah dll.

ntah bila dapat makam tasawur .

*(tasawur  or tasawuf -xberapa clear perkataan tadi) .

WAllahua'lam .

Saturday, October 9, 2010

Soalan Tanpa Jawapan ?

5 comments
Assalamualaikum .

Long long weekend . 3 days . but I know it will end soon . masa semakin pantas kan sekarang . tanda tanda apa ? Kiamat sudah hampir , fikir-fikir lah .

tak ada benda sangat nak tulis . cuma ada beberapa persoalan berlegar di fikiran ini . bukan retoris . sekadar membiarkan otak bekerja untuk memikirkan kehidupan ini .

1) Kita as manusia , dewasa kini , mesti sukar nak terima pembaharuan yang dibawa seseorang kepada kita kan . Apatah lagi untuk mengubah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan pada diri kita . Mungkin kita menolak . Atau bagi sesetengah kita , mungkin akan membuat research untuk mencari kebenaran tersebut . Bagaimana ya jika kita hidup di zaman awal awal nabi SAW dilantik menjadi Rasul ? ada kah kita tergolong dalam golongan siddiqin ? yang membenarkan ajaran Islam yang dibawa semula setelah masyarakat ketika itu ditenggelamkan dalam kekufuran . yang sudah biasa menyembah berhala . bagaimana ya nasib kita ? adakah kita tidak dapat menerima ajaran yang dibawa baginda SAW ? macam mana mahu membuat research tanpa internet ketika itu ? Ya Allah . terima kasih aku dilahirkan dalam nikmat Islam dan Iman . aku tak tahu apa nasib ku andai aku hidup pada zaman tersebut . Nauzubillah Masya'Allah .

2) Facebook . ada perempuan yang di luar sopan , menjaga , tapi di dalam facebook , lain jadi nya . kalau perempuan walau sesama perempuan yang menjaga hubungan dengan lelaki tapi menggunakan ayat ayat manja sesama perempuan dan dibaca oleh kawan kawan lelaki mereka , apa hukum nya ya ? aku tak kata halal atau haram . aku tak tau tak pasti . tapi ini yang aku fikir .

3) Facebook In a Relationship With Thingy . Mark Zuckerberg . Tahniah ! ko memang hebat . In a Relationship With thingy telah berjaya mewar-warkan lagi hubungan KAPELisasi untuk tontonan umum bukan sekadar 18 SX mahu pun yang dipotong oleh Lembaga Penapisan Hukum . kalau betul hubungan tu , dh bukan sahaja menjadi contoh tak baik pada orang lain , kalau orang tu cuba untuk mencontohi kapel tersebut untuk berkapel , adakah kapel yang menayang In a Relationship With tu akan berdosa kerana telah memberi contoh tauladan kepada orang tersebut ? dan kalau sekadar suka suka atau main2 sahaja In a Relationship itu diletak , bukan kah ia menimbulkan fitnah . bagai mana tu , ada kah berdosa juga sang pemilik In a Relationship With tu ?

4)Kalau la kita hidup di zaman dahulu pun sebagai Islam , ada kah kita benar benar berani untuk menyertai pasukan tentera perang fi sabillah ? itu satu kewajipan kan . aku tau kita tatkala ini mungkin berkata aku berani aku sanggup . tapi bila tiba masa nya ketika itu benar benar kah kita cukup kuat untuk semua itu ? Meletakkan diri dalam situasi hidup mati . sedang kan bungee jump tu pn aku tak sanggup nak buat . bagaimana pula dengan berperang ya ?? Ya Allah . Ampun kan hamba Mu ini . Mungkin itu yang Allah maksud kan , Allah tak akan membebani seseorang dengan ujian yang tidak mampu dipikulnya . WAllahua'lam .

untuk soalan 1 dan 4 , bukan niat aku untuk mempersoalkan saja2 . sekadar untuk kita berfikir . bersyukur . sedar .

Aku menulis persoalan persoalan di atas untuk aku share apa aku tengah fikir dan aku pun mungkin ada jawapan aku sendiri untuk persoalan tersebut tapi ada yang jawapan tu mungkin tak berapa konkrit / tak pasti . kalau sesape ada jawapan kukuh untuk dikongsi , silakan , sebarkan .

Maafkan aku yang Ya Allah jika ada silap dan salah dalam penulisan ku ini .

WAllahua'lam .