Monday, May 31, 2010

doa qunut nazilah .

1 comments
Bismillah . 

sebelum aku kenal kan bacaan doa qunut nazilah di bawah , apa maksud qunut nazilah : 

dari segi bahasa, “qunut” mempunyai banyak makna. Antaranya ialah taat dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabdian, diam, khusyu’ dan beberapa makna lagi.
(Rujuk: Lisan al-‘Arab 2/73, al-Qamus al-Muhit 158, al-Munjid fi al-Lughah 656).
Dari segi istilah, Ibn ‘Allan menghuraikan maksud “qunut” di sisi syariat ialah satu nama bagi doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri. Menurut Syeikh Ibn ‘Uthaimin, qunut ialah satu istilah yang diberikan kepada doa yang sesuai dengan sesuatu keadaan atau ketika berlakunya sesuatu bencana.  Inilah apa yang dinamakan sebagai qunut nazilah.
(Rujuk: Al-Asqalani, Ibn Hajar, Fath al-Bari, 2/633. Ibn al-‘Uthaimin, Syarah Bulugh al-Maram, Kitab al-Solat, 224).
 Definisi”nazilah”:
Kita telah mengetahui makna “qunut” secara ringkas, apa pula yang dimaksudkan dengan “nazilah”?
Dari segi bahasa, “nazilah” ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Atas kejadian serangan yang dilakukan oleh Israel kepada pasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza , mari kita sama sama membaca doa qunut nazilah di bawah : 



hadith:
- Abu Hurairah berkata: ((Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: “Sami’allahu liman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu”. Kemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: “Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Iyash bin Abi Rabia’h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf” )). (Riwayat al-Bukhari (no.2600) dan Ahmad 2/239, 396).
 Di dalam riwayat Imam Muslim (no. terdapat tambahan doa seperti berikut: ((Ya Allah, laknatilah kabilah Lihyan, Ri’l, Zakwan dan ‘Usaiyah yang telah menderhakai Allah dan juga RasulNya)). 
Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah Azza wa Jalla menyelamatkan beberapa orang sahabat baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, mereka itu diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah. 

WAllahua'lam . 

yaumul hazin .

0 comments
Bismillah ...

hari kesedihan ---> yaumul hazin .

doa kan saudara saudara kita yang diserang tatkala menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza supaya selamat . kenapa mereka boleh bertindak sesuka hati sedang kan kapal kapal yang datang bukan untuk berperang tetapi hanya menghantar bekalan kemanusiaan sahaja ?? mengapa kuasa kuasa besar tidak memainkan peranan menghalang ? apa aku mampu buat selain hanya mampu berdoa dan menyebarkan berita ini kepada orang lain supaya mereka sedar . =( .

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

Thursday, May 27, 2010

uhuk .

1 comments
Bismillah ...

uhuk ...
UTM: 75% (A-) =>3.73 gpa .
UofT:  75% (B-) =>3.00 gpa .

herm ... xpelah . struggle la dengan sebaik nya . nampak jauh sangat beza . patut bila minta kerja di malaysia nanti lampir kan result guide . so that dieorg takleh nak just compare cgpa yang system malaysia n canada lain dengan macam itu sahaja . ini la kot cabaran belajar di luar negara .

WAllahua'lam .

Wednesday, May 26, 2010

sekadar mencoret sahaja .

0 comments
Bismillah ...

maahad muar ada buat usrah untuk pelajar luar juga ? wah . baru tahu . nice . dulu xde kot . n I think maahad muar dh ubah skit sebanyak sikap adik kau yang form 1 ni . Alhamdulillah . cuma adik aku nie cam nak kuar dari maahad lak abis form 1 ni sbb malas hafal arab . so , semasa duk rumah nie , aku try yakin kan dia maahad tu bagus . n aku sendiri sayang maahad tu . walau pun aku nie bukan la 'budak baik' maahad . kehkeh . Alhamdulillah . cikgu cikgu still kenal aku , kebanyakannya la Alhamdulillah . hari tu , kt bilik guru , sorang cikgu ni masuk , nampak aku , jerit , "rempooooooooooooo" . haha . lawak tul . ok la . td nk tulis je rasa . then pas sambung balik lepas balik dari jemput adik aku tusyen , xtau pe nk tulis . so , end here .

p/s: anyone know the exact story why masa zaman Rasulullah anjing dikira najis sedangkan sebelum itu tidak bahkan ada nabi sebelum tu yang membela anjing ? aku ada tau cerita tp x confirm . Insya'Allah , klu rajin n rs nk tulis, nnt aku tulis la kot .

WAllahua'lam .

Friday, May 21, 2010

sekadar pemikiran rambang .

2 comments
Bismillah ...

tersenyum sendirian . teringat apa my friend letak quotation kt fb . nafsu ni macam kurap . makin garu makin sedap . bila dah syok layan garu je sedar sedar dah teruk kurap tu . so , biar kan je la kurap tu . jangan diusik , nanti lama lama elok la .

kita hidup ni kena PEKA jangan PEKAK . setiap deria kita kena berfungsi mentafsir apa yang ada di sekeliling kita .

memberi dan menerima adalah dua benda yang kita perlu buat . mungkin kita ni jenis suka memberi pendapat , pandangan , idea , usrah , tazkirah tapi bila orang beri peringatan pula pada kita , kita kena terima dan cerna bukan melenting atau marah .

setiap tindakan kita , kita fikir kesan dia . kesan pada diri sendiri , kesan pada orang lain . adakah tindakan kita akan menimbulkan fitnah pada diri kita dan pada orang lain ?

muhasabah semua perbuatan kita , nilai kembali . betul atau tidak ? jika tak betul , adakah kita berusaha untuk mengubahnya kepada yang betul ? atau kita tak berani bertindak demi perkara yang betul ?

ilmu yang lekat di dada tu tak ada gunanya jika kita terus hanyut menyongsang arus tanpa mengguna segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kita .

WAllahua'lam .

PRODUK SEK AGAMA YANG GAGAL ?

5 comments
Bismillah .

adeh . susah tul ada dual personality ni . maaf yang terkena . thanx kerana try nak memahami dan bersabar . huhu . really appreciate it .

selalu orang yang baru kenal aku dan tanya sekolah mana akan berkata lebih kurang begini, "wah , sek AGAMA MAAHAD , mesti baik ni" . hari tu baru dengar . ayoyoyyo . come on . don't put high expectation to produk maahad . produk sek agama ni . takyah pandang jauh-jauh , tgk pencoret ni je . banyak kekurangannya . sampai dulu pernah rasa diri sendiri ni produk maahad yang gagal . (mungkin dari segi akademik , Alhamdulillah , tapi dari lain , hurm , no comment) .

bukan apa . kadang kala orang yang sek dia bukan sek agama , lebih elok sikap nya dari yang berjenama sek agama . yang sek agama ni , ada sesetengah nya yang ego (ketuk diri) , yang nak jadi diri sendiri bila keluar maahad (buka itu buka ini) , yang menunjuk menunjuk mereka membuat dosa seolah olah bangga dengan tindakan mereka , bertindak dengan tindakan yang memberi kesan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain . so , di mana relevensi nya produk sek agama nak dikaitkan dengan keelokkan perangai mereka .

contoh macam aku , aku pelajar yang duduk luar (bukan asrama) , so suasana bi'ah solehah tu tak terdedah sangat pada diri aku yang lebih disebarkan kepada pelajar asrama semasa mereka tinggal di dalam . jadi , beza aku dgn budak sek biasa adalah , aku mengambil bahasa arab dan pendidikan tentang Islam ku lebih details . tapi , tanpa pengaplikasian atau praktikaliti , didikan itu lebih kepada ilmu untuk exam dan bukan nya ilmu fis sudur .

Alhamdulillah , di KMB , aku lebih kenal mengenai Islam yang lebih details dan pengaplikasian sebab KMB duduk ASRAMA so lebih terdedah n yang paling penting hidayah Allah sebenarnya . n walau sekarang aku rasa aku masih teruk , tapi aku mungkin tak lagi di takuk lama , bukan berlagak cuma aku rasa perbezaannya . semoga aku tidak kembali kepada yang teruk .

doakan aku sentiasa berubah ke arah baik dan doa kan kawan kawan aku terutamanya yang ber background sek agama ini supaya dapat menjadi contoh kepada yang lain sebab ramai yang memberi expectation yang lebih kepada kami . bagi yang lain , mohon ditegur rakan-rakan mana yang mampu . bagi yang membaca dan tergolong dalam golongan yang digelar produk sek agama seperti ku , mai mai kita cuba aplikasi ilmu yang lebih yang kita pelajari .

Al-Ilmu Billa Amalin Kash Shajarin Billa Samarin .
bapak tak best tanam pokok buah tak kuar buah . =) . (ini bukan direct translation , harap maklum , haha ) .

WAllahua'lam .

Tuesday, May 18, 2010

planner .

8 comments
Bismillah ...

Huuu . tgh cuti camni ... dah xde benda nak buat , start merencana masa hadapan . dulu masuk u of t , dalam first year tu , hampir give up nk amik engineering sbb rasa tak sesuai . aku gila math . tp engineering more to physics . aku hampir nk tukar course tapi xjdi .

tapi skang dah mula selesa belajar walau mmg mencabar . thanx pada kawan-kawan yang banyak tolong . so , lps dua tahun di u of t , n tak lama dah nak grad , aku try memetakan benda yang aku nak buat dalam masa 3-4 tahun akan datang . n dari segi financial , aku pun tgh kumpul gak . insya'Allah ak plan nk kahwin bila tamat je belajar, tunang insya'Allah setahun before tu . insya'Allah , klu dpt PEY , probably rancangan lain . tu xleh cite lagi kt sini kot , huhu . so , financial kena kukuh . then kerja . aku tgh berkira-kira sama ada nak sambung kerja di canada or tak . n probably , kalau sambung just setahun dua je . kt malaysia , plan nk kerja kt either kl , area melaka or jb(ni aim kerja singapore) .

ini hanya la rancangan . aku merancang . rancangan Allah adalah yang terbaik .
tinggal third year and fourth year . improve from time to time .

WAllahua'lam .

Monday, May 17, 2010

cycle.

1 comments
Bismillah ...

hari sabtu haritue , balik kampung . makan makan skit . mak cik jamu kitorang dengan nasi tomato , sate , n karipap dll . makanan yang best tapi berminyak . haish . camne nak kurus .

lama xjumpa nenek aku dah . sian . umur dah 96 tahun . memang dah tak kenal anak cucu da . aku tgk mak aku melayan mak dia macam budak kecik . huhu . tu la . one day , kalau kita panjang umur , kita akan jadi 'budak kecik' balik . nenek aku dah tak kenal mak aku . tapi mak aku melayan dia alahai comel nya . main teka teka . haha . aku teringin nak ada isteri macam tu . yang boleh layan n jaga mak aku macam tu , juga diri aku nie . mmg kita as manusia ada list criteria wanita yang kita nak . tapi kekadang tu , tak perlu meet 100% setiap aspek yang kita nak baru kita nak terima wanita tu as isteri kita kn .

WAllahua'lam .

Sunday, May 16, 2010

andai mati itu yang terbaik .

1 comments
Bismillah ...

Insya'Allah tak ada aral esok aku start kerja . but depends on petang ni lepas aku jumpa HR dia .

Ahad ni my sis akan daftar di UiTM Puncak Alam . and probably aku akan pergi meneruskan pemburuan mencari ubat untuk penyakit yang terus terusan mengomol diriku . aku kadang kala lemas . bukan tak redha , siapa yang tak merasai mungkin akan mudah berkata , sabar la . haha . gelak sendirian . masuk dalam kasut aku , meh jalan dengan aku . rasa apa aku hadapi . kadang kadang mampu terima diri , tapi bila memberi kesan pada orang luar yang tak faham atau tak sabar dengan aku , aku rasa bersalah dan surrender . entah la . dah lebih kurang 20 tahun . mereka yang jumpa aku di luar mungkin tak perasan , dan peristiwa semasa darjah 6 menjadikan aku seorang yang rendah diri . kadang kadang tu sangat rendah diri . aku pun tak tahu macam mana aku nak hadapi masa hadapan ku dengan rasa dalam diri ku macam ni .

malam tadi pula aku hampir langgar kereta masa bawa motor balik dari masjid . almost . haih .

WAllahua'lam.

secebis daripada diriku .

0 comments
Bismillah ...

masalah tercipta untuk mematangkan manusia .
tapi masalah dengan diri sendiri ,
dan memberi kesan pada orang lain .
apa patut kita buat ?

WAllahua'lam .

sabar .

0 comments
Bismillah ...

sabar sabar sabar assobri .

kuat kan hati .

biar digegar perasaan diri .

senyumlah untuk dihadiahi.

walau kekejaman mengelilingi.

terus terusan menjolok lagi .

pilu yang hadir terus menodai .

lepaskanlah jika yang terbaik menerjahi .

WAllahua'lam .

Friday, May 14, 2010

I Luv Islam .

4 comments
Bismillah ...

rambut dah macam makhluk asing ... so , tadi aku gi gunting rambut . b4 ni niat nak gi gunting kt kedai yang ak pernah pergi dulu sebab dia potong smart , tapi adik aku cakap , kedai tu potong bulu anjing juga . adoi . haha . maka aku pergi la satu kedai baru ni yang buat promosi . sekali gunting RM10 . not bad la . aku suka gunting kedai cina ni sebab dia reti gunting ikut fesyen .

ak ni ntah jadi peramah klu dah duk bosan camtu . borak-borak la dgn laki cina tu . mula-mula borak biasa biasa je until dia tanya aku lepas aku cakap aku study kat canada , dekat sana ada pergi clubbing tak ? aku cakap mana boleh , Islam tak kasi . so dia tanya aku , tak minum beer ke ? wooooo ... kenot la . Islam tak bagi . then dia cakap kt aku pula , tapi dulu dia keje kl ada je yang minum . aku senyum (xkn nak muka marah kt dia pula) , dieorg tu dh tak ikut Islam . laki tu ckp , customer dia dulu perempuan melayu siap ajak dia minum . hadoi . tapi dia cakap , perempuan tu kata dia xleh makan babi . tapi minum arak takper . aik ............ nie ajaran agama mana dia ikut .

makin best plak borak dgn dia sbb dia nie jenis open minded , so , aku tanya lagi , orang melayu kt kl tu mesti ramai dah buat sex kan ? dia kata , ramai meiiiiiiiiiii . (lebih kurang cam nie la) . hish . aku senyum lagi . dia tanya aku , u pn mesti pernah buat kan ? aku cakap , belum ma . Islam tak bagi before kahwin la . dia kata , u boleh tahan meiiiiiiiiiiiii . haha . aku gelak . kawan dia gelak gak . aku jawap , boleh la . (tapi memang susah sekarang kan , xper , lawan , nnt kahwin la , baru nikmat halal) .

panjang lagi aku borak , tapi antara tu la yang best . ak malu dgn orang melayu sekarang , yang majoriti nya Islam . tapi aku pun tak sebaik mana . Alhamdulillah aku masih sedar penting nya menjaga Islam dalam situasi sekarang . nikmat Islam yang aku dapat ni aku cuba jaga .

p.s.: memandang melihat mentafsir ... at least ... aku dah dapat sampai kan message mengenai Islam pada dia . aku gembira dapat menyampaikannya , Alhamdulillah .

WAllahua'lam .

Thursday, May 13, 2010

so sweet .

2 comments
Bismillah ...

selepas sehari di Malaysia . panas nya hadui la ai . rasa cam nak buka baju je jalan kuar . tapi apa kan daya , badan xde six pack . haha .gurau sudah .

neway , sampai KLIA semalam petang , mak aku n adik aku 4 orang jemput aku . ayah ada exam PTK kt Bangi , xlh jemput . so, naik naik kereta , adik aku yang paling kecik darjah 3 hulurkan aku keychain . aku tanya ni utk siapa . dia ckp , utk ko la . haha . keychain ManU . bukan main dia jemput abang dia siap kasi hadiah lagi .

hari nie , tgh hari , tgh lepak lepak dpn laptop , adik aku nie , balik sek, panggil aku , "angah , ni ada karipap untuk ko" . haha . hadui adik aku sorang ni , dia tau aku suka gila karipap n dia beli utk aku . so sweet la . baru darjah 3 kan . padahal time aku call rumah , tanya rindu aku ke tak , cakap tak rindu . ceh . egoistik punya budak kecik haha .
gambar time baru nak fly gi Canada , dengan adik aku yang paling kecik . skang dah makin besar . haduihai . 


p/s: dunia skang ni makin hari makin panas (Malaysia la) . fuh . berasap betul rasa .

WAllahua'lam .

Monday, May 10, 2010

yang molek itu perlu terjaga .

4 comments
tetiba teringat kisah kat sekolah dulu . 

pernah macam ada bising bising . sebab time tue , sukan sekolah . time sukan perempuan dicampur dengan lelaki , so ramai la ada lelaki kat situ . acara lumba lari . tak kan perempuan nak lari slow-slow. so dah lari laju laju , terselak sana terselak sini tudung labuhnya dan nampak la apa yang tak patut dinampak . biasa ar . sekolah agama . kecoh la benda ni . aku yang perangai bengong-bengong ni pn still rasa benda tu tak patut berlaku sebab perempuan yang betul jaga diri mereka , tak kan buat mcm tu kn . entah lah . sukan tu tak salah . yang jadi salah bila jadi keadaan macam ni . solusi nya , patut acara lelaki dan perempuan dipisahkan .  aku bukan baik . diri pun kontang-kanting , so pk-pk la sendiri , jgn judge pendapat aku berdasarkan diri aku , judge pendapat aku berdasarkan kebenaran apa aku cakap . ramai xsedar . tapi yang sedar baguslah . 

sekolah agama , banyak pengajaran aku tak sedar masa aku kat sekolah , tapi aku sedar bila dah keluar dari sekolah . 

kekadang rasa diri macam sampah . 

gambar di luar Harvard University . 



kolaborasi pilu .

0 comments
sunyi ...
selubungi hayat ...
menjentik minda ...
yang merangkak jauh ...

angin ...
kau dendang kan sendu ...
buat diri ku ...
agar tenang tak berlalu ...

hati ...
biar digilis ...
walau diguris ...
sakit tak terlukis ...

kenangan ...
temani bayu pergi ...
agar bahagia dia sekali ...
walau diri terus dibenci ...

kawan .

0 comments
Bismillah ... 

Thanx to anonymous yang hargai blog aku . sometimes aku rasa malu je dgn blog aku nie sbb mcm tak berisi je dgn benda-benda yang bagus . but ada mereka yang di luar menghargai my blog which i really appreciate. mereka memandang apa yang ada dalam blog aku nie dari sudut pandangan yang berbeza . kadang kadang orang yang kita anggap kawan or sahabat tak pernah hargai kehadiran kita dalam hidup mereka , tapi orang luar lebih menghargai kita . 

A friend cannot be considered a friend until he is tested in three occasions: in time of need, behind your back, and after your death.
- Ali ibn abi Talib (radiAllah anhu)

n seorang 'kawan' aku dah bagi hadiah istimewa before aku balik . thanx . 

WAllahua'lam . 

janji .

1 comments
Bismillah ...

salah satu benda yang senang orang lain buat tapi aku susah nak buat ialah BERJANJI (berzanji pula dah lama tak buat , @_@) . manusia suka menabur janji . janji itu . janji ini . for me , selagi tak terdesak , aku cuba elak untuk berjanji . kerana aku sendiri tak suka dikecewakan dek janji .

buat insan yang lain n peringatan untuk aku , elakkanlah dari berjanji kalau tak terpaksa . jangan kecewa kan orang lain . sangat sakit kot . try kena skiit .


gambar sekadar hiasan .  suka gak gambar nie . amik sendiri . confuse bila sekali pandang nampak macam gambar bangunan bercermin . pandang betul betul baru nampak ni struktur brooklyn bridge . 

malam ni balik Malaysia . aku tak tahu happy ke tidak . hermx . 

WAllahualam . 

Saturday, May 8, 2010

memori .

4 comments
Bismillah ...

gambar gambar di boston dan new york .

bila pegang kamera sendiri nie , baru best n puas tangkap gambar , tak sangka cantik lak aku amik gambar , kuikuiku . ni antara gambar yang aku sangat suka . kecuali gambar yang ada aku tue , yang lain semua aku ambil . cool kn . hehe prsn .


jalan hidup kita di hadapan penuh dengan hurdles (rintangan) . 

mampukah aku sekuat burung terbang dengan bebas menggunakan segala kekuatan melawan angin ?

 
                                     
cahaya dari satu lampu yang besar boleh ditandingi dengan cahaya dari banyak lampu yang kecil . 

                                          
sempatkah kita merangkak ke usia senja dan indah kah usia senja kita seperti ini ? 

hampir merangkak senja , sedarkah kita ? 

merenung kejauhan . masihkah ada peluang .? credit to atif . 


sibuk di luar , namun ramai kah yang hadir ke masjid ini ? pemandangan dari masjid boston , us . 

WAllahua'lam . 

Monday, May 3, 2010

TS , NY nk meletup ?

4 comments
Bismillah ...



Malam kedua selepas tragedi kereta berasap yang hampir meletup di Times Square , New York . dan aku kini masih berdekatan dengan TS . kawasan tetap dipenuhi manusia . malam pertama semalam , kawasan TS dipenuhi pemberita membuat liputan .


Selain itu , sekitar kawasan tersebut dibanjiri pihak polis yang datang dengan pelbagai cara . berkereta (kalau tak silap) , bermotosikal , dan berkuda .


Cuak? erm , lepas dgr berita semalam , cuak gak , sebab plan lepas nak turun empire states then ingat nak lepak TS . tapi tak jadi sebab dah penat dan dah lewat malam . kalau tak , trauma gak kot . huhu . dalam dua jam lagi nak gerak ke Boston , doa kan semua nya selamat .

FAZRY , jangan jadi sensitif . terima kasih tolong peringatkan . jangan terlalu ikut angan-angan ciptaan syaitan sebagaimana Allah ada sebut dua kali pasal angan-angan tu dalam surah an-Nisa' (tak ingat ayat berapa) . klu duk ikut angan-angan tue , mau hanyut aku kat NY ni .


Alhamdulillah , seronok aku tengok ramai muslim di NY , semasa solat maghrib berjemaah tadi . ok la . stop here .



WAllahua'lam .

Sunday, May 2, 2010

0 comments
Bismillah ...

First day in NY almost killing me . aku rasa byk gila kalori terbakar . haha . kaki macam nak tercabut . terseksa fizikal aku .

tapi emosi pn terseksa . haha . macam sengal la aku nie . benda camni pun xlh handle . aku dah malas nak pk . biarlah dia . kalau dia nak 'hilang' , biarkan . senyap sudey . aku memang macam ini perangai . kalau dah ada benda tak suka , terus-terang . semua benda boleh bawa bincang . jangan cari solusi . solusi sendiri je .

biarlah . layan je la vacation ni . tak tau lah jadi best ke tak macam nie .



termenung berfikir sendirian diuliti oleh New York .