Monday, July 26, 2010

tulis .

0 comments
Bismillah .

a quick post .

jika hendak menulis , menulislah dengan hati , tidak bertulis dengan emosi , semoga tulisan yang ditulis dengan niat agar penulisannya dapat merubah diri penulis dan mereka yang membaca apa yang dituliskan ke arah yang positif .

WAllahua'lam .

Saturday, July 24, 2010

tetamu istimewa .

4 comments
salam .

orang kata masalah ni mematangkan manusia . semoga apa yang aku tempuhi sekarang ni memberi manfaat kepadaku .

tadi ak didatangi tetamu istimewa.
bukan rombongan meminang .
kalau ada kan bagus haha .

seorang sahabat lama . kini belajar di luar negara . Alhamdulillah dah mendirikan rumah tangga ketika tahun dua dalam bidang perubatan .

orang selalu fikir kahwin ni susah . tapi aku tengok dia ni sempoi je . cerita nyer camni ..
dia ni dh suka sorang perempuan ni . selalu pn study sesama . so , like dia fikir , dia teringin nak ubah diri .
mak dia memula tak kasi dia kahwin tapi lepas cakap beberapa kali mak dia izinkan .

dia kata dulu hidup cam serabut je . tapi lepas kahwin ni hidup tenang . n dia kata dia pernah jumpa ayat quran yang isi kandungan nya lebih kurang berbunyi , Aku ciptakan pasangan untukmu supaya hatimu menjadi tenang . dia kata memang dia rasa apa yang disebutkan dalam Al-Quran tu .

mungkin orang kata tak prepare lagi nak kahwin semua , tapi dia cakap , kalau dah 30 umur pun , kita belum tentu dah prepare . n orang kat luar tu yg tak tahu banyak ilmu pn still kahwin , so kahwin dan sambil tu belajar tentang alam berumahtangga .

sekarang dia nak belajar pun rasa dipermudahkan . macam senang je belajar . rasa takde masalah .

macam dia kata , "aku ni bukan la baik sangat kn , tapi kita ni nk berubah kepada yang baik , so tak kan nak buat maksiat je . macam mana nak buat benda baik kalau pada masa yang sama still buat maksiat ." . (FUH >>>>>>>AYAT YANG DILONTAR TENANG TAPI CUKUP UNTUK MEMBERI KESAN DI KALBU.) .

moga dia bahagia dengan jalan yang dia pilih .

=) .

WAllahua'lam .

Wednesday, July 21, 2010

bercampur baur . (no need to read , ak tulis utk diri ak) ..

2 comments
Bismillah ...

minggu ni banyak suka duka kejutan pelik dll dlm hidup ak .

1)kawan berselisih faham dan aku terlibat sama atas perkara yang sampai skang xdpat difahami .
2)design aku untuk company aku diterima dan sudah dihantar ke vendor untuk tempahan , Alhamdulillah .
3)kenalanku , saudara E yang baru bernikah , dan berkerja di Petronas dengan gaji rm 5000 - rm 6000 . tahniah dan selamat berbahagia la . ko mmg deserve all these . among best students in Malaysia masa SPM  dulu dan sikap ko mmg buat aku sanjung ko .
4)kawanku , sek men , sudah bertunang . siapa ? biarlah rahsia . baru tau dan juga agak terkejut .
5)manager company aku ni , bagi bagi hint macam offer aku kerja kt company tu lepas ak grad nnt . klu betul Alhamdulillah . but , Allah knows best .
6)kenalanku , di Mesir , bakal pulang dan berkahwin di Malaysia . semoga bahagia =) .
7)ada kawan ku dah delete fb ak dari friend list dia , n i think i know y . if u think that u r happy with that , i am okay . semoga bahagia juga .
8)junior mengadu hadapi macam2 masalah nak tempuh SPM ni , kesian , semoga dia kuat .

apa aku merepek memalam ni .
ntah .
banyak benda aku tgh pk .

WAllahua'lam .

Sekadar Sekalung Doa .

0 comments

Bismillah . 
Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan

Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta Kasihmu
Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini
Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk Jalanmu
Tiada Yang Ada Selainmu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang Tinggalkanmu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari Jalanmu
Yang Pasti Kembali Padamu

Tuesday, July 20, 2010

dua sen saya .

1 comments
Bismillah ...

sori kalau ada yang terasa dengan my previous post . I was writing masa tengah 'sedar' . wake me up when i 'fall asleep' . semoga niat untuk penulisan di situ untuk menasihat bukan ingin mengutuk mahu pun memalukan . the topic is too general tanpa menyebut nama sesiapa jadi hope pada yang terasa tak perlu malu dan buat tindakan mendadak .
i think writing here without mentioning any names is far better than mengumpat kan .
selagi seseorang ambil kisah tentang kita means mereka masih hargai kehadiran kita dalam hidup mereka (isi ayat dari my mother) .
jangan sampai bila kita dah hanyut tapi tak ada orang tegur .

WAllahua'lam .

Monday, July 19, 2010

pon ponnnnnnnnnnnnnnnnnn .

4 comments
Bismillah ...

tak tahu nak gelak atau senyum sinis .

bagaimana orang mahu berubah jika mereka melihat pendukung Islam yang sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain lemas dalam dunia yang tak sepatutnya . malah lebih suka mendedahkan perlakuan tersebut di khalayak (dunia sebenar mahu pun laman maya) . aku yang masih bertatih untuk berubah kadang kala hilang semangat apabila aku menonton lagak gaya yang tak sepatutnya .

bukan ingin berubah kerana orang lain . tapi manusia , kadang kala terpengaruh dengan keadaan sekeliling . patut la ada kata kata berunsur , "ala........mamat kopiah serban n minah tudung labuh boleh buat , tak kan kita xleh pula." . memang kenyataan ni salah , cuma untuk golongan anta anti ni tak kan nak terus jadi bad role model untuk mereka yang masih cetek . walau pun anda bukan nak pun jadi role model tapi anda dh pikul tanggungjawab tu secara tak langsung .

kadang kala kecewa juga dengan diri sendiri . kadang-kadang kita xsepatutnya jadi diri sendiri , kita kena jadi apa yang Islam gariskan .

Wassalam .
Popo .

Wednesday, July 7, 2010

sumbang dan pergi .

1 comments
Bismillah .

tarian ku semakin sumbang sejak akhir akhir ni . ibarat sumbang nya permainan Germany ketika menentang Spain .
ku ke kiri , longlai .
ku ke kanan , barai .

ku diam pun tak menentu .
santun ku tak lagi merdu .
madah ku penuh liku .
ku ingin lari dari alam ku .
mencari jalan sebagai penentu .
moga malam ku tak lemas selalu .

dan buat insan yang bernama sahabat , maaf tak mampu membantu . kau melangkah pulang sebelum kita sama sama menyarung cincin yang diidamkan . kau pergi setelah kau mengajakku ke situ . aku tau bukan salah mu . kau terpaksa . teruskanlah perjuangan kau di situ . moga kau boleh bernafas dengan lebih sempurna . aku akan terus memburu cincin itu , insya'Allah . cincin lambang jurutera dari university itu .

WAllahua'lam .

Saturday, July 3, 2010

nasi ambang dan reminder .

1 comments
Bismillah ...

baru sahaja pulang dari kenduri majlis pertunangan sepupu aku di kampung . nasi ambang kampung memang sedap . kedai punya jarang boleh lawan . cuma terlepas makan kat dulang beramai ramai sebab aku duduk kat dapur je menjadi anak dara .

minggu lepas , program revolusi minda pelajar (REMINDER) telah berjaya dilaksanakan . pada mulanya ada beberapa masalah yang merundung sehingga aku hampir putus asa dengan program ini . namun , rakan-rakan yang sudi meluang masa untuk menguruskan sebahagian tugas memudahkan pergerakan program ini . aku yang sibuk bekerja memang kurang mampu untuk mengatur segalanya sendirian . terima kasih . sangat sangat.

program itu dimulai dengan sesi motivasi dan perkongsian pengalaman pada waktu petang . sesi itu bermula agak lewat kerana masalah yang tidak dijangka yang dihadapi cikgu menyebabkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kurang tercapainya objektif pada sesi petang tersebut .

namun , kekecewaan ku terubat kerana pada malam itu , career booths telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan . mereka berpusu-pusu datang ke booths dan menunjukkan minat . malah , ada yang meminta untuk membuatnya lebih panjang seolah-olah sesi malam itu tidak cukup .

aku nampak semangat mereka mula bercambah dan ramai yang menunjukkan minat untuk ke luar negara . seronok . seronok aku . semoga Allah memudahkan segala urusan mereka dan semoga Allah memberkati apa yang kami usaha kan . seusai program , ada offer minta team kami buat di sekolah lain pula . hati aku berbunga-bunga kerana aku tahu walau ada orang nampak apa kami buat ni tak sesuai pada masa nya , tapi bagi orang macam aku , aku rasa , benda ini perlu didedahkan pada ketika ini dan waktu nya pada ku adalah tepat .

sesungguhnya usaha mereka itu beraneka macam (surah al-lail , ayat 4) .. (baca ayat-ayat seterusnya) .

wAllahua'lam .