Monday, June 20, 2011

Wudhuk dan solat cara Rasulullah SAW .

0 comments
Bismillah ...

wahai muslimin dan muslimat sekalian . mari kita sama sama lihat sama ada wudhuk dan solat kita mengikut cara Rasulullah SAW atau tidak . dalil-dalil disertakan sebagai rujukan .

wudhuk : http://as-sahih.blogspot.com/2009/05/cara-wuduk-rasulullah-saw-yang-sahih.html

solat : http://www.scribd.com/doc/3147156/Panduan-SolatSembahyang-Cara-NabiRasulullah-saw

WAllahua'lam .

Sunday, June 19, 2011

kahwin

0 comments
Bismillah ...

kahwin ... cinta ... topik yang boleh dikatakan tak kan basi dalam waktu sebegini . umur remaja (remaja lagi ke) atau pemuda yang masih memburu dan mencari pasangan sebagai peneman hidup , yang bukan hanya untuk tujuan di dunia bah kan di akhirat kelak , insya'Allah .

bagi yang umur ku , ramai yang sudah grad , maka akan banyak lah jemputan kahwin tak lama lagi . malah ada yang sudah  pun menamatkan zaman bujang mereka dan seorang teman sekolah ku sudah menjadi bapa . =) .

ada pula yang sudah mula risau kerana masih tak punya calon or teman . lagi lagi yang perempuan . walau pun bercerita dengan nada gelak , aku faham , apa yang tersirat di hati .

herm . bagi aku pula . masih ada setahun sebelum aku grad insya'Allah . aku tak tahu apa patut aku fikir . sebab aku sendiri tak pasti apa yang akan aku buat apabila tamat belajar kelak . jadi , macam  mana aku nak plan untuk kahwin . calon ? herm .  ini perkara yang sangat complicated dan sangat sukar untuk aku tentu kan . sudah ramai rakan aku yang zaman sebelum kahwin dengan orang lain , tup tup , kahwin dengan orang lain . =) . jadi , selagi aku tak cukup serious untuk kahwin , aku prefer untuk kawan dan kenal dengan ramai orang .  best juga ramai kawan . kan .

aku cuma harap , jodoh aku nanti Allah beri yang terbaik untuk aku . risau juga tengok kes penceraian sekarang .

apa pun , yang dah dapat peluang untuk kahwin tu , kahwin la cecepat . =) . yang belum sampai masa or yang tak ada calon tu , insya'Allah korang akan dapat juga  merasai nikmat perkahwinan tu nanti .

doa kan yang terbaik untuk kita semua .


WAllahua'lam .

Thursday, June 16, 2011

1 comments
Bismillah ...

banyak juga aku dengar kisah kegagalan manusia . tewas di medan juang . putus asa atau di'putus asa'kan . sedang kan mereka adalah barisan pelajar cemerlang yang  berjaya meraih peluang belajar di negara orang .

dan banyak juga aku dengar kisah kejayaan manusia . berjaya menawan puncak kejayaan . berjaya membuktikan kegagalan masa silam bukanlah alasan untuk terus berundur . sedangkan mereka hanya diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di tanah air sendiri yang mana ada antara mereka hanya pelajar biasa yang mendapat keputusan yang biasa di sekolah dulu , namun kini , adalah pencetus revolusi kejayaan dalam hidup mereka .

kisah A mahupun kisah B: masing-masing ada cerita mereka . begitu juga aku . kekadang , hanya dengan satu tindakan yang silap , kehidupan kita di masa hadapan 'berubah' . apa yang kita rasa mampu kita gapai , hanya lah mainan wayang di kotak pemikiran kita . itulah  apa yang aku rasai sekarang . dan  mungkin itu juga apa yang mereka dalam kisah A dan kisah B rasa .

apa apa pun , hidup perlu diteruskan . buat yang berjaya , semoga tidak lupa diri . buat yang kurang berjaya , mungkin  ini masa untuk kita muhasabah diri untuk melompat lebih tinggi .

WAllahua'lam .

Monday, June 13, 2011

bermaksiat.

1 comments
Bismillah ...

jangan menghakis rasa bersalah,
andai diri dirundung resah,
bergelumang maksiat ibarat dadah,
ditentang susah dibuang lemah,
mintalah perlindungan Tuhan Yang Maha Gagah,
agar menjadi sebaik baik insan di muka tanah .

renungilah pujangga Saidina Ali,
jadilah sebaik baik manusiawi,
tatkala peluang bermaksiat mudah didekati,
namun takutkan Tuhan lebih mentarbiah diri,
biar menggigil tangan dan kaki,
namun maksiat tidak sekali.

bukan menjadi seburuk-buruk insani,
tatkala tariq berpahala mudah disusuri,
denai maksiat tetap pilihan hati,
biar terpaksa meredah api,
namun siratal mustaqiim tetap dipandang sepi.

ya Rabbul Izzati,
tetapkan hati-hati kami,
untuk berada di jalan yang suci,
semoga kami berjaya bila dihakimi,
dan syurga adn kan kami miliki .

SK.

WAllahua'lam .

Thursday, June 9, 2011

lughatul injliziah .

0 comments
Bismillah ...

I want to dedicate my special thanks to my teacher who is willingly teaching me English without asking for any payment. She helps me a lot. I hope I could show some improvements in my English. This holiday is all about languages. Formal arabic education in u of t and non formal english learning at home. I do enjoy both courses even though English homeworks give me some sort of pressure but for the sake of improving myself, I have to do this. I used to hate writing in English but after I have seen some improvement, I feel so excited. I know, I might made mistakes in this writing, but who cares, haha.

Thanks a lot teacher.
Syukran jazilan.
 Syukran li'anna anti turidu an ta'lam wa ta'jam nahu wa mufradat fil lughatul injliziah .
Barakallahu fiki .
Illal liqa'.

Wassalam .