Sunday, September 25, 2011

=).

0 comments


Thanks to you . Yeah . You .

Sunday, September 18, 2011

2 comments
Bismillah ... 

jika hari-hari dipenuhi dosa , 
bukankah seperti menempah noda, 
yang dicurah ke wajah yang kian sirna serinya, 
ahhhhhhhhh ... aku ini siapa , 
manusia biasa yang dosa tak lekang sentiasa, 
itukah alasan untuk Sang Pencipta? 
cukup kukuhkah untuk menolak neraka? 
atau cukup ampuhkah untuk diusik jelaganya? 

pandanglah esok seperti tiada, 
agar terpasung rasa berdosa, 
moga terzahir taubat kepada-Nya, 
penuh harapan agar dapat diterima. 




Tuesday, September 13, 2011

...

0 comments

Sunday, September 11, 2011

Last day as Christian by Justin .

0 comments
http://www.youtube.com/watch?v=4ImCcba1EdQ

Friday, September 2, 2011

Moga Dipermudahkan.

6 comments
Bismillah ...

I am really in confusion right now. Aku ada sorang kawan lelaki chinese ni . before ni we are just kawan biasa je . but, since summer ni macam agak rapat . dia selalu tegur aku in facebook and sembang sembang cerita masalah or borak borak biasa kan . and setiap kali dia buat camtu , aku rasa macam dia nak rapat dengan aku macam nak tanya something (and i am thinking of dia nak tanya regarding Islam) . cuma dia tak ada lah cakap direct pasal Islam . its more like about Ramadhan and Syawal .

aku takut sangat nak cakap/tanya directly adakah dia benar-benar nak mendalami Islam atau apa. sebab aku takut jika cara aku approach salah , aku mungkin boleh menjauhkan dia dari Islam and merosakkan hubungan persahabatan kami .

tak tau apa patut buat . Ya Allah , aku cuma harap kalau betul dia benar benar nak tau pasal Islam , dia akan tanya aku directly , and aku harap dia akan masuk Islam . he is a very good guy .

rasa sangat semacam sebab tak mampu nak tolong bawa dia masuk Islam . rendah ilmu / xcukup keberanian . mungkin . WAllahua'lam .

Langkah Hari Ini.

0 comments
Bismillah ...

Alhamdulillah . aku masih mampu menghabiskan Ramadhan ku dan menjejakkan diri di bulan Syawal . Semoga semua amalanku diterima dan semua kekhilafan ku diampuni , insya'Allah .

Alhamdulillah . Dapat meraikan hari raya bersama rakan-rakan di dua rumah yang berbeza untuk mengeratkan ukhwah sesama pelajar .

Alhamdulillah . Semester baru bakal bermula . Terima kasih Tuhan , aku diberi ruang untuk terus survive di sebuah university yang mengumpulkan pelajar-pelajar bijak pandai seluruh dunia . Its not easy . Hanya engkau yang Maha Mengetahui perasaan bercampur baur sepanjang tiga tahun aku belajar di sini .

.......

Kini aku diuji lagi . rumah kami dibedil sekali lagi oleh 'peluru-peluru' pihak tertentu yang tidak mahu berbincang dengan cara yang baik untuk menyelesaikan masalah . Ya Tuhan . Adakah ujian ini untuk Kau dekatkan Kami kepada-Mu atau untuk Kau depakan jarak antara kita ? Aku mengharap yang pertama .

Ya Allah .
Kau bantulah aku meniti jalan untuk mengecap kejayaan dihujung jalan.
Aku tak mahu bersendirian.
Menghadapi hidup yang tak tahu entah bila badai mungkin melancarkan serangan.
Dan ketidakpastian di mana mentari bakal menghadiahkan senyuman.
Biarlah apa situasi pun, Kau tetap menjadi peneman.
Kerna ku tak mahu termasuk golongan yang dirundung kerugian dan dibiar kesesatan .

Bismillah ...
Semoga Engkau memberi kemudahan , Ya Allah .

WAllahua'lam .