Thursday, November 24, 2011

Jika malam mampu berbicara

0 comments
Bismillah ...

Jika malam mampu berbicara,
pasti terbongkar segala rahsia,
yang suram  kan terlakar cahaya,
yang tenteram kan tak tentu hala.

Jika malam mampu berbicara,
senyap kita tiada guna,
jika disorok sedalam mana,
pasti kan bergema di penjuru benua.

Jika malam mampu berbicara,
kita mahu jadi yang mana,
yang malu untuk diperkata,
atau yang tersenyum tanda bahagia.

Jika malam mampu berbicara ...
anda pula yang bagaimana ?

WAllahua'lam .

SK .


Sunday, November 20, 2011

I miss you .

0 comments
Bismillah ...

Alhamdulillah . adik lelaki bongsu ku (adik beradik ke 6 daripada 7) berjaya mendapat 5A dalam UPSR baru baru ni . aku yang mendengar macam tersenyum . ye la , bila contact family kt Malaysia , apa adik aku yang sorang tu buat , asik main je . tp tula , rezeki Allah kasi , Alhamdulillah . dan otakku melayang pada ibuku .

Alhamdulillah , siapa kenal ibu aku , tahu macam mana ibu ku itu berkerja . seorang yang sangat gigih . anda pernah mendengar seorang guru besar pergi ke rumah anak murid nya yang tak hadir ke sekolah, untuk bawa budak itu ke sekolah ? ibu ku buat perkara tersebut . ye la , sekarang mengajar di sekolah pinggir bandar , yang ada byk keluarga susah , dan keluarga yang berpecah belah . apa yang aku nampak , ibu ku tak nak disebabkan masalah keluarga seperti itu , murid-murid nya tak mendapat pendidikan .

ibu selalu kerja sampai lewat petang . hari sabtu lagi , antaranya adalah utk pastikan guru-guru nya buat kelas tusyen tambahan utk pelajar pelajar di sekolah . tu antara formula yang aku nampak , dengan izin Allah , dapat naik kan SKBM dan SK Bakri Batu 2 sekarang .

hari tu borak borak dengan mak, mak baitau, mak tak nak sambung kerja sampai 60 tahun . 56 mak nak berhenti , insya'Allah . umur dia skang 50 tahun . dari nada mak , insya'Allah panjang umur , dia nak luang kan masa dengan anak-anak dia yang tak dapat dia beri sekarang . ya , sebagai anak , aku tersentuh . aku pun fikir benda yang sama , mungkin , insya'Allah rezeki aku lepas grad , sama ada aku kerja sini 1,2 tahun , atay balik , kerja di Malaysia , aku nak kerja di area yang tak jauh dari rumah . paling jauh , mungkin KL atau Singapura . so that, aku boleh balik selalu insya'Allah . n kalau boleh , aku nak cari jodoh pn , tak nak yang jauh jauh .

I miss my mum now . jangan baitau dia , =P . semoga dia panjang umur , murah rezeki , dan bahagia di dunia dan akhirat . Amin .

WAllahua'lam .

Saturday, November 12, 2011

Tahniah

1 comments
Bismillah,

10 November 2011 .

Tahniah:
10 November, baru mendapat perkhabaran dari one of my best friends , yang dia akan bertunang bulan depan . n rasa terharu sebab dia tak kecoh kan pun majlis ni n just beritahu kawan2 terdekat and AKU salah seorang darinya .
10 tahun kurang dah aku kenal dia . mak kitorg pun best friend . bila terpk zaman dulu , rasa macam, alahai , dah besar dah kita . dulu gaduh ketawa senyum marah , selama 10 tahun ni , our friendship's story boleh buat novel kot =P .
Maaf la tak dapat aku nak tulis panjang-panjang. terlalu banyak kenangan manis dan pahit dan hari ini kau sampaikan pada aku khabar gembira ini dan membuatkan aku ' tersenyum ' dalam hati .
Aku gembira untuk ko. aku harap ko akan sampai ke jinjang pelamin dan kekal bahagia sampai akhir hayat . insya'Allah .
Aku bila? entah. moga Allah aturkan yang terbaik untuk aku .

WAllahua'lam .