Wednesday, January 26, 2011

Ferrari Dan Muslim .

1 comments
Bismillah ...

Islam ibarat Mercedes/Ferrari/Any Car yang boleh dikatakan Sempurna .
Dan Muslimin Dan Muslimat Ibarat Drebar nya .

Ketika Drebar memandu kereta dan terlanggar pokok lalu accident akibat tidak tahu / salah mengendalikan kereta tersebut, siapa/apa yang patut dipersalahkan ?
kereta kah ? pokok kah ? atau Drebar nya kah ?

sudah tentu la yang patut dipersalahkan adalah drebar nya kerana Noob (xtahu) atau salah mengendalikan kereta tersebut .
sedang kan kereta tersebut sudah boleh dikatakan kereta yang sempurna .

sama dengan Islam dan Muslim .
Islam sudah sempurna .
namun yang menyebabkan Islam itu nampak tidak sempurna adalah Muslim (penganutnya) .
yang salah / tidak tahu mengendalikan Islam itu adalah manusia yang beragama Islam .

jadi , renung renung kan dan selamat beramal ...
(peringatan untuk diri sendiri juga) .

WAllahua'lam .

Wednesday, January 12, 2011

khusyuk .

5 comments
Bismillah ... 


Imam Abu Al-Aliyah berkata: 
“Solat mempunyai tiga keistimewaan, dan jika tidak ada ketiga-tiga ini di dalam sesuatu solat, solat itu dianggap tidak berfaedah sama sekali. Keistimewaan-keistimewaan itu ialah ikhlas, khusyuk dan zikrullah." 


kata beliau lagi mengenai khusyuk yang telah diringkaskan: 
“Kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu.” Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat. Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran Ilahi. Harap bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah saja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.


herm ... entah la . aku harap aku tak fail setiap solat aku . susah nya nak dapat khusyuk . =( . 


WAllahua'lam . 

Friday, January 7, 2011

cerita .

0 comments
Bismillah ...

selamat mendarat di toronto dalam 10.30 malam hari rabu lepas . Alhamdulillah banyak pengajaran yang boleh diambil  sepanjang pengembaraan sewaktu winter break yang lepas .

Alhamdulillah juga sebab dapat khatam kan novel weil china . bagi mereka yang punya masa , dan ingin mencari bahan bacaan yang mengandungi isi kandungan ilmiah yang berkaitan agama Islam dan komunisme , lebarkan sayap pembacaan anda terhadap buku ini .

dan saya juga sudah jatuh cinta . fewit . pada maria . maria , sangat merangsang nafsu pembacaan ku . haha . jangan salah sangka . buku ini sangattttttttttttt gebu dengan isi yang mampu menyuntik pemahaman kita terhadap tindakan kristian dan ateis malah kita mampu menjana minda dalam pemahaman terhadap persoalan yang mungkin cuba diutarakan oleh golongan bukan Islam kepada kita . insya'Allah akan dikhatamkan segera sebelum aku menjunam dalam lembah project-project 3rd year ku yang banyak semester ini .

oh ya , result semester 5 baru dapat . tak berpuas hati tapi yakin Dia ada aturan terbaik untuk aku sebagaimana trip aku ke orlando dan miami , insya'Allah . walau bagaimanapun , overall result improved. Alhamdulillah .

nak ajak korang dengar satu lagu yang aku tengah layan sekarang . dulu pernah dengar , tapi , macam xhayati sangat kot . but fall in love masa dengar on the way ke key west kot hari tu .



kiri kanan depan dan belakang angin yang menderu tidak tahu bila datang hujan badai yang datang menyerang bak singa lapar yang garang kadang2 terdampar di batu karang penumpang menerima nasib berlainan ada yang jatuh ada yang tenggelam.

nasib manusia berbeza mengikut keupayaan , walau pernah jatuh , kita perlu terus bangun , dan teruskan aturan langkah , susunlah langkah kita dan serahlah pada Dia untuk menentukan pengakhiran langkah kita .

WAllahua'lam .

Monday, January 3, 2011

bukan sekadar noktah .

1 comments
Ketika manusia meredah sejarah , 
mengerah keringat memimpin mehnah , 
ada yang lalai menyongsang arah , 
membiar diri tengelam ke bawah , 
riang di luar tanpa lelah , 
jasad bergetar roh bernoktah , 
lupa kan tuhan ketika tak susah , 
namun pabila sukar datang di sebelah , 
tanpa malu tunduk di sejadah , 
tapi tuhan itu pemurah , 
selagi sempat taubat ditadah , 
selagi ikhlas memaut madah , 
insya'Allah ampunan kan terbit mudah , 
semoga diri tak mudah tergugah , 
dek lakonan dunia yang dongengnya indah , 
semoga diri tak mudah pasrah , 
agar tergapai cinta yang tak murah .