Monday, May 30, 2011

solat isyak dan subuh .

1 comments
Bismillah ...

makin ke arah summer , makin panas . makin panjang siang , makin pendek malam . nak mujahadah pergi masjid isyak dan subuh secara consistent amat lah susah . sedang kan ganjaran nya besar . isyak di masjid pukul 10.30 malam dan subuh 4.45 pagi sekarang ni .

moga mereka yang berada di Malaysia malah di mana mana sahaja dapat mengambil  peluang untuk hadirkan diri di masjid terutama solat isyak dan subuh , mmg susah , mmg liat , tp ambil la peluang yang Allah kasi untuk beramal dengan sebaiknya .

"salah satu benda best yang korang nak rasa masa jalan kaki ke masjid solat subuh , korang tarik nafas dalam-dalam, korang dapat rasakan nyaman nya udara masa tu . bau nya pun sedap . Masya'Allah . but min fadlik (please) , dah sedut , tolong hembus balik , kang ada yang meninggal tak bernafas pula . =)" . skang ni meh semangat kan diri kita untuk ke masjid setiap malam dan pagi . kalau boleh setiap waktu . lagi bagus .

Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). 



Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang bermaksud:
Daripada Abdul Rahman bin Abu Amrah RA, katanya: "Suatu malam Uthman bin 'Affan RA telah masuk ke dalam masjid selepas selesai didirikan solat Maghrib. Lantas dia pun duduk berseorangan. Lalu aku pun datang mendekatinya dan duduk disampingnya. Tiba-tiba dia berkata kepadaku: "Wahai anak saudaraku! Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bersolat Isyak secara berjemaah maka (ianya akan diberikan ganjaran) seperti solat sunat separuh malam dan sesiapa yang bersolat Subuh secara berjemaah nescaya (ianya akan diberikan ganjaran) seperti mendirikan solat sunat sepenuh malam"

 nak baca lebih lanjut:
http://al-ehsaniah.blogspot.com/2011/01/jom-ke-masjid-siri-5-kelebihan-solat.html

WAllahua'lam .

Friday, May 20, 2011

ha ... meh meh Islam nak kasi mudah . so jangan rasa susah susah =) .

9 comments
Bismillah ...

today's usrah : berkenaan solat duha . antara benda yang menarik aku dapat , solat sunat ni (semua solat sunat) korang boleh buat tanpa berdiri . aku rasa ramai dah tau benda ni . cuma , sebelum ni aku duk pk , Rasulullah SAW solat sunat duduk tapi camel nya berhenti dan menghadap kiblat . rupa nya tak perlu . korang xsemestinya menghadap kiblat dan korang tak semesti nya melakukan pergerakan solat tu (tapi seelok-eloknya buat la) . tapi , apa yang menariknya , contoh nya , korang rushing nak gi kelas , naik basikal , or bawa kereta , time tgh kayuh pedal or tengah putar stereng tu , korang boleh laksana kan solat duha tu . macam aku kata sebelum ni , seelok-eloknya buat la pergerakan solat tu . tp , korang tgh pandu kereta , time nak sujud , jangan korang tunduk kepala sampai tertekan hon or tak nampak depan , exsiden pula nanti kan . so , korang baca la bacaan solat tu . MENARIK kan . =) .

lagi 1 , terjawap gak persoalan aku . selama ni ak travel , aku duk pk , boleh ke solat sunat time travel ? reason behind aku pk benda tu , sebab aku pk , klu seseorang tu ada kesempatan untuk solat sunat , kenapa dia ringkas kan solat wajib nya kan ? macam tak make sense pada aku . td , terpacul la soalan tu dari mulut aku , dan my naqib usrah hari ni jawap , masa dulu Rasulullah SAW dalam travelling dan seusai buat solat qasar , baginda SAW nampak sahabat melakukan solat sunat , lalu baginda SAW bertanya , kepada seorang sahabat apa yang si polan itu buat , lalu dijawap dia sedang melakukan solat sunat . Rasulullah SAW menjawap yang maksudnya lebih kurang aku faham tadi adalah solat sunat tidak digalakkan ketika kita mengambil rukhsah untuk solat wajib . clear tak ? klu tak clear sila tanya . takut terfaham lain , jadi ajaran sesat pula . Nauzubillah .

ok la kawan kawan . (dah macam rancangan kanak kanak pula haha) . moga benda yang sikit dikongsi ini dapat memberi manfaat pada korang dan pada aku sendiri . insya'Allah . [minta doa kan sakit aku skang nie yang dah macam makin teruk . harap tak jadi macam first year masa tue , sampai masuk hospital . amin] .

WAllahua'lam .

Wednesday, May 18, 2011

Segalanya perlu dimulakan dengan 'terpaksa'.

2 comments
Bismillah .

Segalanya perlu dimulakan dengan 'terpaksa'. tapi jangan paksa melibatkan orang lain . contoh : paksa A untuk kahwin dengan hang . no no no . paksa di sini adalah paksa untuk diaplikasikan pada diri sendiri . ingat ya . diri sendiri . sebut betul-betul . diri sendiri .

malas solat sunat , PAKSA !
malas pi masjid , PAKSA !
malas baca quran , PAKSA !
malas tidur , PAKSA , (sebab nanti tak bangun subuh pula) .

segalanya harus atau perlu bermula dengan paksaan . jika tiada paksaan , tidak akan ternukil apa yang dikatakan permulaan . ada yang berpujangga , permulaan adalah separuh dari kejayaan . sebab apa , permulaan adalah barrier paling besar dalam melakukan sesuatu . insya'Allah , bila kita paksa diri kita untuk mulakan sesuatu yang baik , sertakan dengan doa , Allah akan bantu kita untuk terus dalam tariq yang konsisten .

berkongsi apa yang pernah dirasai merupakan perkara yang menarik . dan berkongsi yang perkara yang pernah kita ada tapi dah hilang, amat perit, tapi tak mustahil untuk dikecapi semula , insya'Allah .

WAllahua'lam .

Tuesday, May 17, 2011

Allah answers your Fatihah .

1 comments
Bismillah ...

Hadith Qudsi:

I have divided the prayer into two halves, between me and my servant, and my servant will receive what he asks.

-When the servant  says alhamdulillahi rabbil a'lamin, Allah the most high said, the servant has praise me. when he says arrahman nirrahim, the servant has lorded me.
-and when he says maliki yaumiddin, my servant has glorify me.
-and when the servant says iyaka nakbudu waiya kanasta'in: Allah says, this is between me and my servant, my servant will receive what he asks for.
-when the servant says, ihdinassirahal mustaqiim, siratallazi na'an amta alaihim, ghairul maghdubi alaihim waladalliiin. Allah says, this is for my slave, my slave will receive what he asks for.

(Muslim)

Lets remember this hadith. Allah answering what we read in every rakaat. may this helps us become more focus and khusyuk during solat .

WAllahua'lam .

Sunday, May 15, 2011

aku rela tidak berteman.

1 comments
Bismillah .

perlukah hidup berteman?
ada insan merasakan teman itu menyakitkan .
selalu melihat teman dari sudut negatif tanpa menggunakan fikiran .
membunuh rasa kekeluargaan yang bertaut di mimbar keagungan .

apa gunanya teman ?
jika persahabatan berpaksikan pencurian kesempatan .
berdamping keliling tatkala dihujani kesenangan .
namun teman terbongkang kesempitan dibiarkan lesu tanpa bantuan .

siapakah ingin berteman ?
jika hidup penuh dendaman,
senyum di depan api di dalaman.
merobek jiwa tanpa kesan , hidup didasar sirna ihsan .

bukan ku tak perlu kan teman,
teman kuperlukan penyeri kebahagiaan.
bukan tiada guna nya teman,
namun diriku bukan untuk dipergunakan.
semua manusia ingin berteman,
namun biar ikhlas dan kaya ihsan.

aku rela tidak berteman ,
jika teman sekadar bayang-bayang .



-SK- .

Monday, May 9, 2011

Jaulah ila Montreal wa Quebec City.

3 comments
Bismillah ...

Insya'Allah . Fi hazihil yaum, saazhabu ma'a asdikhai ila Montreal wa Quebec City bil hafilah fi saatil tis'a allail min Toronto. sanarja'u min hazihil jaulah fi yaumil sabti, insya'Allah .

ala .................
susah betul nak karang guna bahasa arab . padahal dulu , karangan rihlah ila shati'il bahri (berkelah di tepi pantai)  adalah karangan paling sinonim dengan aku. banyaknya vocab dah lupa. adeh . summer ni dh la akan amik arab. kena cepat-cepat polish camnie .

anyway, tarjimu min hazihil ayat (terjemahan dari ayat tersebut):
Insya'Allah . pada hari ini, saya dan rakan-rakan akan pergi ke Montreal dan Quebec City dengan bas pada pukul 9 malam dari Toronto. Kami akan pulang dari percutian itu pada hari sabtu , insya'Allah .

semalam baru berbasikal kira-kira 22 km pergi dan balik dari Humber Bay, Etobikoe . bila dah pergi banyak-banyak tempat ni, terasa macam nak tulis travelog sebab macam-macam kenangan yang ada masa travel ni. Vancouver, Alberta, Jasper, Winnipeg, Hamilton, Niagara Falls, Toronto, Ottawa (Canada) dan New York, Boston, Orlando, Miami (US) antara tempat yang dah sampai. (Belum kira transit di London dan Hong Kong =)) Banyak pengalaman sebenarnya yang nak ditulis. supaya nanti akan datang boleh ingat balik. moga tercapai keinginan nak menulis travelog sendiri.

Inukshuk. Orang Canada mesti tau pasal benda ni. Kalau tak tau pergi google. Hehe. Ada kat banyak tempat la. 
Dah sampai Humber Bay, 11 km pergi. Hari-hari buat boleh kurus aku rasa nya haha . Panas wo . 

Humber Bay Arch Bridge. 

                                                               Nice photo yo. Thanks Zul.
                                              Batu berdiri. For real. Tak guna apa-apa pelekat.
Gila tak ?. 

Ni pun sama. SubhanAllah. 

Toronto Downtown View From Humber Bay.

WAllahua'lam . 

Sunday, May 1, 2011

Montreal and Quebec trip .

3 comments
Bismillah ...  
My friends and I are planning to visit Montreal and Quebec. Here is our tentative. I hope if anyone have suggestion or know the places that we should visit, please kindly comment here or contact me through facebook or email. I really hope that I don't miss any interesting places during this vacation. 

Tentatif:

Tuesday:             
4.00 - 6.00:  Subuh n Tido
8.00 – 2.00: Old port
2.00 – 3.30: Biosphere  
3.30 – 4.00: Amik kereta
4.30 – 7.00: Sampai quebec, tros check in
7.30 – 9.30: Setelkan diri n mandi2
9.30 – 11.30: Makan luar  
11.30: Balik hotel n tido

Wednesday:

10.00 – 6.00: Kluar, start jalan kat quebec city
6.00 – 8.30: Setel n chilling
8.30 – 10.30: Mkan and jalan 4 night scenery.
11.00:  Balik, tido teros   

Thursday:

10.30: Checkout
11.30 – 2.30: St Anne Canyon
2.30 – 3.30: Fountain
3.30 – 5.00: La Promenade des Gouverneurs
9.00-10.30: Check in hotel montreal , mandi2 chiling2
10.30-12.00: Makan luar and enjoying night scenery

Friday:

10.00 – 1.00: Anta kete and  Mont royal and Mc-Gill university
1.00 – 2.30: Botanical garden
2.30 – 4.30: Olympic Stadium, Biodome    
4.30 – 6.00: Notre Dame    
6.00 – 9.00: Rue St Catherine
9.00 – 10.30: Night in old port
10.30: Balik tido

Saturday:
12.00: Checkout from hotel
12.00 –  4.00 : Random slot, backup plan  

WAllahua'lam .