Friday, August 12, 2011

Tadabbur Quran .

0 comments
Bismillah ,

Alhamdulillah , dah tamat 11 hari puasa Ramadhan . lebih dari 1/3 . apa pencapaian kita ? banyak dosa atau pahala kah yang kita kumpul ?

Mahu share sedikit perkara yang berlaku di bumi Toronto ini selain dari puasa yang panjang dan makan free berbuka puasa .

Sempena bulan Ramadhan ini , dan bagi membantu ahli-ahli lebih memahami bacaan imam semasa terawih yang dilakukan hampir sejuzuk setiap hari , Usrah Toronto telah menganjurkan majlis tadabbur Al-Quran yang diakan setiap hari samada sebelum atau selepas solat Asar . Tadabbur dilakukan 1 juzuk sehari dan disampaikan oleh ahli-ahli usrah itu sendiri .

Tadabbur:
1) dalam 1 juzuk , akan dibahagi-bahagikan kepada mereka yang mem'volunteer'kan diri untuk memberi pengisian Al-Quran tersebut .

2) dalam masa yang diperuntukkan , ahli menyampaikan maksud maksud ayat Al-Quran dan memberi perkataan yang boleh mengingatkan pendengar kepada maksud ayat tersebut . (memandangkan ahli bukan fasih dan hafiz dalam semua ayat Al-Quran).
contoh: ahada a'shara kaukaban was shamsu wal qamar dalam Surah Yusuf mengingatkan ahli mengenai ayat yang menceritakan mimpi Nabi Yusuf melihat 11 bintang , matahari dan bulan sujud kepadanya .
tak/jarang bagi satu ayat penuh sebab ahli susah nak ingat .

3)tak semua ayat disampaikan makna nya . bergantung kepada ahli yang menyampaikan untuk memaksimakan masa yang singkat (lebih kurang 4 pages dalam 10 minit) untuk memilih ayat yang ingin disampaikan .

Kesan:
1) Alhamdulillah , kadang-kadang kita still susah nak ingat apa yang ahli lain sampai kan , tapi kita akan lebih mudah ingat apa yang kita telah sampaikan. bak kata sahabat saya , itu sebabnya shuyukh (jamak sheikh) suka menyampaikan ilmu kerana dengan menyampaikan , mereka lebih mengingati ilmu tersebut .

2)At least, kurang berkhayal semasa solat terawih kerana kita seperti mendengar penyampaian cerita kerana KITA MEMAHAMI MAKSUDNYA .

3)semasa majlis tadabbur, kita dapat ilmu yang kekadang kita tak tau atau kita lupa .
contoh: saya sendiri tak tahu yang zaman Nabi Lut adalah sama zaman dengan Nabi Ibrahim sampailah kami tadabbur ayat 69-71 , Surah Hud . ketika malaikat diturunkan Allah Ta'ala bertemu Nabi Ibrahim untuk menyampaikan khabar gembira bahawa dia akan menerima zuriat sebelum pergi kepada kaum Nabi Lut untuk membinasakan mereka .

4) dapat belajar  Arab kerana banyak perkataan yang Allah ulang samada kata yang sama atau kata yang lain tapi punya dasar yang sama .
contoh:
-perkataan kazzabu=mereka telah mendustakan , mukazzibiin=orang-orang yang mendustakan . so , perkataan dasar yang sama iaitu kaf dzal baa = dusta . mungkin kita tak pasti apa maksud sebenar kazzabu atau mukazzibiin bila dengar tapi at least kita dapat teka ayat itu berkaitan pendustaan .
-Allah banyak ulang perkataan mukminiin , azaab , muhsiniin . so, kita boleh cari makna perkataan yang regular ini supaya bila kita dengar walau tak faham semua , masih boleh teka sikit sikit ayat tu berkaitan apa walau tak dapat full maksud ayat tu .

Mungkin ada lagi , tapi cukup la sampai sini , semoga dapat diambil iktibar dan dapat mencuba . syukran ya Usrah Toronto . semoga Allah meredhai apa yang diamalkan dan disampaikan , insya'Allah , amin .

WAllahua'lam .