Saturday, April 21, 2012

Kias Cinta

7 comments
Bismillah ...

Seusai peperiksaan semester 8 ku di Toronto , bagai terlepas satu batu besar dari kepala ku . Alhamdulillah .   moga Allah permudah kan segala urusan .

Semalam aku lepak di rumah 1402 . gathering centre . lol . saje spend time dengan member2 . apatah lagi , nanti junior2 ramai nak balik Malaysia dah hujung april dan early May ni .  n one of my friends also leaving for good at the end of this month .

Alhamdulillah , pada aku , ramai sahabat aku dah di'matang'kan sejak dihantar ke sini . masing masing memikir masalah generasi sekarang yang semakin parah . masing masing risau bagaimana hendak merevolusikan generasi baru yang tak ber'acuan' seperti majoriti generasi sekarang . kami bersependapat bahawa 'fokus' dan 'culture' menjadi antara penyumbang kekurangberhasilan generasi M kita . sakan kami berdiskusi tentang bagaimana resolusi kepada masalah ini . Alhamdulillah , aku nampak insya'Allah yang sahabat-sahabat ini mahu membentuk 'anak-anak baru' yang berkualiti . Aku nampak yang kami sedar kami insya'Allah bakal menjadi ketua keluarga dan kami bertanggungjawab dan memainkan tugas penting merealisisasikan perkara ini dan mengisi ruang kosong yang ada tersebut .

Dan ketika itu aku sedar, aku perlu kan seorang zaujah yang mampu seiring dengan ku dalam menggapai cita cita ini . generasi baru berkualiti yang punya 'berkat usia', seperti yang kita lihat pada tokoh-tokoh Islam dulu . mungkin pada orang, tugas mencari calon isteri cukup mudah . tapi, aku memandang perkara ini dengan serious . I mean sangat serious . ada yang berkata, jangan fikir terlalu banyak, dalam memilih sang bidadari . tapi aku rasa aku perlu .

moga Allah bantu aku dalam menunjukkan siapa wanita yang terbaik untuk aku . moga gerak hati kami  cukup sama frekuensi agar kami sama sama merasai amplitude getaran resonance tersebut dan bukan sekadar bergetar dalam beat frequency . kerana aku gusar aku keliru dengan noise yang banyak di sekeliling yang sedikit sebanyak menyukarkan aku untuk melihat siapa kah gerangan wanita itu . dan aku masih mencari dan menilai siapa kah wanita yang masih misteri untuk mengisi separuh lagi kehidupan ku  . moga Allah bantu usaha aku ini dengan petunjuk-Nya . semoga aku tidak tersasar . Amin .

Wallahua'lam .

Sunday, April 15, 2012

0 comments
Bismillah ... 



WAllahua'lam .

Tuesday, April 3, 2012

malam ...

1 comments
Bismillah ...

melewati malam malam suram,
disajikan tarian jemari bertemankan cahaya kelam,
engkau terbungkam,
kapan sampai bila kehidupan akan berterusan dibiarkan seperti semalam,
merobek pahala dengan dosa yang semakin dalam,
adakah dapat ditebus sekadar wajah muram.

wahai manusia,
lupakah pada siapa dikau memberi salam,
5 kali sehari semalam,
yang tak pernah lalai walau sekerdip mata dipejam,
memerhati kehidupan dikau yang celik dan padam.

sujudlah dikau dikala imanmu terbang mahupun menjunam,
taubat dipinta dahi mencium membiar rasa bersalah yang tak terhadam,
namun jangan dibiar silap salahmu memusnahkan harapanmu remuk redam,
kerna ampunan Tuhan insya'Allah tak kan karam,
buat hamba Nya yang sedar kesilapan yang haram.

WAllahua'lam .

S.K.