Tuesday, May 29, 2012

bincang

1 comments
Bismillah ...

doa dan maksiat .... 

Dalam menjelajah ke dunia luar, membuat kan otak dan pemikiran aku lebih terbuka dan ligat berfungsi untuk berfikir setelah sebulan duduk di rumah tanpa melakukan perkara perkara yang membuat kan aku serious untuk berfikir . Salah satu perkara yang membuat kan diri aku terfikir adalah mengenai doa dan maksiat .

Kita sering menghadiri majlis majlis besar yang dianjurkan oleh orang Muslim . ya orang Muslim . Alhamdulillah acap kali majlis majlis ini dimulai dengan doa yang sering kali menyentuh kalbu jika kita benar  benar menghayati makna di sebalik bait bait doa yang dibacakan .

Namun , agak menghairankan sejurus doa kan di amin kan dan di khatam kan , acap kali juga majlis tersebut 'diserikan' dengan tatapan mata dan halwa telinga yang bertentangan dengan doa yang diucapkan . wanita melompat , menyanyi , menjerit-jerit , belum dikira pemakaian yang bisa menjolok nafsu insan bernama lelaki .

Di mana kah salahnya ?

Adakah doa pembukaan majlis hanya dianggap ritual protokol bagi majlis Muslim yang mana ia dianggap 'wajib' dibacakan untuk melambangkan itu majlis anjuran Muslim ? atau salah pihak tertentu yang tidak menghayati maksud doa yang dibacakan ? Adakah ... adakah ... adakah ... persoalan yang mungkin hanya empu nya tuan badan mampu menjawapnya .

assabiyah .... 


satu lagi perkara yang cukup  menarik untuk difikirkan dan terima kasih buat insan yang membuatkan aku berfikir tentang perkara ini ...

secara peribadi , aku agak kurang bersetuju dengan sikap sesetengah manusia 'alim' , 'warak' dan mereka yang berjuang di jalan  Allah yang menubuhkan kelab2 tertentu untuk berjuang untuk agama . sejarah lama telah membuktikan apabila berjuang atas nama kumpulan instead of Islam walau pun nawaitu adalah untuk Islam , akan menimbulkan perbalahan dan pergeseran pendapat , serta menimbulkan semangat berkumpulan 'assabiyah' dalam kumpulan tersebut .

kita boleh imbas kembali bagaimana zaman hitam yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW . pabila berlaku perpecahan antara kumpulan Aisyah RA dan  Ali ibn Talib , atas perjuangan yang berbeza  , Islam menjadi kucar kacir , dan menjadi antara episod hitam dalam lipatan sejarah Islam .

kendati pun begitu , ini hanya sekadar pandangan seorang insan yang bersekolah agama sehingga tingkatan 5 serta belajar agama sedikit sebanyak di bumi asing .

andai ada hujah yang membina sama ada pro atau pun kontra , sangat dialu-alukan untuk kita sama sama berbincang .

semoga sama sama mendapat manfaat .

WAllahua'lam .




Thursday, May 24, 2012

Illinois

0 comments
Bismillah ,

Insya'Allah akan ke Illinois , US malam ni . ada midwest games . balik tu insya'Allah akan ke Chicago , tempat pergambaran Early Edition , siri TV yang aku  minat gila  dulu.

Lately, Allah beri ujian-ujian yang menguji mental dan perasaan aku . moga Allah  permudahkan urusan  aku untuk menghadapi  ujian-ujian ini . Kasihnya Allah pada aku supaya aku tak lalai dengan waktu senggang aku ini .

WAllahua'lam .

Sunday, May 20, 2012

mungkin tak kembali

2 comments
Angin bayu tasik Ontario bertiup lembut,
seakan ingin membawa pergi memori-memori yang terbuai,
di hujung rambut hitam pekat ku.
Pintail dan Mallards berkuak laju ke Humber Bay,
seolah-olah membawa bersama rajukan diri ku,
meninggalkan aku termangu-mangu,
di atas kapal MS Jadran,
yang teroleng-oleng di Harbourfront itu,
mungkin ini yang terakhir buat ku,
mungkin ...

Sayup sayup ku dengar kicauan  merdu sekawan Night-Heron,
seolah olah mendendang lagu perpisahan untuk ku,
adakah sinis atau bernada sayu,
ah aku tak bisa mengerti semua itu,
kincir angin gergasi sebermula melambai tangan-tangannya kepadaku,
bagai tak sabar mendamba pemergianku,
ya , aku akan pergi,
setelah menenun mimpi-mimpi di sini,
apa yang tinggal saki baki rasa sepi,
dan kenangan pahit manis yang terukir di jendela hati,
Toronto, mungkin ku tak kembali.

Wednesday, May 9, 2012

Alhamdulillah

4 comments
Bismillah ,

Alhamdulillah . All praises belong to Allah . yang mengabulkan sebahagian doa hamba-Nya yang hina dan kerdil ini . atau mungkin doa orang orang di sekeliling aku . setelah usaha yang tak sehebat mana , aku berjaya menghabiskan pelajaran di salah sebuah universiti yang diakui antara tersukar dalam bidang kejuruteraan nya . lebih manis lagi , Allah hadiah kan keputusan yang terbaik pernah aku raih sepanjang aku menuntut di sini . aku akui , walau aku pulun keringat untuk semester akhir ini , aku tahu usaha aku hanya sekelumit dan keputusan  yang aku capai ini hadiah manis Allah beri untuk aku (atau mungkin ujian juga) .

Alhamdulillah , sekarang kaki perlu melangkah ke era baru kehidupan , perlu mencari kerja dan mencari menantu untuk ibu . dua benda yang sangat penting sebagai penentu masa hadapan dan pembantu untuk mengejar akhirat juga . masih beristikharah , mula nampak bayangan tapi tak sure , jadi perlu berusaha lagi . moga Allah tunjukkan kebenaran . oh ya . buat sesiapa yang tak tahu , solat sunat boleh dicombinekan . so , sambil buat nawafil boleh niat hajat, taubat, dan istikharah =) .click sini untuk maklumat lebih lanjut .

Alhamdulillah , hari  nie juga dapat berita gembira , sakit kencing manis ayah dah berkurang . from 13 to 8 . selama ni makan ubat tak kurang . tp Alhamdulillah dengan izin Allah , ayah guna petua minum air kosong 1 botol sebelum gosok gigi pagi , sakit tu dah berkurang .

Semoga aku sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan pada aku . Amin .

WAllahua'lam .

Friday, May 4, 2012

menghapus jejak .

4 comments
Bismillah ...

Dalam kehidupan ini, pelbagai rencah pahit manis dan suka  duka yang berlaku sepanjang kita menelusuri laluan di sebalik degup nafas yang terhela secara semula jadi . ada yang begitu mengasyikkan, mempersonakan dan begitu meruntun hati sehingga kita sangat berharap perkara itu tak kan melangkah pergi meninggalkan kita . Atau sekurang kurang nya mampu  dipotretkan agar kelak ia mampu menghadirkan senyuman tatkala kita mengimbasnya di masa hadapan .

Namun tak kurang perkara pahit maung yang ingin sangat kita luputkan dari menghantui siang malam kita , memenjarakannya dari terus berlegar legar di segenap inci dimensi yang tercapai dek akal kita . bagaikan jejak jejak di selembar laluan yang terlalu ingin kita hapuskan dengan  rintikan hujan . agar tak siapa sedar termasuk kita yang perkara itu pernah berlaku dalam hidup kita .

Kendati pun begitu , tarian kehidupan kita perlu diteruskan . pincang dan lincah nya gerak tari kita sebelum ini , itu hanya sejarah . kita perlu hidup untuk masa kini , sambil mengharap tempang nya masa lalu menjadi pengajaran bagi kita supaya alunan rentak gemalai kita tak tersungkur dek lekuk landai gelanggang bernama kehidupan ini .

Bernafas lah pada hari ini, senyumlah pada hari ini, menarilah dengan seikhlas hati, kerna walau kita gembira atau kecewa nya kita dengan masa lalu ,  jejak yang ternukil tak mampu untuk dihapuskan , dan akan kekal tersemat di lipatan sejarah , mengekori kita , menjejaki kita , menemani kita , sehingga lah saat udara yang ada tak mampu lagi membuka kelopak mata kita . dan kita akan bertemu dengan Dia .

WAllahua'lam .