Thursday, September 20, 2012

lalalala

6 comments

Bismillah ....

Fuh fuh (meniup habuk dan sarang lelabah yang menghiasi blog laman sesawang aku ni) .
Lama juga dah tak update entry di sini. Sepanjang ni juga banyak suka duka yang aku dah lalui. Kadang kala memendam itu  satu penyiksaan juga kan. Huhu.

Alhamdulillah. So far, dengan izin-Nya, selepas berubat dengan new alternative, tabib cina dan minum air apa ntah aku lupa namanya, sembuh sudah sakit aku. Rasa nya this is the second time yang sakit aku ni baik. Dulu first, masa di kmb, kemudian datang Canada, penyakit tu serang balik. Now, Alhamdulillah. Allah permudahkan. Semoga ia nya berterusan. Amin. Terima kasih kepada yang mendoakan.

Lepas raya hari tu  juga, bak kata status fb yang aku baca, adalah musim ‘mengawan’. Haha. Teruk gak bunyi nya. Yeah. Ramai yang kahwin. Byk juga yang aku tak dapat datang. Apa apa pun,mabruk la buat kawan2 aku sebab jodoh korang dah sampai. Ada yang Tanya aku, Aku ni bila? Haha. Sape tak nak kahwin kan? Insya’Allah. Walaupun mungkin bukan dalam waktu  terdekat, tapi tengah berusaha ke arah itu. Banyak aku belajar dari pengalaman aku, dan pengalaman kawan-kawan aku.

Alhamdulillah gak. Hari ni merupakan hari keempat aku bekerja. So far, tak ada benda sangat yang nak share, aku baru buat kerja 2 kali je. Tu pun buat kerja director, aiyak! (macam dah boleh jadi director je kan, haha). Aku banyak habiskan masa faham kan pasal wireline process. Familiar kan dengan term2 nya. N since company aku buat service pasal fishing (bukan memancing ikan), so aku kena la understand macam mana process tu, tools dia, n aku kena gak familiar kan pasal drilling and etc sebab ada kaitan sedikit sebanyak. Fuh, penat mata membaca fail yang tebal gila plus references di laptop.

Semalam aku excited sikit sebab member baik aku share berita best. Sampai susah aku nak tidur. Haha. N dia gak share satu zikir yang dia amalkan selalu.

Ya Latiff.

Banyak urusan dia dipermudahkan masa dia amalkan zikir ni. So semoga kita sama sama dapat mengamalkannya. (maksud zikir ni, Yang Maha Lembut).
Rasa nya sampai sini dulu la tulisan ni. Nak gi kerja dah kejap lagi. Nak kena kemas. Petang terus balik Muar. Oh ya. Kepada yang dah bekerja dan yang menyambung pelajaran, ucapan selamat untuk korang . kepada yang berumah tangga, selamat juga untuk korang. Dan pada yang masih mencari kerja, selamat mencari kerja. =).

WAllahua’lam .