Wednesday, May 22, 2013

0 comments
Bismillah ....

dalam pada aku sedih melihat lelaki2 seagama menghirup arak di depan mata (maaf, aku mmg tak biasa so rasa nya agak pelik melihat), aku kecewa dengan diri aku tatkala melihat aku jauh di belakang dek sahabatku yang hebat memacu ke hadapan dalam amalan2 agamanya . Terpempan . Ke mana kah aku kemudian . golongan A atau B .

......... (tak mampu meneruskan kata kata).

WAllahua'lam .

Thursday, May 9, 2013

langkahku

0 comments
Bismillah ....

aku melangkah longlai di sebuah lorong,
kosong.

ku pandang kiri dan kanan,
manusia berpesta di sepanjang jalan.
kenapa aku bagai hilang pedoman,
ini kan kehidupan  yang manusia teruskan,
tapi mengapa hati ini kosong bak tiada arah tujuan,
menapak putaran hari bak tiada kesudahan,
aku sendiri tak tahu apa aku mahukan,
mungkin aku lemas dalam dakapan,
dalam hedonisme yang bukan kepastian,
yang kadang kala mengugah keimanan,
membuat akal dangkal lupa kan Tuhan,
membiar nafsu memandu kehidupan,
aaahhhhhhhhh, itu salah syaitan,
bisik hati menolak kenyataan,
sedang di benak akal insan,
aku sedar itu hanya alasan,
syaitan bukan penentu keputusan,
aku sebenar punca kekalahan,
tewas di tangan yang punya kelemahan,
selamat tinggal kehilangan,
mungkin kan layu tanpa kekuatan,
dek diri yang terdampar meratapi masa silam yang kembali nya hanya impian.




Thursday, May 2, 2013

Entah

1 comments
Pasrah ? Menyerah ? Lelah ? Berserah ?

Entah .

Mungkin tak terluah .

Makhluk lemah .

Yang mengharap sabar tak dimamah .

Yang cuba optimis disebalik cuba meredah .

Yang sedar setiap tindakan bukan mudah .

Ahhh ... yang berkata kata memang mungkin tak sudah .

Erm ... aku hanya manusia yang tak sedia untuk direndam parah .

Kerana akhirnya cintanya bukan murah .

Namun kuharap harganya bukan tak munasabah .

Semoga dapat kupinang dengan Bismillah .

Wahai wanita solehah .

Yang entah di mana tak betah .

Terus mencari dan memerhati tanpa lemah .

Moga kan ada pencarian yang bernoktah .