Bismillah ...
jalan itu ,
jalan yang lurus itu ,
diminta oleh setiap makhluk di lima waktu,
dialun doa sekurang-kurang 17 kali di setiap hari yang dilalu.
jalan itu ,
jalan yang lurus itu ,
didamba setiap insan yang berilmu,
kerna kalam tak dibiar hanya bertamu di waktu tertentu ,
kerna kalam tak dibiar menari di garisan bibir yang gebu ,
namun diteliti permintaan yang pendek tapi mendalam definisi hingga ke kalbu .
ya Rabbi ,
anugerahilah kami denai ini,
yang bukan milik insan di mana kemurkaan-Mu menjadi perhiasan diri,
yang bukan milik insan yang dibiarkan sesat sendiri,
ku tahu Kau mengasihani,
ku tahu kemurahan-Mu tak dapat ditandingi,
lafaz ini bukan sekali,
dituturi manusiawi dan diulangi,
sebagai ingatan buat manusia yang sedar diri.
ya Rabbi ,
ku sedar rukuk ku , sujud ku bah kan kapan waktu berdiri,
hanyalah bentuk penyerahan diri dan tanda bantuan diingini,
yang tak diberi,
selain tuk Rabbu 'Izzati,
yang bakal menghakimi pembalasan di akhir nanti .
INSPIRASI AL-FATIHAH .
WAllahua'lam .
Monday, April 25, 2011
Sunday, April 17, 2011
bukan sekadar tulisan .
Bismillah ...
Begitu ramai manusia mencari,
begitu sedikit pula yang mengerti,
ramai yang berlari meredah sfera bumi,
namun tak tercapai pemikiran hingga ke galaksi.
usah disingkap kebutaan manusia,
usah dibogel kejahilan sedia ada,
carilah wadah halal mentarbiah jiwa,
bukan menyaji dosa untuk tatapan semua,
dengan berlapik alasan mendidik pemuda,
sedang generasi sama melakon dramanya .
ramai manusia bercakap tentang agama,
tetapi sedikit yang benar benar tahu butir kalamnya,
moga kita tak tergolong sang pemfitnah bagi kalimah-Nya,
moga ampunan dosa menjadi milik kita .

Sunday, April 10, 2011
sudah hampir.
Bismillah ...
Peperiksaan akhir semester 6 semakin menjengah . Khamis ini akan bermula peperangan baru . tatkala 1 subject sudah berakhir jumaat lepas tanpa disertai peperiksaan akhir semester , masih ada 4 subjek yang menanti .
Tatkala jemari menari di pentas papan kekunci ini , lagu M. Nasir , Satu Hari di Hari Raya , sarat berkumandang . lagu raya selalu kumainkan tatkala exam yang selalu mengingatkan aku kepada peperiksaan . ironi kan . haha . apa pun , semoga dapat kutempuhi peperiksaan akhir semester kali ini dengan kejayaan yang cemerlang .
Aku ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang pernah aku buat salah dan sakiti . semoga kalian berjaya hendaknya walau di mana pun berada .

Tuesday, April 5, 2011
Bismillah ...
Tengah risau pasal something related to financial . duk pk mcm mana mau settle walau pun benda tu tak confirm pn lagi . n tak tau pejadi , lately macam malas nak buka quran . teruk betul perangai . tapi tadi paksa gak diri walau malas ... menyambung cerita mengenai Qarun dalam al-Qasas .
Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun mulai sedar sambil berkata: Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya dan Dialah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya! (82) .
.....................................................................................
semoga aku tak kufur dengan nikmat yang Allah berikan . =( .
(I used to blogging sebab nak share something dengan orang . but , I think , my blog now become a diary , tempat bercerita dan menulis apa yang berlaku pada diri sendiri ) .

Subscribe to:
Posts (Atom)