Monday, May 31, 2010

doa qunut nazilah .

1 comments
Bismillah . 

sebelum aku kenal kan bacaan doa qunut nazilah di bawah , apa maksud qunut nazilah : 

dari segi bahasa, “qunut” mempunyai banyak makna. Antaranya ialah taat dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabdian, diam, khusyu’ dan beberapa makna lagi.
(Rujuk: Lisan al-‘Arab 2/73, al-Qamus al-Muhit 158, al-Munjid fi al-Lughah 656).
Dari segi istilah, Ibn ‘Allan menghuraikan maksud “qunut” di sisi syariat ialah satu nama bagi doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri. Menurut Syeikh Ibn ‘Uthaimin, qunut ialah satu istilah yang diberikan kepada doa yang sesuai dengan sesuatu keadaan atau ketika berlakunya sesuatu bencana.  Inilah apa yang dinamakan sebagai qunut nazilah.
(Rujuk: Al-Asqalani, Ibn Hajar, Fath al-Bari, 2/633. Ibn al-‘Uthaimin, Syarah Bulugh al-Maram, Kitab al-Solat, 224).
 Definisi”nazilah”:
Kita telah mengetahui makna “qunut” secara ringkas, apa pula yang dimaksudkan dengan “nazilah”?
Dari segi bahasa, “nazilah” ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Atas kejadian serangan yang dilakukan oleh Israel kepada pasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza , mari kita sama sama membaca doa qunut nazilah di bawah : 



hadith:
- Abu Hurairah berkata: ((Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: “Sami’allahu liman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu”. Kemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: “Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Iyash bin Abi Rabia’h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf” )). (Riwayat al-Bukhari (no.2600) dan Ahmad 2/239, 396).
 Di dalam riwayat Imam Muslim (no. terdapat tambahan doa seperti berikut: ((Ya Allah, laknatilah kabilah Lihyan, Ri’l, Zakwan dan ‘Usaiyah yang telah menderhakai Allah dan juga RasulNya)). 
Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah Azza wa Jalla menyelamatkan beberapa orang sahabat baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, mereka itu diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah. 

WAllahua'lam . 

yaumul hazin .

0 comments
Bismillah ...

hari kesedihan ---> yaumul hazin .

doa kan saudara saudara kita yang diserang tatkala menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza supaya selamat . kenapa mereka boleh bertindak sesuka hati sedang kan kapal kapal yang datang bukan untuk berperang tetapi hanya menghantar bekalan kemanusiaan sahaja ?? mengapa kuasa kuasa besar tidak memainkan peranan menghalang ? apa aku mampu buat selain hanya mampu berdoa dan menyebarkan berita ini kepada orang lain supaya mereka sedar . =( .

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053133047995359.html

Thursday, May 27, 2010

uhuk .

1 comments
Bismillah ...

uhuk ...
UTM: 75% (A-) =>3.73 gpa .
UofT:  75% (B-) =>3.00 gpa .

herm ... xpelah . struggle la dengan sebaik nya . nampak jauh sangat beza . patut bila minta kerja di malaysia nanti lampir kan result guide . so that dieorg takleh nak just compare cgpa yang system malaysia n canada lain dengan macam itu sahaja . ini la kot cabaran belajar di luar negara .

WAllahua'lam .

Wednesday, May 26, 2010

sekadar mencoret sahaja .

0 comments
Bismillah ...

maahad muar ada buat usrah untuk pelajar luar juga ? wah . baru tahu . nice . dulu xde kot . n I think maahad muar dh ubah skit sebanyak sikap adik kau yang form 1 ni . Alhamdulillah . cuma adik aku nie cam nak kuar dari maahad lak abis form 1 ni sbb malas hafal arab . so , semasa duk rumah nie , aku try yakin kan dia maahad tu bagus . n aku sendiri sayang maahad tu . walau pun aku nie bukan la 'budak baik' maahad . kehkeh . Alhamdulillah . cikgu cikgu still kenal aku , kebanyakannya la Alhamdulillah . hari tu , kt bilik guru , sorang cikgu ni masuk , nampak aku , jerit , "rempooooooooooooo" . haha . lawak tul . ok la . td nk tulis je rasa . then pas sambung balik lepas balik dari jemput adik aku tusyen , xtau pe nk tulis . so , end here .

p/s: anyone know the exact story why masa zaman Rasulullah anjing dikira najis sedangkan sebelum itu tidak bahkan ada nabi sebelum tu yang membela anjing ? aku ada tau cerita tp x confirm . Insya'Allah , klu rajin n rs nk tulis, nnt aku tulis la kot .

WAllahua'lam .

Friday, May 21, 2010

sekadar pemikiran rambang .

2 comments
Bismillah ...

tersenyum sendirian . teringat apa my friend letak quotation kt fb . nafsu ni macam kurap . makin garu makin sedap . bila dah syok layan garu je sedar sedar dah teruk kurap tu . so , biar kan je la kurap tu . jangan diusik , nanti lama lama elok la .

kita hidup ni kena PEKA jangan PEKAK . setiap deria kita kena berfungsi mentafsir apa yang ada di sekeliling kita .

memberi dan menerima adalah dua benda yang kita perlu buat . mungkin kita ni jenis suka memberi pendapat , pandangan , idea , usrah , tazkirah tapi bila orang beri peringatan pula pada kita , kita kena terima dan cerna bukan melenting atau marah .

setiap tindakan kita , kita fikir kesan dia . kesan pada diri sendiri , kesan pada orang lain . adakah tindakan kita akan menimbulkan fitnah pada diri kita dan pada orang lain ?

muhasabah semua perbuatan kita , nilai kembali . betul atau tidak ? jika tak betul , adakah kita berusaha untuk mengubahnya kepada yang betul ? atau kita tak berani bertindak demi perkara yang betul ?

ilmu yang lekat di dada tu tak ada gunanya jika kita terus hanyut menyongsang arus tanpa mengguna segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kita .

WAllahua'lam .

PRODUK SEK AGAMA YANG GAGAL ?

5 comments
Bismillah .

adeh . susah tul ada dual personality ni . maaf yang terkena . thanx kerana try nak memahami dan bersabar . huhu . really appreciate it .

selalu orang yang baru kenal aku dan tanya sekolah mana akan berkata lebih kurang begini, "wah , sek AGAMA MAAHAD , mesti baik ni" . hari tu baru dengar . ayoyoyyo . come on . don't put high expectation to produk maahad . produk sek agama ni . takyah pandang jauh-jauh , tgk pencoret ni je . banyak kekurangannya . sampai dulu pernah rasa diri sendiri ni produk maahad yang gagal . (mungkin dari segi akademik , Alhamdulillah , tapi dari lain , hurm , no comment) .

bukan apa . kadang kala orang yang sek dia bukan sek agama , lebih elok sikap nya dari yang berjenama sek agama . yang sek agama ni , ada sesetengah nya yang ego (ketuk diri) , yang nak jadi diri sendiri bila keluar maahad (buka itu buka ini) , yang menunjuk menunjuk mereka membuat dosa seolah olah bangga dengan tindakan mereka , bertindak dengan tindakan yang memberi kesan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain . so , di mana relevensi nya produk sek agama nak dikaitkan dengan keelokkan perangai mereka .

contoh macam aku , aku pelajar yang duduk luar (bukan asrama) , so suasana bi'ah solehah tu tak terdedah sangat pada diri aku yang lebih disebarkan kepada pelajar asrama semasa mereka tinggal di dalam . jadi , beza aku dgn budak sek biasa adalah , aku mengambil bahasa arab dan pendidikan tentang Islam ku lebih details . tapi , tanpa pengaplikasian atau praktikaliti , didikan itu lebih kepada ilmu untuk exam dan bukan nya ilmu fis sudur .

Alhamdulillah , di KMB , aku lebih kenal mengenai Islam yang lebih details dan pengaplikasian sebab KMB duduk ASRAMA so lebih terdedah n yang paling penting hidayah Allah sebenarnya . n walau sekarang aku rasa aku masih teruk , tapi aku mungkin tak lagi di takuk lama , bukan berlagak cuma aku rasa perbezaannya . semoga aku tidak kembali kepada yang teruk .

doakan aku sentiasa berubah ke arah baik dan doa kan kawan kawan aku terutamanya yang ber background sek agama ini supaya dapat menjadi contoh kepada yang lain sebab ramai yang memberi expectation yang lebih kepada kami . bagi yang lain , mohon ditegur rakan-rakan mana yang mampu . bagi yang membaca dan tergolong dalam golongan yang digelar produk sek agama seperti ku , mai mai kita cuba aplikasi ilmu yang lebih yang kita pelajari .

Al-Ilmu Billa Amalin Kash Shajarin Billa Samarin .
bapak tak best tanam pokok buah tak kuar buah . =) . (ini bukan direct translation , harap maklum , haha ) .

WAllahua'lam .

Tuesday, May 18, 2010

planner .

8 comments
Bismillah ...

Huuu . tgh cuti camni ... dah xde benda nak buat , start merencana masa hadapan . dulu masuk u of t , dalam first year tu , hampir give up nk amik engineering sbb rasa tak sesuai . aku gila math . tp engineering more to physics . aku hampir nk tukar course tapi xjdi .

tapi skang dah mula selesa belajar walau mmg mencabar . thanx pada kawan-kawan yang banyak tolong . so , lps dua tahun di u of t , n tak lama dah nak grad , aku try memetakan benda yang aku nak buat dalam masa 3-4 tahun akan datang . n dari segi financial , aku pun tgh kumpul gak . insya'Allah ak plan nk kahwin bila tamat je belajar, tunang insya'Allah setahun before tu . insya'Allah , klu dpt PEY , probably rancangan lain . tu xleh cite lagi kt sini kot , huhu . so , financial kena kukuh . then kerja . aku tgh berkira-kira sama ada nak sambung kerja di canada or tak . n probably , kalau sambung just setahun dua je . kt malaysia , plan nk kerja kt either kl , area melaka or jb(ni aim kerja singapore) .

ini hanya la rancangan . aku merancang . rancangan Allah adalah yang terbaik .
tinggal third year and fourth year . improve from time to time .

WAllahua'lam .