Friday, June 29, 2012

0 comments
Bismillah ....

Kita sering mempersoalkan kenapa perkara-perkara yang kita tidak sukai terjadi kepada kita. Kita rasa lemah. longlai. rasa hopeless. Bagi mereka yang lebih berfikir, mereka akan cuba mencari hikmah bagi setiap perkara tersebut.

Kadang kala kita tak nampak. Kadang kala ia nya cukup lama untuk kita nampak. Aku harap Allah beri kan aku kesabaran di atas segala perkara yang tidak aku sukai yang sedang aku lalui . Semoga aku sentiasa menjadi hamba-Nya yang bersyukur di atas segala perkara elok yang terjadi.




Wallahua'lam.

Tuesday, June 19, 2012

0 comments
Bismillah ...

hari nie aku agak stress sbb ada few probs yang jadi. salah satu nya sakit aku jadi makin teruk . n tambah dgn prob lain , aku jadi agak rasa tak best today . but , sbb aku dah nak balik , n dh janji nk lepak dgn one of juniors yg aku dah anggap macam adik aku , aku keluar gak dgn mood happy pada wajah aku .

bila dia share prob dia pada aku , aku rasa prob aku mcm terlalu kecil utk aku rungut kan . dari satu sudut , aku puji dia sbb dia langsung tak tunjuk bebanan prob dia kt org lain .

dari situ aku rasa, mungkin terapi utk orang yang ada prob , adalah mendengar prob orang lain . dari situ kita mungkin dapat nilai dan pengajaran .

1. semua manusia punya masalah yang terpaksa dipikul.
2. kita mungkin tak boleh tanggung pun kalau masalah orang lain diletak dibahu kita.
3. jangan terlalu berharap untuk hidup di dalam sepatu orang lain , walau kita nampak sepatunya cukup selesa dan untuk dipakai, sebab kita tak pernah tahu 'mungkin' kaki kita tak muat dan tak sesuai utk pakai sepatu orang tersebut .
4. belajar lah untuk hidup memberi, (dalam situasi ini: belajar untuk mendengar), dengan ini kita akan rasa nikmatnya dapat memberi (dalam situasi ini: kita dapat menilai dan sedar betapa ringannya masalah kita compared to orang lain) .

jalani lah hidup kita sekuat mungkin . semoga andai esok atau lusa penamat kita , moga Allah ampuni segala dosa kita .

WAllahua'lam .

Tuesday, June 12, 2012

New novel

2 comments
Bismillah ...

Sedang dalam process menulis novel . not sure whether berjaya menghabiskannya atau tidak. dek kerana sering melewa sewaktu cuti ini . juga sedang mencari sesiapa yg boleh memberi  feedback utk novel skang. kalau ada yang rajin nak membaca n memberi feedback terhadap novel yg masih dalam process ini, boleh drop nama kt sini n email or boleh pm me . thanks . n so far, Alhamdulillah dapat few positive responses and beberapa kritikan membina.

8 more days  before convocation.

10 more  days before leaving toronto .

perasaan ?

bercampur baur .

grrrrrrrrrrr .

WAllahua'lam .

Friday, June 8, 2012

0 comments
Bismillah ...

Harap nya berita baik ini bukan sementara . Ya Allah . tolong lah hamba Mu yang tiada daya upaya ini . Amin .

WAllahua'lam .

Friday, June 1, 2012

3 comments
Bismillah .... 

mak ayah sakit . tapi aku tak mampu buat apa apa . 


Tuesday, May 29, 2012

bincang

1 comments
Bismillah ...

doa dan maksiat .... 

Dalam menjelajah ke dunia luar, membuat kan otak dan pemikiran aku lebih terbuka dan ligat berfungsi untuk berfikir setelah sebulan duduk di rumah tanpa melakukan perkara perkara yang membuat kan aku serious untuk berfikir . Salah satu perkara yang membuat kan diri aku terfikir adalah mengenai doa dan maksiat .

Kita sering menghadiri majlis majlis besar yang dianjurkan oleh orang Muslim . ya orang Muslim . Alhamdulillah acap kali majlis majlis ini dimulai dengan doa yang sering kali menyentuh kalbu jika kita benar  benar menghayati makna di sebalik bait bait doa yang dibacakan .

Namun , agak menghairankan sejurus doa kan di amin kan dan di khatam kan , acap kali juga majlis tersebut 'diserikan' dengan tatapan mata dan halwa telinga yang bertentangan dengan doa yang diucapkan . wanita melompat , menyanyi , menjerit-jerit , belum dikira pemakaian yang bisa menjolok nafsu insan bernama lelaki .

Di mana kah salahnya ?

Adakah doa pembukaan majlis hanya dianggap ritual protokol bagi majlis Muslim yang mana ia dianggap 'wajib' dibacakan untuk melambangkan itu majlis anjuran Muslim ? atau salah pihak tertentu yang tidak menghayati maksud doa yang dibacakan ? Adakah ... adakah ... adakah ... persoalan yang mungkin hanya empu nya tuan badan mampu menjawapnya .

assabiyah .... 


satu lagi perkara yang cukup  menarik untuk difikirkan dan terima kasih buat insan yang membuatkan aku berfikir tentang perkara ini ...

secara peribadi , aku agak kurang bersetuju dengan sikap sesetengah manusia 'alim' , 'warak' dan mereka yang berjuang di jalan  Allah yang menubuhkan kelab2 tertentu untuk berjuang untuk agama . sejarah lama telah membuktikan apabila berjuang atas nama kumpulan instead of Islam walau pun nawaitu adalah untuk Islam , akan menimbulkan perbalahan dan pergeseran pendapat , serta menimbulkan semangat berkumpulan 'assabiyah' dalam kumpulan tersebut .

kita boleh imbas kembali bagaimana zaman hitam yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW . pabila berlaku perpecahan antara kumpulan Aisyah RA dan  Ali ibn Talib , atas perjuangan yang berbeza  , Islam menjadi kucar kacir , dan menjadi antara episod hitam dalam lipatan sejarah Islam .

kendati pun begitu , ini hanya sekadar pandangan seorang insan yang bersekolah agama sehingga tingkatan 5 serta belajar agama sedikit sebanyak di bumi asing .

andai ada hujah yang membina sama ada pro atau pun kontra , sangat dialu-alukan untuk kita sama sama berbincang .

semoga sama sama mendapat manfaat .

WAllahua'lam .




Thursday, May 24, 2012

Illinois

0 comments
Bismillah ,

Insya'Allah akan ke Illinois , US malam ni . ada midwest games . balik tu insya'Allah akan ke Chicago , tempat pergambaran Early Edition , siri TV yang aku  minat gila  dulu.

Lately, Allah beri ujian-ujian yang menguji mental dan perasaan aku . moga Allah  permudahkan urusan  aku untuk menghadapi  ujian-ujian ini . Kasihnya Allah pada aku supaya aku tak lalai dengan waktu senggang aku ini .

WAllahua'lam .