Thursday, September 20, 2012

lalalala

6 comments

Bismillah ....

Fuh fuh (meniup habuk dan sarang lelabah yang menghiasi blog laman sesawang aku ni) .
Lama juga dah tak update entry di sini. Sepanjang ni juga banyak suka duka yang aku dah lalui. Kadang kala memendam itu  satu penyiksaan juga kan. Huhu.

Alhamdulillah. So far, dengan izin-Nya, selepas berubat dengan new alternative, tabib cina dan minum air apa ntah aku lupa namanya, sembuh sudah sakit aku. Rasa nya this is the second time yang sakit aku ni baik. Dulu first, masa di kmb, kemudian datang Canada, penyakit tu serang balik. Now, Alhamdulillah. Allah permudahkan. Semoga ia nya berterusan. Amin. Terima kasih kepada yang mendoakan.

Lepas raya hari tu  juga, bak kata status fb yang aku baca, adalah musim ‘mengawan’. Haha. Teruk gak bunyi nya. Yeah. Ramai yang kahwin. Byk juga yang aku tak dapat datang. Apa apa pun,mabruk la buat kawan2 aku sebab jodoh korang dah sampai. Ada yang Tanya aku, Aku ni bila? Haha. Sape tak nak kahwin kan? Insya’Allah. Walaupun mungkin bukan dalam waktu  terdekat, tapi tengah berusaha ke arah itu. Banyak aku belajar dari pengalaman aku, dan pengalaman kawan-kawan aku.

Alhamdulillah gak. Hari ni merupakan hari keempat aku bekerja. So far, tak ada benda sangat yang nak share, aku baru buat kerja 2 kali je. Tu pun buat kerja director, aiyak! (macam dah boleh jadi director je kan, haha). Aku banyak habiskan masa faham kan pasal wireline process. Familiar kan dengan term2 nya. N since company aku buat service pasal fishing (bukan memancing ikan), so aku kena la understand macam mana process tu, tools dia, n aku kena gak familiar kan pasal drilling and etc sebab ada kaitan sedikit sebanyak. Fuh, penat mata membaca fail yang tebal gila plus references di laptop.

Semalam aku excited sikit sebab member baik aku share berita best. Sampai susah aku nak tidur. Haha. N dia gak share satu zikir yang dia amalkan selalu.

Ya Latiff.

Banyak urusan dia dipermudahkan masa dia amalkan zikir ni. So semoga kita sama sama dapat mengamalkannya. (maksud zikir ni, Yang Maha Lembut).
Rasa nya sampai sini dulu la tulisan ni. Nak gi kerja dah kejap lagi. Nak kena kemas. Petang terus balik Muar. Oh ya. Kepada yang dah bekerja dan yang menyambung pelajaran, ucapan selamat untuk korang . kepada yang berumah tangga, selamat juga untuk korang. Dan pada yang masih mencari kerja, selamat mencari kerja. =).

WAllahua’lam .


Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Mubarak Everyone .

2 comments
Bismillah ..

Alhamdulillah , malam ni masuk sudah Ramadhan bagi di Malaysia . sahabat2 di Canada sudah mula bertarawih kejap lagi , sebab mereka berpuasa  hari Jumaat .

Alhamdulillah , banyak post2 pasal Ramadhan nie kt facebook . insya'Allah , harap anggota2 badan yang lain akan lebih hebat beraksi di bulan Ramadhan ini lebih dari jari yang menaip dan mengepost di facebook , amin .

Today is my last day swallowing chinese herb . salah satu lagi alternative utk mengubat penyakit aku nie . yang tak best nya aku kena 'puasa' makan pedas . like whatttttttt ....... ada  la terkantoi skit sbb terlupa , pastu bila teringat , sambung terus makannnnnnn . lol . aku igt b4 ni kedai cina yang jual herba tu just jual je . rupa nya ada doktor dia . n kedai tmpt aku pergi ni , macam tak putus orang yang datang . Ada la perubahan sikit, so maybe akan sambung ubat ni , or not?

Baik la . menjelang hari baik bulan baik , aku nak memohon maaf kepada semua di atas semua salah dan silap aku secara sengaja atau tidak , di depan mahu pun di belakang . Halal kan makan dan minum dan yang terambil , sengaja atau tidak . Moga ibadah kita diterima . Moga Ramadhan ni jadi pemangkin untuk kita workout ibadah sebanyak banyak nya , amin .

p.s.: doa kan kejayaan aku untuk first interview (2nd interview act, hari tu kt utp walk in je) hari Selasa ini dengan Sapura Acergy . May Allah give the best for me , Amin .

WAllahua'lam .

Sunday, July 15, 2012

....

0 comments
Bismillah ...

Hampir 10 hari berada di Malaysia . Alhamdulillah . Aku rasa kehidupan di Toronto , Canada sepanjang 4 tahun yang lalu ibarat mimpi yang mana seolah olah aku baru terjaga dari lena yang panjang . Aku kembali kepada kehidupan yang dulu . Di bumi Muar . melihat adik-adik aku yang semakin membesar , aku seolah olah sudah lena begitu lama . Namun aku bersyukur , dua adik aku yang berada di SMKA Maahad Muar sekarang , sudah banyak berubah dari segi agama nya . thanks Allah . thanks Maahad . moga mereka sentiasa berubah ke arah yang lebih baik .

Mengenai perkahwinan , ya , mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kan . jangan mudah percaya kepada orang . tak kira sebaik mana peribadi dan agama yang dia tunjuk kan . ya , kita perlu letak kepercayaan kita kepada seseorang, tapi ada limit , ada ukuran  nya . ya , terima kasih pada Allah kerana kembali memberi ketenangan kepada aku . sekarang aku patut fokus pada mencari kerja dan build my career . insya'Allah sampai masa , sampai jodoh nya , sesuai calon nya , langsung la nikah nanti , insya'Allah la . tak perlu terburu-buru kan . and thanks pada kawan-kawan yang sudi nasihat kan aku hari tu . appreciate that .

Banyak benda dah berubah di Malaysia . yang baik ada . yang buruk ada . semoga kehidupan aku dan orang-orang di sekeliling aku  dilindungi Allah dan diredhai Nya serta sentiasa mendapat pertolongan dari Nya , insya'Allah , amin .

WAllahua'lam .


Saturday, July 7, 2012

5 comments
Bismillah ....

I should move on now. Kita berusaha dan Allah yang menentukannya. Mungkin tak ada jodoh. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Should I wait or should I seek ? herm .

Penat tak habis lagi, jetlag tak surut lagi, terus kena ke UTP..Career Fair....

WAllahua'lam .



Friday, June 29, 2012

0 comments
Bismillah ....

Kita sering mempersoalkan kenapa perkara-perkara yang kita tidak sukai terjadi kepada kita. Kita rasa lemah. longlai. rasa hopeless. Bagi mereka yang lebih berfikir, mereka akan cuba mencari hikmah bagi setiap perkara tersebut.

Kadang kala kita tak nampak. Kadang kala ia nya cukup lama untuk kita nampak. Aku harap Allah beri kan aku kesabaran di atas segala perkara yang tidak aku sukai yang sedang aku lalui . Semoga aku sentiasa menjadi hamba-Nya yang bersyukur di atas segala perkara elok yang terjadi.




Wallahua'lam.

Tuesday, June 19, 2012

0 comments
Bismillah ...

hari nie aku agak stress sbb ada few probs yang jadi. salah satu nya sakit aku jadi makin teruk . n tambah dgn prob lain , aku jadi agak rasa tak best today . but , sbb aku dah nak balik , n dh janji nk lepak dgn one of juniors yg aku dah anggap macam adik aku , aku keluar gak dgn mood happy pada wajah aku .

bila dia share prob dia pada aku , aku rasa prob aku mcm terlalu kecil utk aku rungut kan . dari satu sudut , aku puji dia sbb dia langsung tak tunjuk bebanan prob dia kt org lain .

dari situ aku rasa, mungkin terapi utk orang yang ada prob , adalah mendengar prob orang lain . dari situ kita mungkin dapat nilai dan pengajaran .

1. semua manusia punya masalah yang terpaksa dipikul.
2. kita mungkin tak boleh tanggung pun kalau masalah orang lain diletak dibahu kita.
3. jangan terlalu berharap untuk hidup di dalam sepatu orang lain , walau kita nampak sepatunya cukup selesa dan untuk dipakai, sebab kita tak pernah tahu 'mungkin' kaki kita tak muat dan tak sesuai utk pakai sepatu orang tersebut .
4. belajar lah untuk hidup memberi, (dalam situasi ini: belajar untuk mendengar), dengan ini kita akan rasa nikmatnya dapat memberi (dalam situasi ini: kita dapat menilai dan sedar betapa ringannya masalah kita compared to orang lain) .

jalani lah hidup kita sekuat mungkin . semoga andai esok atau lusa penamat kita , moga Allah ampuni segala dosa kita .

WAllahua'lam .

Tuesday, June 12, 2012

New novel

2 comments
Bismillah ...

Sedang dalam process menulis novel . not sure whether berjaya menghabiskannya atau tidak. dek kerana sering melewa sewaktu cuti ini . juga sedang mencari sesiapa yg boleh memberi  feedback utk novel skang. kalau ada yang rajin nak membaca n memberi feedback terhadap novel yg masih dalam process ini, boleh drop nama kt sini n email or boleh pm me . thanks . n so far, Alhamdulillah dapat few positive responses and beberapa kritikan membina.

8 more days  before convocation.

10 more  days before leaving toronto .

perasaan ?

bercampur baur .

grrrrrrrrrrr .

WAllahua'lam .