Bismillah ...
Jika malam mampu berbicara,
pasti terbongkar segala rahsia,
yang suram kan terlakar cahaya,
yang tenteram kan tak tentu hala.
Jika malam mampu berbicara,
senyap kita tiada guna,
jika disorok sedalam mana,
pasti kan bergema di penjuru benua.
Jika malam mampu berbicara,
kita mahu jadi yang mana,
yang malu untuk diperkata,
atau yang tersenyum tanda bahagia.
Jika malam mampu berbicara ...
anda pula yang bagaimana ?
WAllahua'lam .
SK .
Thursday, November 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment