Monday, July 22, 2013

1 comments
Bismillah

kadang kadang aku tak tau samada aku patut terus menulis atau tidak . tidaj ketahuan sama ada setiap coretan ini memberi impak positif atau negatif pada diri sendiri dan orang lain atau tidak ....

mungkin sampai masa sang koma akhir nya kan berkubur tanpa nesan ....

Monday, June 10, 2013

kenangan lalu

0 comments
Bismillah ....

Sesungguhnya antara perkara-perkara yang dirindui adalah perkara mengenai masa lalu .
Dan sesungguhnya masa lampau adalah perkara yang terlalu jauh untuk digapai , untuk ditemui , dan hanya mampu dikenangkan .

Ya , aku rindu .
pada kenangan-kenangan manis, indah dan syahdu.
yang mampu meruntun hati dan membuat aku tersenyum sendiri.
yang membuat kan kalbu ini terkinja-kinja untuk ke masa itu , dan mengulanginya sekali lagi, bahkan lebih dari sekali.

Namun,
ada juga yang aku sesali .
dosa-dosa silam yang mungkin mampu ku cuci tetapi mungkin tetap berbekas di sanubari,
yang sepatutnya menjadi pengajaran yang tak bisa aku ulangi.

itulah,
masa lalu....

Tuesday, June 4, 2013

karat

1 comments
Bismillah ....

Susah sebenarnya bila diri dah ada karat-karat jahiliyah nie. macam mana nak sental? Ya Rabbi. rasa tak tenang hidup skang nie...........


Wednesday, May 22, 2013

0 comments
Bismillah ....

dalam pada aku sedih melihat lelaki2 seagama menghirup arak di depan mata (maaf, aku mmg tak biasa so rasa nya agak pelik melihat), aku kecewa dengan diri aku tatkala melihat aku jauh di belakang dek sahabatku yang hebat memacu ke hadapan dalam amalan2 agamanya . Terpempan . Ke mana kah aku kemudian . golongan A atau B .

......... (tak mampu meneruskan kata kata).

WAllahua'lam .

Thursday, May 9, 2013

langkahku

0 comments
Bismillah ....

aku melangkah longlai di sebuah lorong,
kosong.

ku pandang kiri dan kanan,
manusia berpesta di sepanjang jalan.
kenapa aku bagai hilang pedoman,
ini kan kehidupan  yang manusia teruskan,
tapi mengapa hati ini kosong bak tiada arah tujuan,
menapak putaran hari bak tiada kesudahan,
aku sendiri tak tahu apa aku mahukan,
mungkin aku lemas dalam dakapan,
dalam hedonisme yang bukan kepastian,
yang kadang kala mengugah keimanan,
membuat akal dangkal lupa kan Tuhan,
membiar nafsu memandu kehidupan,
aaahhhhhhhhh, itu salah syaitan,
bisik hati menolak kenyataan,
sedang di benak akal insan,
aku sedar itu hanya alasan,
syaitan bukan penentu keputusan,
aku sebenar punca kekalahan,
tewas di tangan yang punya kelemahan,
selamat tinggal kehilangan,
mungkin kan layu tanpa kekuatan,
dek diri yang terdampar meratapi masa silam yang kembali nya hanya impian.




Thursday, May 2, 2013

Entah

1 comments
Pasrah ? Menyerah ? Lelah ? Berserah ?

Entah .

Mungkin tak terluah .

Makhluk lemah .

Yang mengharap sabar tak dimamah .

Yang cuba optimis disebalik cuba meredah .

Yang sedar setiap tindakan bukan mudah .

Ahhh ... yang berkata kata memang mungkin tak sudah .

Erm ... aku hanya manusia yang tak sedia untuk direndam parah .

Kerana akhirnya cintanya bukan murah .

Namun kuharap harganya bukan tak munasabah .

Semoga dapat kupinang dengan Bismillah .

Wahai wanita solehah .

Yang entah di mana tak betah .

Terus mencari dan memerhati tanpa lemah .

Moga kan ada pencarian yang bernoktah .


Tuesday, April 30, 2013

Aku

1 comments
Kadang 2 tgk manusia gembira Dan tenang hidup mereka kita jd cemburu.
Bila org hebat agamanya, sdg ibadat kita bak hidup segan mati x mahu ,  rasa sesak Dada kita.
Ruginya kita maksiat ibarat hobi kita.sedang tentera lain sibuk memeranginya.
Malu nya kita yg kita xberlumba mengejar redha Nya sedan org lain memanfaat kan peluang hidup sekali yg Dia beri pada kita

Tuhan, dimana pengakhiran saya?

Mungkin di syurga atau di neraka.

Ibadat yg cetek kapan rasanya tak mampu utk ke syurga.

Tapi ya Rabb, neraka Mu terlalu hebat. Aku xsanggup mendekatinya INI kan pula tinggal do sana .

Pimpin lah daku....
Jgn tinggal kan ku....

Walau aku malu
Dek dirantai dosa dosa yang sentiasa mengekoriku