Friday, April 30, 2010

hikmah dan musibah .

0 comments
Bismillah .

Alhamdulillah . akhirnya berakhir peperiksaan semester 4 ku di University of Toronto , Canada . minggu terakhir dengan tiga exams dan mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada nafsu makan ku sehingga membantu pengurangan berat ku hampir 2 kg dalam masa seminggu . =D (suka sebenar nya , kurus skit , haha lol ) .

semester 4 ni dari perspektif luar boleh dikatakan banyak dipalit kontroversi dan musibah . 2 midterms (1st midterm dibatal dan diulang semula untuk paper yang sama) dan 1 final papers ku digegar dengan fire alarm (fake) . selain itu , final paper DE yang mengundang ketidakpuasan hati para pelajar lantaran format dan jenis soalan yang kontroversi .

banyak juga perkara pahit bukan dari sudut pelajaran yang sedikit sebanyak mengganggu mentalisasi aku yang senang terjerumus ke dalam penyakit sakit kepala .

jika aku memandang sekali lalu , mungkin perkara-perkara begini menjaring musibah dalam sfera kehidupanku . tapi , jika diimbas secara mendalam , disertakan dengan bersangka baik kepada Allah , Yang Maha Berkuasa dalam menyusunatur cara hidup manusia , mungkin ada hikmah yang melingkari dan tersisip di sebalik segala yang berlaku .

aku masih dalam proses mencari dan merangkak ke jalan-Nya . aku masih tak sempurna dan tak bisa menggapai kesempurnaan . solatku juga masih didampingi setan-setan bertanduk yang mengganggu waktu aku ingin mengadu dan meraut cintaku kepada-Nya . tapi , aku cuba , cuba dan terus mencuba untuk meraih perhatian dan memohon dibanjiri kasih sayang-Nya . Alhamdulillah , doa ku Allah makbulkan .

malam tadi , aku duk melepak menghabiskan masa dengan mus , dan entah macam mana , dia ada menyebut pasal penipuan yang digunakan oleh sesetengah orang untuk mendapatkan duit dengan mencipta website CIMB palsu. selepas itu , aku balik dan sesaje check email aku . aku yang agak buta IT ini baru mendapat kiriman email dari 'CIMB' yang mengatakan aku perlu membetulkan maklumat peribadi aku untuk akaun sebagai pengesahan kerana didapati terdapat error dalam maklumat tersebut (lebih kurang macam tu la) . ak tekan folder yang diberi dan keluar page CIMB meminta aku memasukkan ID dan password aku . aku hampir mengisi page tersebut dan tiba-tiba terfikir kata-kata mus sebelum tu . jadi , dgn rasa tak sedap hati , aku naik berjumpa mus dan minta dia check kiriman email tersebut . dan aku baru tersedar , orang yang menghantar email itu menggunakan email yahoo.com which is sangat obvious penipuannya kerana syarikat tertentu yang ingin berurusan dengan melalui urusan rasmi akan menggunakan email syarikat mereka . aku bersyukur dengan bantuan Allah melalui kata-kata mus sebelum itu . akaun aku ketika ini ada dalam jumlah yg agak banyak kerana aku baru transfer duit dari canada ke sana . syukur aku pada Allah .

mungkin benda ini kecil pada orang lain tapi aku sangat bersyukur di atas petunjuk-Nya . moga ku tak lelah dan tak berputus asa dalam melakar madah madah cinta ku kepada-Nya . aku masih lemah tapi aku akan cuba merangkak perlahan lahan dan semoga ku punya kesedaran yang berterusan untuk menjaring nikmat cinta-Nya yang sangat manis .

tonight gerak ke New York .

Wassalam .

Monday, April 26, 2010

yang gundah merangkak sirna .

0 comments
Bismillah ...

takleh tdo malam ni . baru perasan , the most important topic utk final exam xstudy lg b4 ni . Alhamdulillah ada kawan yang baik hati terang kan . =DDD .

mood aku malam ni ok . setelah pembaziran masa tdo 11 jam semalam . mungkin ini hikmahnya (x ngantuk) , insya'Allah . thanx Allah .

mood bertambah ok lepas permohonan aku nak pendek kan waktu internship berjaya (boleh meronggeng bersama rakan-rakan lepak di rumah), horey ! (baru dapat email) . Alhamdulillah .

moga nikmat-nikmat yang Allah kasi ni aku tak lupa dan tak lalai dari memperingati dia . d(-.-)b .

ok mau sambung study da .

WAllahua'lam .

Wednesday, April 21, 2010

Bukan merintih , Sekadar mengukir .

5 comments
Bismillah .

Ku meraba mencari danau tersembunyi,
agar dapat ku hirup kesegaran itu sendiri,
tanpa dipayungi manusia serba serbi,
yang mengerti atau memahami segala isi hati.

indah luarku khayalan hatimu,
molek dimatamu kusam dibalikku,
merah di luar , sakit dalaman ku,
meronta mencari penawar tanpa temu.

ingin ku berbisik , aku mahu menjadi yang terbaik untuk diriku,
namun tiada telinga yang sudi bertamu,
hanya angin bertiup membawa lalu,
sirna bunyinya bak degup jantung yang begitu.

kerdil nya aku ,
memandang diri persis tiada pesona di pentas seluas itu,
ku mengais angan mendamba pembantu,
kuharap ikhlasnya hadir tak mati ditelan waktu .

(herm , lama tak tulis sajak kot , baru nak keluar bahasa best skit ) .

WAllahua'lam .

Monday, April 19, 2010

mekasih .

2 comments
Bismillah ...

dear my friend ...
thank you . anda memang senyap dulu di kelas . but , ur acts without any word selalu membakar semangat aku untuk study nak lawan anda, one of my rivals kt school dulu . aku baru rasa macam nak tdo dah pasni sbb tak larat dah nak study . but , aku just buka ur blog , yeah ... thank you . walau post kt situ bukan untuk aku , tapi bila aku baca , post tu buat aku tersengih sensorang . semangat skit nak study . ko jaga diri kt sana . duk sensorang kn . sampaikan sengih aku pada biri-biri di tepi jalan . lalalala .

thank you .
(aku tak tau ko sedar tak yang aku refer post ni utk ko . haha . ) .

WAllahua'lam .

Monday, April 5, 2010

Crusade-Ambil Lah Pengajaran .

0 comments
Bismillah ...

melayan Suratan Atau Kebetulan oleh Kenny, Remy dan Martin mengingatkan aku kepada ibuku . dia kalau dengar lagu ni suka nyanyi sorang-sorang . love this song too . nostalgik kot .

nak cerita skit pasal Crusades (Perang Salib) dulu . pengajaran yang boleh diambil . (tengah study untuk final khamis ni) .

kelahiran gerakan crusades ini disebabkan oleh:
1.keinginan pihak Christian mengambil semula tanah suci dan Jerusalem yang telah diambil oleh pihak Islam daripada Byzantine.
2.al-Hakim memusnahkan Holy Sepulchre (Church) di Jerusalem .
3. Peperangan Manzikert 1071 yang mana Byzantine mengalami kekalahan .

kemenangan pihak crusades ke atas Islam adalah:
1.lantaran ketidaksepaduan pemimpin Islam pada waktu itu dari segi politik, sosial dan agama .
2. nature agama crusades tidak difahami pihak Islam.
3. idea liberal pihak crusades tidak difahami secara keseluruhan oleh pihak Islam lantas diberikan toleransi oleh pihak Islam .
4. crusades tak memberi kesan kepada bandar bandar besar seperti Bahgdad, Damascus, Cairo.
5. crusaders masuk sebagai kelompok kecil dan membentuk kelompok besar secara perlahan-lahan .
6. koloni tetap mereka dipandang enteng pihak Islam.
7. PEMIMPIN ISLAM PUNYA KEPENTINGAN SENDIRI TANPA AGENDA AGAMA .
8. Fatimids lemah dalam politik dan hanya ada AGENDA KEWANGAN SAHAJA .
9. SELJUKS-TURK hanya menumpukan kepada eastern frontiers dan usaha ketika menentang Edessa mendapat bantuan yang sedikit lantas tewas .

Kalau tengok disini , ketika boleh reflect untuk di ambil iktibar sebagai Islam dan sebagai penduduk Malaysia . lihatlah ada sesetengah pemimpin Malaysia (bukan semua) yang kelihatan seperti ada agenda sendiri seperti wang . malah tiada kesepaduan antara pemimpin Islam sendiri .

Mahukah kita lihat Malaysia sebuah negara Islam yang begitu dikenali sehingga di Canada ini mengalami nasib serupa seperti kerajaan Islam semasa ini ? Kami memerlukan pemimpin seperti Salahuddin Al-Ayubi (sultan Egypt) yang mengalahkan crusaders untuk merampas kembali Jerusalem
untuk menjadi pemimpin .

Jangan hanya menerima tanpa mengkaji terhadap idea-idea pihak luar kepada negara Islam . Lihat apa dah terjadi kerajaan Islam dulu . itulah gunanya sejarah .

JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH BERKALI-KALI.

WAllahua'lam .

Sunday, April 4, 2010

ni la manusia ...

0 comments
waktu senang keliling pinggang , waktu susah ...

kulum sahaja kolam-kolam derita itu , kerna diri sendiri tak sanggup untuk menelan , nak diluah tak siapa mahu menyambut .

resam dunia .

berpada-pada .

0 comments
nasihat untuk diri sendiri ,

be nice to people . tapi jangan sampai dipijak kepala .

bak kata pepatah ,
buat baik BERPADA-PADA , buat jahat jangan sekali .

aku harap Allah lindung aku dari segala petaka .

WAllahua'lam .

Saturday, April 3, 2010

panas

0 comments
Bismillah ...

erm ... wahai sahabat-sahabatku . yang ingin kulihat bergembira dengan mudah meniti sirat dan menguak pintu syurga dengan tersenyum riang. marilah kita sama-sama berfikir sejenak . kita sering berkata kita takut dengan azab Allah . tapi kita biar kan diri tenggelam dalam dosa yang mengaburi bebola mata lantaran natijah perlakuan dosa itu menyeronokkan kita .

tidak takut kah kita dengan kepanasan api neraka ? kebal kah kita menahan azab siksa api neraka ?

Surah Ad-Dukhan(Surah ke 44):

Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut; (45)

Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (46)

(Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga Neraka): Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah Neraka. (47)

Kemudian curahkanlah di atas kepalanya (azab seksa) dari air panas yang menggelegak. (48)

(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu) (49)

(Kemudian dikatakan kepada ahli Neraka umumnya): Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya! (50)

mungkin susah untuk kita semua bayangi kerana kita tak pernah mengalaminya lagi . tapi untuk membuat perbandingan yang kecil, buatlah kopi panas dan letak dalam cawan kaca, peganglah cawan itu dan jangan lepas. berapa lama kita mampu tahan ? itu hanyalah sedikit kesan jika dibanding dengan sengsara tersebut di akhirat .

aku hanya manusia biasa . selalu terlalai . andai diri ini lalai , ingatkan lah ya . agar tidak diriku lemas selama-lamanya . terima kasih wahai sahabat-sahabat ku .

WAllahua'lam .

Friday, April 2, 2010

meski hati tak rela .

4 comments
Bismillah.

layan blues pepagi buta ni , duk dengar lagu , tangan menggatal nak tulis sajak sebab tetiba jiwa tu datang .

1. sajak:

Meski hati tak rela ,
melepas yang indah di depan mata,
namun itulah yang sebaiknya,
jika yang indah itu di luar dakapan redha-Nya.

ku meraba di balik kegelapan hati,
menyusuri jalan mencari terangan pawana yang hakiki,
kupernah terlanjur melangkah ke alam ilusi,
kini kucuba pulang merangkak kembali ke pangkal titi,
agar dimensi sesat kan terus bersemadi,
supaya kuhadir ke tariq yang diredhai.

tak perlu kucemburui kebahagiaan manusiawi,
jika hadirnya penuh didustai,
bergembira melempias nafsu nafsi,
bersabar la wahai hati ini.

gembira pasti berkunjung andai itu takdir,
namun jika derita yang berlari hadir,
jangan biar keluhan meniti di bibir,
genggamlah redha-Nya agar sentiasa hampir.

p/s:apa yang penting, jadilah seorang yang jujur di dalam hidup ini . (pesan tariq suwaidan) . jujur pada diri , jujur pada masyarakt disisi , dan paling penting jujur pada Allah kerana Dia lah Ilahi .

WAllahua'lam .

Main masak masak .

2 comments
Bismillah .

2. memasak.
since semalam cuti , dok rajin masak mengarut sikit . aku nie suka mengexperimentasi masakan (kalau ada masa la) .


nasi berempah, sambal tumis, dan ayam penyet goreng . (aku dah lapar, satu hari tak makan, so xdenya nak menyusun elok-elok , haha) .


ayam bakar (kiri) dan ayam goreng penyet (kanan) . (satu hari perap, rajin betul aku, haha) .

sup alakat.

lidah aku berkata, syabas fazry . haha . memuji diri sendiri sebab aku rasa menjadi la masakan aku ni . cuma pedas gila but aku suka!!! haha . n sup tu just cam penawar pedas tu la , since alakat, tak rasa sup sangat .

WAllahua'lam .