Bismillah ...
melayan Suratan Atau Kebetulan oleh Kenny, Remy dan Martin mengingatkan aku kepada ibuku . dia kalau dengar lagu ni suka nyanyi sorang-sorang . love this song too . nostalgik kot .
nak cerita skit pasal Crusades (Perang Salib) dulu . pengajaran yang boleh diambil . (tengah study untuk final khamis ni) .
kelahiran gerakan crusades ini disebabkan oleh:
1.keinginan pihak Christian mengambil semula tanah suci dan Jerusalem yang telah diambil oleh pihak Islam daripada Byzantine.
2.al-Hakim memusnahkan Holy Sepulchre (Church) di Jerusalem .
3. Peperangan Manzikert 1071 yang mana Byzantine mengalami kekalahan .
kemenangan pihak crusades ke atas Islam adalah:
1.lantaran ketidaksepaduan pemimpin Islam pada waktu itu dari segi politik, sosial dan agama .
2. nature agama crusades tidak difahami pihak Islam.
3. idea liberal pihak crusades tidak difahami secara keseluruhan oleh pihak Islam lantas diberikan toleransi oleh pihak Islam .
4. crusades tak memberi kesan kepada bandar bandar besar seperti Bahgdad, Damascus, Cairo.
5. crusaders masuk sebagai kelompok kecil dan membentuk kelompok besar secara perlahan-lahan .
6. koloni tetap mereka dipandang enteng pihak Islam.
7. PEMIMPIN ISLAM PUNYA KEPENTINGAN SENDIRI TANPA AGENDA AGAMA .
8. Fatimids lemah dalam politik dan hanya ada AGENDA KEWANGAN SAHAJA .
9. SELJUKS-TURK hanya menumpukan kepada eastern frontiers dan usaha ketika menentang Edessa mendapat bantuan yang sedikit lantas tewas .
Kalau tengok disini , ketika boleh reflect untuk di ambil iktibar sebagai Islam dan sebagai penduduk Malaysia . lihatlah ada sesetengah pemimpin Malaysia (bukan semua) yang kelihatan seperti ada agenda sendiri seperti wang . malah tiada kesepaduan antara pemimpin Islam sendiri .
Mahukah kita lihat Malaysia sebuah negara Islam yang begitu dikenali sehingga di Canada ini mengalami nasib serupa seperti kerajaan Islam semasa ini ? Kami memerlukan pemimpin seperti Salahuddin Al-Ayubi (sultan Egypt) yang mengalahkan crusaders untuk merampas kembali Jerusalem
untuk menjadi pemimpin .
Jangan hanya menerima tanpa mengkaji terhadap idea-idea pihak luar kepada negara Islam . Lihat apa dah terjadi kerajaan Islam dulu . itulah gunanya sejarah .
JANGAN SAMPAI PISANG BERBUAH BERKALI-KALI.
WAllahua'lam .
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment