Thursday, May 2, 2013

Entah

Pasrah ? Menyerah ? Lelah ? Berserah ?

Entah .

Mungkin tak terluah .

Makhluk lemah .

Yang mengharap sabar tak dimamah .

Yang cuba optimis disebalik cuba meredah .

Yang sedar setiap tindakan bukan mudah .

Ahhh ... yang berkata kata memang mungkin tak sudah .

Erm ... aku hanya manusia yang tak sedia untuk direndam parah .

Kerana akhirnya cintanya bukan murah .

Namun kuharap harganya bukan tak munasabah .

Semoga dapat kupinang dengan Bismillah .

Wahai wanita solehah .

Yang entah di mana tak betah .

Terus mencari dan memerhati tanpa lemah .

Moga kan ada pencarian yang bernoktah .


1 comments:

Anonymous said...

Penantian akan berakhir dgn kemanisan..yakin dan percayalah kata hati..jika dia y terbaik Allah akan permudahkan..semua dgn izin Allah..:)

Post a Comment