Thursday, December 10, 2009

secangkir pembuka bicara : 10 December 2009

Bismillah ...

Aku tak tau nape tergerak hati nak buat blog aku sendiri hari ini . Hari yang sama dan beberapa jam selepas first paper final semester 3 ku MSE270 . so , first entri ni , sekadar secangkir kata seuntai madah pembuka bicara . tak ada idea , pengalaman , atau topik mahu disemburkan .

Semoga lembaran akan datang dapat mencapah dan memperhalusi pandangan , menjadikan idea yang opacity kepada transparency dan dapat berkongsi serta berdiskusi pandangan yang translucency, supaya lebih bermanfaat .

pandang disini toleh ke sana ,
apa yang dicari tak siapa duga ,
menutur kata niat tak disangka ,
jadi neutralist tiada prasangka .

andai busur memanah sanubari ,
anggaplah ia belaian sang bidadari ,
moga manfaat hadir sendiri ,
moga hakikat kan bisa dirasai .

semoga blog ini terus terusan hidup menyimpan khazanah sang koma .

5 comments:

amiir said...

penguasaan bahasa melayu yg MANTAP!!

taibah said...

semoga istiqamah update blog ni...=)
i will be ur supporter~..
good luck!!!

fuzzree said...

taibah: mekasih haha .

amiir: ceh ... mantap la sangat ... haha .

everjihad said...

memang sesuai n patot sangat la ko ade blog. haha. simpanlah khazanah berharga yg tercipta oleh mu.

hmm..terpk gak nak paste balik, apa yg aku dah tulis seblum ni kat fb.

ada masa, madah bukan sekadar madah.
lahirnya dari dasar hati.
irama hati melakar nada
bahasa yang indah menyentuh kalbu

kala sukma dihujani mehnah
kala itu jari menari
di pentas pena
minda yang ligat berlegar
ilham datang menjelma
kurnia dari Sang Pencipta
moga insaf beradu rasa.

asma said...

mmg seswai sgt la jd blogger.. keep it up!

Post a Comment