Saturday, January 30, 2010

Neraca

Bismillah ...

Timbang tara antara positif dan negatif menuntut manusia berfikir secara rasional untuk memilih arah terbaik untuk kehidupan kita . Inilah perjudian . Kerana kita tak tahu letak duduknya kepastian yang bakal kita tempuhi pada selang masa yang ke hadapan . Aku dan ada orang lain yang merasakan aku lebih positif sejak akhir akhir ini . cuba untuk berfikir sebelum bertindak , walau mungkin keputusan yang diambil kadang kala tidak sebaik mana , tetapi cuba untuk berubah merupakan batu loncatan kepada perubahan tersebut . biar indeks perubahan itu rendah tetapi konsisten , itu lebih manis berbanding lonjakan yang ketara dan akhirnya turun menjunam menyembah bumi . anjakan paradigma yang dilatari niat yang murni akan dapat membangkit apa yang koma . Aku harap sang koma akan terjaga dari lenanya . Harapan yang ku damba tak kan luntur sehingga ke detik akhir nya .

0 comments:

Post a Comment