Saturday, February 20, 2010

Bal'am bin Bau'ra dan Ikrimah bin Abu Jahal . Kita pula bagaimana ?

Bismillah ...

Fuh ... seminggu habis sekelip mata . 2 hari lagi pastu start sek balik . plan cuti summer aku masih kelam kelibut . xpelah . pk sem 4 yg xabis lg ni . erm . malas act nak update blog ni sbb thermo xabis study lg utk midterm rabu ni . tapi sebab penat baru balik main futsal , maka , update la kejap sementara aku ada idea ni . post kali ni aku nak cerita pasal 2 orang zaman dahulu kala yang boleh kita buat perbandingan . seorang ni nama nya , bal'am bin bau'ra yang hidup di zaman Nabi Musa AS dan seorang lagi ikrimah bin abu jahal yang hidup di zaman Rasulullah SAW.

Bal'am Bin Ba'ura diberikan anugerah oleh Allah Ta'la yang mana doanya mustajab. untuk melihat susur cerita beliau, mari kita mengimbau kisah tatkala hayat Nabi Musa. sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Firaun telah diperangkap di Laut Merah lantas mati dalam kekafiran. Selepas itu, raja di sebuah kawasan terdengar berita akan keinginan Nabi Musa datang ke tempatnya lantas ketakutan kerana dia mengetahui andai Nabi Musa berjaya sampai ke kawasannya , maka , kerajaan nya tidak akan menang kerana Firaun yang hebat itu juga mampu ditumpaskan oleh Nabi Musa. lantas raja meminta bal'am bin bau'ra berdoa agar Nabi Musa tidak berjaya memasuki kawasannya . atas kelemahan ke atas nafsu akibat pujukan isterinya , bal'am akhirnya berdoa agar Nabi Musa tidak dapat memasuki negara nya , lantas doanya dimakbulkan Allah. Nabi Musa terperangkap di padang pasir tanpa menemui jalan keluar selama berpuluh-puluh tahun. akhirnya, bal'am menemui ajal selepas itu. dan amat menyedihkan , dia mati dalam kekafiran natijah perbuatannya itu sedang kan sebelumnya beliau seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala. kisah Bal'am diceritakan oleh Allah dalam ayat 175-176, Surah Al-A'raf.

Mari kita banding kan kisah beliau dengan kisah Ikrimah bin Abu Jahal. Semasa Fathul Mekah (kalau x silap), beliau adalah antara 6 orang yang Rasulullah SAW tidak menjamin keselamatan mereka di Mekah. lantas, atas rasa ketakutan, beliau yang merupakan penentang kuat Rasulullah SAW melarikan diri ke sebuah kapal. Di dalam kapal tersebut , berlaku sesuatu sehingga salah seorang di dalam kapal tersebut berkata, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kalian melainkan Allah Ta'ala. Dan Masya'Allah , ketika itu , terlahir perasaan yakin kehadiran Allah Ta'ala di hati Ikrimah . lantas beliau pulang menemui Rasulullah SAW dan memeluk Islam. Rasulullah yang begitu menjaga umatnya tidak membenarkan orang-orang lain bercerita keburukan Abu Jahal kerana tidak ingin mengguris perasaan Ikrimah. begitu mulia sikap baginda , Masya'Allah . Ikrimah akhirnya mati syahid dan mati dalam keadaan beriman sedang kan sebelum itu beliau penentang kuat Rasulullah (kalau x silap) .

Di sini pengajaran yang dapat kita lihat sangat banyak kan . Pembaca sangat bijak untuk mengambil iktibar . banding kan dan renung kan dua kisah ini , semoga kita semua mendapat manfaat . Bagaimana pengakhiran hidup kita ? Selamat kah kita ??

WAllahua'lam .

2 comments:

mar masri said...

thx fazry for this wonderful story.

in our life,we shud always visualize the good outcome for our future..dun forget,act from now!..n keep praying to Allah and always ask for His guidance..

moga kite semua mati dalam iman...=)insyaAllah~

Anonymous said...

subhanallah....
sesungguhnya Allah berkuasa untuk memusingkan hati manusia....
sama2 lah berdoa semoga Allah tetapkan hati kita agar tetap beriman kepada-NYA

Post a Comment