Tuesday, March 16, 2010

Doa =) .

Bismillah ...

Korang pernah rasa yang korang ni lemah sangat tanpa upaya ?
Tadi , aku begitu merasainya .
ceritanya begini , malam tadi , mood study aku datang lambat sangat , lebih kurang pukul 12 malam baru mood study sampai . lepas tue laptop pula diganggu virus . mula2 aku igrone , sambil tgk drama siri sambil study (nak wat camne , camni la aku , haish) , lepas tue , aku mula xsedap hati dengan virus nie , n aku shut down laptop aku dalam keresahan . bila start nak on laptop balik , ada problem so xlh nk lepas startup . keresahan makin merasuk . hajat ku untuk stay up malam tu terbantut selepas laptop tiada untuk menemani malam bujang ku ini . haha . beberapa kali ku on off laptop namun masih sama . aku tidur ditemani kecuakan .

bangun subuh laptop masih begitu . bila sudah kerisauan , susah nak fokus study . akhirnya, aku ke kelas dalam ketidaktenteraman . balik kelas pukul 11 pagi lebih kurang , aku terfikir , lemahnya rasa , sebab aku xtau nak buat mcm mana , dgn risau essay ku masih di dalam laptop , dan jika di'format' hancus la . aku teringat pesan seorang da'ie nie, dalam pesannya , dia kata , kalau nak apa2 , dia akan buat solat sunat dua rakaat . maka , dlm kerisauan tue , aku angkat wudu' dan solat duha kemudian solat sunat dua rakaat . masa tue rasa lemah sgt , sbb aku sgt risau dgn laptop aku n segala documents dalam teman aku nie . aku mohon Allah pulihkan laptop ku segera . aku xtau mcm mana aku akan rasa klu aku hadap midterm petang tu dalam kegelisahan .

selepas solat dan doa , aku godek laptop aku , godek punya la godek , aku sedikit gembira kerana dapat buka laptop ku dalam safe mode yang mana aku dapat save file2 aku dalam hard disk ku . sambil transfer files , laptop ku masih gagal berfungsi sempurna , aku scan laptop aku dan buat langkah2 tertentu , akhirnya aku restart semula laptop . Masya'Allah , kuasa Allah , laptop berjaya run smoothly . gembira tak terkata aku. masa tue , mmg rasa seronok sangat . huhu . aku ada jumpa satu ayat dalam quran semalam yang berkaitan dengan doa yang dimakbulkan Allah tapi aku lupa ayat apa . but , kalau tengok balik , sangat banyak dalam quran yang Allah suruh hamba-hamba-Nya berdoa kan dan Allah akan kabulkan insya'Allah .

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah : 45 - 46.." Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kyusyu', ( iaitu ) orang-orang yang meyaqini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya."

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka beritahulah sesungguhnya Aku sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul”.
[Al-Baqarah 186]

Tidak ada suatu mushibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan Izin Allah; Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi pertunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. " ( At Taghaabun : 11 )..

Anas r.a berkata " Tiada seorang berdoa, melainkan pasti diterima oleh Allah doanya, atau di hindarkan dpdnya bahaya, atau di ampunkan sebahagian dosanya, selama ia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa, atau utk memutuskan silaturrahim"..

"Ud uni astajib lakum" Mohonlah padaKu, akan Ku perkenankannya..

WAllahua'lam .

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...stp ape yg dilakukan akan dipermudahkan Allah jika ianya ikhlas keranaNYA...ape2pn gudluk fazry..:-p -Noraniza UTM-

Anonymous said...

Selamat hari lahir utk esok! =)
all the best..
smoga panjang umur dalam ketaatan
dikuatkan fizikal hati dan iman
smoga Allah memberkahi hidup sahabatku..

fuzzree said...

thank you niza . =) .

anonymous 2 . nie penpal kmb ke ek ? hehe . thanx . doakan sahabat anda ini ya . =) .

Post a Comment