Friday, March 26, 2010

Sahabat Tak Didendang .

Bismillah ,

cadang nak tdo awal .

again , pukul 2 pagi tak tidur lagi . hermx . puas hati gak sebab part kerja untuk group aku , aku dapat siap kan . tak sangka lak , boleh focus haha . n at the same time , essay aku yang tonggang terbalik nahu dan sebagainya tu dah di improve oleh adik kaab aku . hehe thanx kaab .

sahabat tak didendang .
adakah anda ingin menjadi sahabat kepada orang lain yang sering memuji kebaikan dan kebagusan diri anda kerana anda sering menyokong mereka tak kira apa yang mereka buat betul atau salah?
atau anda ingin menjadi sahabat yang sering dicerca dan dilupakan lantaran sikap anda yang tanpa malu, menegur kesilapan mereka untuk kebaikan diri mereka ?

manusia selalu marah bila ditegur akan kesilapan diri mereka. bukan semua . tapi tetap ada . jadi segelintir manusia , yang takut kehilangan kawan , sanggup berdiam diri atau menyokong tindakan sahabat mereka apabila mereka membuat salah. memang dosa manusia ditanggung sendiri, tapi kan seronok kah anda melihat mereka didakap kesalahan terus terusan. adakah hidup anda ingin terus terusan didendang oleh sahabat anda yang begini? seronok kah anda ?

hidup kita ini bukan untuk didendang atau dipuji manusia. hidup kita bukan untuk please manusia . we are here to please Allah . pesanan tajam untuk diri sendiri .

biarlah kita didendang kerana kebenaran bukan hanyut didendang dek kepalsuan. biar kita dimarahi kerna menegur, jika teguran kita itu berhikmah. kerana kita dah berusaha untuk please Allah , dengan menyampaikan apa yang patut disampaikan .

teringat pesanan seseorang , benar niat kita mahu berubah , tapi macam mana ingin melakukan perubahan jika dilakukan dengan jalan yang salah ? jangan memilih jalan berdiam diri dan ignorance kerana ia jarang membawa perubahan . melangkah lah dan ubahlah meskipun kadang kala ketika kita menyiram air manisan , simbahan air longkang yang kita dapat sebagai balasan.

pesanan untuk diri agar tidak leka didendang sahabat-sahabat.

biar tak didendang .
biar ditendang .
jangan terlepas pandang.
kelak menyesal bukan kepalang .


p/s: teringat iklan permainan din-dang kat tv kat malaysia dulu haha .

WAllahua'lam.

1 comments:

Anonymous said...

awesome post

Post a Comment