Friday, May 14, 2010

I Luv Islam .

Bismillah ...

rambut dah macam makhluk asing ... so , tadi aku gi gunting rambut . b4 ni niat nak gi gunting kt kedai yang ak pernah pergi dulu sebab dia potong smart , tapi adik aku cakap , kedai tu potong bulu anjing juga . adoi . haha . maka aku pergi la satu kedai baru ni yang buat promosi . sekali gunting RM10 . not bad la . aku suka gunting kedai cina ni sebab dia reti gunting ikut fesyen .

ak ni ntah jadi peramah klu dah duk bosan camtu . borak-borak la dgn laki cina tu . mula-mula borak biasa biasa je until dia tanya aku lepas aku cakap aku study kat canada , dekat sana ada pergi clubbing tak ? aku cakap mana boleh , Islam tak kasi . so dia tanya aku , tak minum beer ke ? wooooo ... kenot la . Islam tak bagi . then dia cakap kt aku pula , tapi dulu dia keje kl ada je yang minum . aku senyum (xkn nak muka marah kt dia pula) , dieorg tu dh tak ikut Islam . laki tu ckp , customer dia dulu perempuan melayu siap ajak dia minum . hadoi . tapi dia cakap , perempuan tu kata dia xleh makan babi . tapi minum arak takper . aik ............ nie ajaran agama mana dia ikut .

makin best plak borak dgn dia sbb dia nie jenis open minded , so , aku tanya lagi , orang melayu kt kl tu mesti ramai dah buat sex kan ? dia kata , ramai meiiiiiiiiiii . (lebih kurang cam nie la) . hish . aku senyum lagi . dia tanya aku , u pn mesti pernah buat kan ? aku cakap , belum ma . Islam tak bagi before kahwin la . dia kata , u boleh tahan meiiiiiiiiiiiii . haha . aku gelak . kawan dia gelak gak . aku jawap , boleh la . (tapi memang susah sekarang kan , xper , lawan , nnt kahwin la , baru nikmat halal) .

panjang lagi aku borak , tapi antara tu la yang best . ak malu dgn orang melayu sekarang , yang majoriti nya Islam . tapi aku pun tak sebaik mana . Alhamdulillah aku masih sedar penting nya menjaga Islam dalam situasi sekarang . nikmat Islam yang aku dapat ni aku cuba jaga .

p.s.: memandang melihat mentafsir ... at least ... aku dah dapat sampai kan message mengenai Islam pada dia . aku gembira dapat menyampaikannya , Alhamdulillah .

WAllahua'lam .

4 comments:

Afham said...

Tahniah Fazri kerana ko actually telah menjadi duta Islam untuk nak explain kepada yang ingin mendengar

Anonymous said...

Uhm.. takutnya. Takut dengan orang islam yang berkelakuan sedemikian, dan takut orang bukan islam salah anggap pada islam?

Semoga kita dilindungi Allah dari melakukan perkara yang dilarangNya.

TyRoX SaN said...

ape lg.... upload la gambo baru ko tue

mashitah said...

masih ramai umat Islam diluar sana yang mungkin masih tercari2 apa itu Islam yang sebenar.. sebab itulah kita mesti menyampaikan Islam itu pada org lain, bukanlah hanya memahami Islam itu sorang2 dan xnak ambil peduli hal orang.
hapuskanlah kebatilan dengan menegakkan kebenaran..wallahua'lam..

Post a Comment