Bismillah ...
sengaja ku tarik beberapa post terbaru ku dek kerana ku baca bahasa melayunya yang hancur dan berbunyi bagai irama sumbang yang dinyanyikan kerana keterpaksaan .
masih bernafas , masih mampu untuk mengerdipkan kelopak mata ku yang sepasang ini . masih adakah detik yang seterusnya untuk aku ?
Aku ada membaca satu quote daripada Baba Ali yang agak menarik:
Orang yang betul-betul wara' adalah mereka yang melihat yang terbaik di dalam diri orang lain dan memandang yang terburuk di dalam diri sendiri .
Dalam erti kata lain , Orang-orang yang sebenarnya wara' adalah mereka yang merasa diri mereka paling teruk dan melihat dan memandang orang lain lebih baik dari diri mereka sendiri . kerana apa? apa pendapat aku, dengan kondisi ini manusia yang benar-benar cintakan Ilahi akan berterusan mencari mehnah sebanyak mungkin untuk mendekati ar-Rabb . bukannya merasa diri teruk dan berkata , biarlah aku dah teruk , takleh buat apa dah , jadilah berterusan teruk .
Bagaimana pula jika yang memandang orang lain teruk , mengkritik dan apatah lagi mengumpat/bergosip/bercerita kepada orang lain tentang orang itu? Tepuk dada tanya diri . peringatan untuk nafsi .
WAllahua'lam .
Sunday, August 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Jika mengkritik untuk membina, how? Saja sekadar nak tahu pendapat.
sebenarnya tidak faham penjelasan pendapat anda dengan baba ali's quote. pendapat anda saja yang sy kurang jelas.
but that's a good quote.
define mengkritik untuk membina dari perspektif anda .
mengkritik ada cara . kalau betul cara , apa salahnya . yang disebut disini mengkritik yang tidak betul cara nya. dan cara nya kena bersesuaian dengan situasi dan kumpulan sasaran juga .
saya tak faham apa yang anda tak faham . rasa nya dah jelas apa yang saya tulis . mohon penjelasan apa yang tak faham , be specific .
yeah , of course quote from baba ali is a good quote , apa yang keluar dari mulut scholar/tokoh jarang orang pertikaikan . tapi MUNGKIN kalau benda yang sama itu keluar dari mulut orang biasa , MUNGKIN ada yang mengkritik . MUNGKIN .
WAllahua'lam .
maaf sebab tidak menjelaskan apa yang sy kurang jelas. baba ali's quote sebut mengenai orang yang wara' akan melihat yang terbaik di dalam diri orang lain dan terburuk pada diri sendiri. sy cuma tidak nampak perkaitan (ada, tapi sikit, or my bad untuk fahaminya) dengan apa yang anda sebut, mereka yang wara' mencari mehnah utk mendekati rabbnya. Saya tak kata salah, cuma saya tak jelas dengan perkaitan itu. adakah dengan memandang yang terburuk dalam diri mereka membawa kepada mereka mencari mehnah untuk mendekati Allah.?
Apa yang anda tulis masih tidak jelas. tidak tersampai pada sy at least. atau mungkin kelemahan sy utk memahami. sorry la.
the last para.. woo. chill bro. sy puji dan berterima kasih je atas sharing quote dari baba ali. Tapi, ye lah kan..scholar/tokoh mereka dah banyak belajar dan bnyk pengalaman. Tahu nak tackle org utk mudah fahamkan apa yg nak disampaikan. dan pd masa yg sama gak org scholar ni masih belajar lagi seandainya dicritic. untuk perbaiki diri. Tapi tak sangkal jugak kalau orang biasa nak bagi pendapat yang bagus. Sy rasa baba ali juga org biasa. a muslim convert tapi bagus dalam nak menyampaikan apa2. dia bagi contoh mudah, dan orang faham.
tapi bro, lepas apa yg sy and anda tulis ni, sy rasa kita sama2 pun boleh fikir balik dgn quote baba ali ni. pandang terburuk dalam diri, dan terbaik dlm diri org lain. kalau kita pandang terbaik dalam diri kita, tak mungkin proses pembelajaran itu akan berlaku. bila kita pandang yg terburuk pd diri, setiap kritikan walaupun yg sgt pedas, akan diambil, di digest dan di alter kan pada proses pembinaan. bilamana kita pdg terburuk pd diri, boleh lah selalu muhasabah diri. dan pandang yg terbaik dlm diri org lain, spy boleh belajar untuk jadi yg baik mcm diri dia.
ok, dah panjang pulak. selamat berbuka la bro.
oh, tak jelaskan pulak critic yang membina.. tapi, faham2 je lah (nak cepat). sebab dalam blog atas tak tulis pun critic yang tak betul caranya. ke bro nak sy faham2 kan je lah. ok la. hahaa
sebab critic kan pertimbangan dua hala. baik dan buruk, kekurangan dan kelebihan and able to debate. boleh analyze, kelaskan, dan intrepret lebih bagus ke arah pembinaan lah.
sorry lah kalau tak faham. nak out dulu. bila2 nanti sy masuk blog.
thanx for these long comments .
kalau yang ini , mereka yang wara' mencari mehnah utk mendekati rabbnya. anda sendiri dah jawap dalam comment anda . contoh , sekiranya dia memandang orang lain punya ibadah yang sangat banyak daripada dia , dia akan mencari jalan untuk meningkatkan ibadah nya kepada Tuhan . saya ada membaca or mendengar seorang sahabat Baginda s.a.w. yang selalu bertanya/pandangan orang lain tentang dirinya sama ada elok atau tidak . kerana dia rasa diri nya tak sebagus mana . (maaf kalau salah sebab cerita ni ingat ingat lupa but point nya anda jelas) .
quote baba ali yang saya letak hanya bagi ayat yang pendek begitu dan adakah ia cukup untuk orang judge dia pandai tackle pembaca ? WAllahua'lam jika anda rasa begitu .
saya setuju yang kita patut revise kembali diri kita . thats why saya suka berbalas comment begini untuk dapat kan titik temu atau jawapan . saya tak mahu berjidal semata mata untuk menegakkan benang yang basah . i admit . kekadang bila orang kritik , kekadang kita terasa . cuma fikirlah , kalau dia kritik betul , kita terima , tapi kalau tak betul , kita kena tegakkan supaya pengkritik anggap mereka betul . selagi mengkritik dengan ilmu . bak kata imam syafie , dia lebih rela bagi orang yang nak berjidal dengan dia menang jika orang tu berniat untuk menang (mohon betul kan andai salah) .
thanx bagi comment , i appreciate it . do correct me if i am wrong . thanx sebab bagi pandangan terbuka tanpa unsur emosi . i need that .
WAllahua'lam .
Post a Comment