Bismillah ...
Alangkah resah , tatkala hilang arah ,
hidup dipandu pelbagai mehnah ,
terkadang kabur betul dan salah ,
mata berkedip kaki melangkah ,
hati mengarah akal bertitah ,
syaitan mengomel pelbagai wadah ,
kalbu yang kelabu mencari noktah ,
ingin meronta tetapi lelah ,
hanya tangan mampu menadah ,
Al-Quran dan Sunnah genggam tak sudah ,
supaya sesat kembali terarah .
rintih dan sabar menghadap Yang Esa,
tanpa Dia kita meloya,
menghadap hidup tanpa cahaya,
andai denai di depan masih berjela,
harapan agar dipermudah segala,
jika tersungkur mampu ku bangun semula,
tanpa rebah bak mayat bernyawa.
semoga Ramadhan ini penuh bermakna,
sebagai pemula ibadah berganda,
agar usaha konsisten semata,
andai sirna nya ia ibadah tak ku lupa,
moga aku tersenyum ceria ,
ketika menghadap Tuhan Pencipta ,
membawa bekalan dengan secukupnya ,
agar dapat ku temui ahli syurga ,
agar mampu ku hirup wangian di sana ,
kerna ku tahu rupa nya tak seindah bayangan kita ,
indahnya ia tak terjangkau dek dangkal fikiran manusia .
Salam Ramadhan .
Rempo Alkhain .
Wednesday, August 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
hidup tanpa cabaran umpama masakan tanpa garam dan gula..kita diajar untuk tabah dan tidak berputus asa..tiada teman yang paling setia melainkan ALLAH.. suka duka mengadulah padaNya.. semoga RAMADHAN tahun ni lebih bermakna.. FACE IT SOLVE IT..-MYZAYUMIKO
Post a Comment