Bercakap mengenai kerinduan manusia
kepada takhta,
kebanyakannya menghumbankan kita
menjadi hamba kepada dunia,
sehingga kadang kadang kita melibas
semua yang tertindas,
kerana kita tidak pernah puas.
Kerinduan kita kepada harta
membuatkan hati kita menjadi buta,
sehingga kita lupa hak yang empunya ,
sehingga kadang kadang kita lupa kita menganiaya.
kerinduan sesama manusia ,
memerlukan pembalasan cinta sesama manusia,
yang telah disaksikan dari zaman Adam penuh sengsara,
dan hingga ke hari ini bernoktahkan kecewa.
jadi,
kerinduan kita ini yang bagaimana,
untuk siapa,
kepada apa yang boleh melepaskan kita dari tiga alam ,
barzakh , dunia dan di padang mahsyar nanti ,
untuk menjadikan kita,
mentakdirkan kita menjadi penghuni syurga atau pun neraka .
jadi carilah kerinduan yang benar,
letakkanlah rindu kepada Allah S.W.T..
B.L..
0 comments:
Post a Comment