Monday, March 7, 2011

ibu

Bismillah ...

baru baru ini , kuar paper , beberapa sek cemerlang di seluruh negara yang terpilih , guru besar nya diberi ganjaran rm7500 dan guru-gurunya diberi rm1500 setiap orang dari kementerian. bila baca artikel ni , terdetik hati aku , SK Bandar Maharani mesti dapat . dan sangkaan ku tak meleset , bila mak aku baitau hal berkenaan . yang menyedihkan , penghargaan itu tak diberikan kepada mak aku . sebab mak aku bukan lagi guru besar disitu . orang-orang di muar ramai yang berkata , anugerah itu patut diberi pada mak aku . sebab dengan izin Allah , era kebangkitan sek itu dicetuskan semasa generasi mak aku menjadi guru besar . kalau dulu , sek tue xdpt cabar sek elit di muar , tapi , usaha gigih mak aku , dan team dia , guru-guru sek tersebut berjaya naik kan sek tue menjadi antara top school di muar .

aku agak terkilan bila mendengar . bukan PPD tak tau sape yg bertanggungjawab menaikkan nama sek tue . PPD juga yang kemudian menukarkan mak aku ke sek baru untuk menaikkan sek baru tersebut (dan Alhamdulillah sek baru tue ada peningkatan mendadak walau belum boleh challenge skbm) .

tapi mak aku sebut , tak apa lah . rezeki mak tak ada kat situ . tapi mak ada 4 orang anak yang di taja oleh sponsor untuk belajar di menara gading . (aku kelu , macam tak tau nak react camner) .

kesian mak. aku tau mak mungkin tak harap kan anugerah tue . mak kerja kuat sebab nak tengok anak bangsa dia berjaya . pernah ke dengar anak murid tak datang sek , guru besar pergi cari kat rumah ? guru besar round kelas buat spot check tgk cikgu ngajar ke tak kat kelas? macam macam lagi yang mak buat . mak memang kerja kuat apatah lagi sek sekarang ramai anak murid nya  datang dari golongan susah sebab sek pinggir bandar kan .

tak apa lah mak . moga Allah akan balas jasa mak nanti . insya'Allah . Amin .

WAllahua'lam .

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..rezeki ibu telah dilimpahkan kepada anak2nya...Rezeki ni kdg2 tak dtg direct untuk seseorng tetapi mungkin diberikan kepada org yg terdekat...Tahniah buat ibu awak yg sdah berjaya mendidik anak bangsa...

b i n t a n g said...

insyaAllah, ada nanti balasannya.
DIA lebih tahu :).

Post a Comment