Tuesday, July 12, 2011

3 Dragons Yo .

Bismillah ...

Alhamdulillah selepas dah berbulan-bulan tak sakit (sakit biasa), Allah kasi aku demam hari  ni . atas asbab semalam , aku all out exercise  . pagi 7.30 pagi aku jogging almost 30 minit , pastu buat weight lifting . petang , dalam 6.30 petang (panas terik lagi time ni kt sini) main bola sepak , n lebih kurang pukul 8 petang , aku sambung buat lagi weight lifting . Ni la orang kata 'gila' dah . haha . mungkin excited sebab lose banyak weights . still need extra weight loss and muscle gains .

ok . enough that . last friday, ketua Qabilah Al-Ihsan (dah macam zaman Arab dulu pula ek) , haha . qabilah ni Al-Maghrib punya cawangan di Malaysia . ketua atau amir nya ada lah bro Amar Razali . berumur 24 tahun . muda lagi kan . haha . dia telah sudi meluangkan masa untuk share knowledge dia pada kitorg . kebetulan dia ada di toronto untuk menghadiri Nichiro , leadership program by Muhammad Al-Shareef .

aku nak share sikit je dulu hari ni . lain kali , klu aku rajin aku update , kalau malas xder la kot . haha .

KALAU KORANG ADA INTENTIONS NAK BUAT BENDA BAIK , KORANG KENA AWARE DENGAN 3 DRAGONS NI:

1) Procrastination:
    Kita sebagai manusia ni fitrah nya akan ada rasa nak buat baik timbul dalam hati kita . nak buat itu , nak contribute ini, nak ubah diri . Tapi bila timbul rasa tu , kita selalu cakap, herm , nanti lah aku start . esok ke . xyah nak tergesa-gesa . Tapi , kita silap . sepatutnya bila kita dah ada niat sebegitu , kita kena terus buat . jangan berterusan tunggu lagi . kerana syaitan tak akan PROCRASTINATE melengah-lengahkan kita .

2) Critism:
    Kritik . mulut orang keliling ni kekadang langsung takleh nak bagi support . bila nampak kita nak buat sesuatu baik, selalu dieorg akan keluar kata-kata seperti, boleh jadi ke ni? takyah la . berangan je hang ni . buat malu je . cuba kalau orang tak support hang . lingkup . etc . Kritik akan sentiasa ada . sentiasa datang . tapi , kalau kita rasa kita nak teruskan , dan berkemampuan , jangan pandang belakang . eh , jangan pandang persepsi negatif orang .

3)Expand (Easily Lose Focus):
   Kekadang kita dah capai satu zon di mana kita mula dapat menempa kejayaan . Time tu , semangat tengah berkobar-kobar , terus nak buat benda lain pula . tak betul betul well establish lagi yang satu ni . ini satu penyakit juga . make sure kita concentrate pada satu project sampai berjaya dan sampai satu tahap yang selesa sebelum mula mengorak langkah untuk buat sesuatu yang lain .

Okay la . Thats all for now . Memang peringatan ni berguna untuk orang macam aku nie . Moga aku tak putus asa dan hilang focus la .

WAllahua'lam .

1 comments:

Anonymous said...

Oh, patut macam pernah nampak bro Amar ni masa di JOF di booth al-maghrib.

dila

Post a Comment