Tuesday, April 3, 2012

malam ...

Bismillah ...

melewati malam malam suram,
disajikan tarian jemari bertemankan cahaya kelam,
engkau terbungkam,
kapan sampai bila kehidupan akan berterusan dibiarkan seperti semalam,
merobek pahala dengan dosa yang semakin dalam,
adakah dapat ditebus sekadar wajah muram.

wahai manusia,
lupakah pada siapa dikau memberi salam,
5 kali sehari semalam,
yang tak pernah lalai walau sekerdip mata dipejam,
memerhati kehidupan dikau yang celik dan padam.

sujudlah dikau dikala imanmu terbang mahupun menjunam,
taubat dipinta dahi mencium membiar rasa bersalah yang tak terhadam,
namun jangan dibiar silap salahmu memusnahkan harapanmu remuk redam,
kerna ampunan Tuhan insya'Allah tak kan karam,
buat hamba Nya yang sedar kesilapan yang haram.

WAllahua'lam .

S.K.

1 comments:

nurul iffah said...

assalamualaikum.

tuju lagu (maryam:22-25)

setiap kapayahan Allah datangkan jalan untuk memudahkan kepayahan tersebut dengan syarat kebergantungan kita hanya kepada Allah.

well, nak exam dah ni, exam ni juga exam akhirat jugak. Allah nak tengok hamba Allah yang mana akan mengutamakan Allah(beramal) berbanding dunia(buku). nanti Allah juga akan mengutamakan doanya. InsyaAllah.maat taufiq wannajah.

Post a Comment