Tuesday, May 29, 2012

bincang

Bismillah ...

doa dan maksiat .... 

Dalam menjelajah ke dunia luar, membuat kan otak dan pemikiran aku lebih terbuka dan ligat berfungsi untuk berfikir setelah sebulan duduk di rumah tanpa melakukan perkara perkara yang membuat kan aku serious untuk berfikir . Salah satu perkara yang membuat kan diri aku terfikir adalah mengenai doa dan maksiat .

Kita sering menghadiri majlis majlis besar yang dianjurkan oleh orang Muslim . ya orang Muslim . Alhamdulillah acap kali majlis majlis ini dimulai dengan doa yang sering kali menyentuh kalbu jika kita benar  benar menghayati makna di sebalik bait bait doa yang dibacakan .

Namun , agak menghairankan sejurus doa kan di amin kan dan di khatam kan , acap kali juga majlis tersebut 'diserikan' dengan tatapan mata dan halwa telinga yang bertentangan dengan doa yang diucapkan . wanita melompat , menyanyi , menjerit-jerit , belum dikira pemakaian yang bisa menjolok nafsu insan bernama lelaki .

Di mana kah salahnya ?

Adakah doa pembukaan majlis hanya dianggap ritual protokol bagi majlis Muslim yang mana ia dianggap 'wajib' dibacakan untuk melambangkan itu majlis anjuran Muslim ? atau salah pihak tertentu yang tidak menghayati maksud doa yang dibacakan ? Adakah ... adakah ... adakah ... persoalan yang mungkin hanya empu nya tuan badan mampu menjawapnya .

assabiyah .... 


satu lagi perkara yang cukup  menarik untuk difikirkan dan terima kasih buat insan yang membuatkan aku berfikir tentang perkara ini ...

secara peribadi , aku agak kurang bersetuju dengan sikap sesetengah manusia 'alim' , 'warak' dan mereka yang berjuang di jalan  Allah yang menubuhkan kelab2 tertentu untuk berjuang untuk agama . sejarah lama telah membuktikan apabila berjuang atas nama kumpulan instead of Islam walau pun nawaitu adalah untuk Islam , akan menimbulkan perbalahan dan pergeseran pendapat , serta menimbulkan semangat berkumpulan 'assabiyah' dalam kumpulan tersebut .

kita boleh imbas kembali bagaimana zaman hitam yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW . pabila berlaku perpecahan antara kumpulan Aisyah RA dan  Ali ibn Talib , atas perjuangan yang berbeza  , Islam menjadi kucar kacir , dan menjadi antara episod hitam dalam lipatan sejarah Islam .

kendati pun begitu , ini hanya sekadar pandangan seorang insan yang bersekolah agama sehingga tingkatan 5 serta belajar agama sedikit sebanyak di bumi asing .

andai ada hujah yang membina sama ada pro atau pun kontra , sangat dialu-alukan untuk kita sama sama berbincang .

semoga sama sama mendapat manfaat .

WAllahua'lam .




1 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum. sangat setuju dengan headline assabiyah. kenapa perlu berpecah atas tujuan dan matlamat yang sama. kata pemimpin pertubuhan cara mentarbiyah yang mereka bawakkan berbeza. padahal mereka sangat tahu bahawa kambing yang seekor akan senang dibaham dengan serigala berbanding sekumpulan kambing, kan

Post a Comment