Tuesday, December 29, 2009

Aku dan Dia, Reviving Islamic Spirit 8.

Reviving Islamic Spirit 8 telah selamat melabuhkan tirainya pada tengah malam 27 Disember 2009 dengan diserikan lagi oleh 3 lelaki dan 3 perempuan kembali kepada fitrah atau agama anutan Ibrahim alaihissaalam , Musa alaihissalam , Isa alaihissalam dan Muhammad sallahualaiwassalam. Ashadu alla ila haillah waash haduanna muhammadar rasulullah wai'sa adullah . sangat sangat best. Secara peribadinya , aku sangat rasa beruntung dan berbaloi dapat menghabiskan 3 hari masa aku di dalam convention ini. Tak rugi beb~~~~~~~~~~~ . Kehadiran penceramah-penceramah yang mengkagumkan kadang kala membuatkan aku seperti terpempan dek isi-isi yang dilontarkan dari bibir-bibir mereka. Aku mengakui bahawa ceramah atau pidato yang berkesan seperti ini umpama sihir yang mampu memukau pendengar untuk memasang telinga meneliti setiap bait kata-kata mereka.

Tapi memang aku tak nafikan yang setiap orang dilahirkan punya keinginan atau minat terhadap sesuatu yang kadang kala berbeza. Bukanlah maksudku untuk menyatakan bahawa ketidaksukaan seseorang kepada sesuatu adalah angkara ketidakelokkan atau ketidakbagusan kualiti sesuatu perkara tersebut. Mungkin methodologi perkara tersebut disampaikan tidak sejajar atau tidak sealiran dengan keinginan atau minat mereka lantas resonan atau impak yang dihasilkan tidak mencapai tahap optimum. Atas landasan itu, aku ada alasan mengapa aku tidur sewaktu beberapa orang speaker menyampaikan pengisian mereka dan di waktu lain mata dan telinga ku ibarat ditambat untuk menghayati majlis ilmu tersebut. (panjang gak alasan aku nak bagi diri rasa tak bersalah tidur semasa ceramah :-P).

Berbalik kepada RIS ini , aku tidak menyangka yang aku akan jatuh cinta (bukan jatuh cinta dengan barisan wanita-wanita muslimah yang diakui sangat cantik di situ, so, pasnie pada mereka yang nak cari isteri dan yang memilih rupa, sila datang ke majlis ilmu di Toronto , hehe, just joking) dengan majlis ilmu ini. Jujur, dalam kondisi atau taraf iman aku yang aku rasa masih suam suam kuku ini, aku jarang tertarik dengan majlis seperti ini (rindu zaman teruja dengan ceramah di KMB) . Namun, cintaku telah dicuri dan dibelai manja oleh Tariq Ramadan dan Tariq Suwaidan ^__^ . Setiap kalam (exeggerate skit) yang dihambur oleh mereka seolah-olah lebih melembutkan hati aku kepada Islam. Ada juga penceramah lain yang berjaya berbuat demikian namun cinta itu kan buta. Kadang kala tak semua yang baik itu dicintai. Cinta hadir bila mana hati rasa best semacam dan sesuai dengan naluri hati ketika itu. Dan cintaku telah memilih mereka berdua untuk aku kagumi............wow sweet gila aku . haha . but seriously, both of them sangat bagus dari renungan mata dan halwa telinga ku . Insya'Allah aku akan cuba post mana isi-isi yang aku rasa nak dan aku sempat salin ke dalam blog ini untuk aku sendiri ingat dengan peringatan dan tatapan orang yang sudi membaca blog aku nie.

Wokey , Isyak sudah hampir melabuhkan waktunya , Subuh bagai tidak sabar untuk bertemu manusia yang berjihad untuk bangun menunaikan kewajipan kepada Yang Menciptakan mereka. Mahu bersiap siaga untuk bermesra dengan masjid di sana.

Wassalam .

6.07 pagi 29 Disember 2009.

2 comments:

fatin said...

salam..jgn lupe post point2 dan isi2 2..mcm best plak sy tgk..terima ksh atas perkongsian ini=)

Anonymous said...

-junior pelik-

mana details nye bro??
niii mesti kes terlebih tdo nih...xsempat nak menyalin la tuuu..lain kali kalu dah tau nak tdo siap siaga kan la rekoder....wawawawahaha

Post a Comment