Saturday, January 16, 2010

Takyah Baca (Bosan) .

Bismillah ...

Aku tak galak kan bahan ini dibaca sebab benda ni aku tulis atas rasa ingatan aku pada kawan lama. So, orang tak tau akan bosan . Tapi kalau nak baca juga , terpulang lah .

17 Januari 2010 . Ulang tahun kelahiran 'bekas' sahabat aku . kenapa aku cakap 'bekas' ? biarkanlah menjadi rahsia . Dan sampai kini , aku masih tak ucap selamat pada dia . duk lepak2 sambil melayan kepala aku yang duk berdenyut kesakitan ni , aku teringat kenangan kami bersama rakan-rakan yang lain .

Perkenalan kami yang menjangkau 8 tahun ini diimbau oleh setiap coret detik pahit manis kami bersama . Kami kenal atas takdir kami ini diletakkan sekelas semasa tingkatan 2 . seorang yang baik tetapi bersikap kasar . tahun pertama perkenalan kami hanyalah atas dasar rakan sekelas . namun , tatkala usia masing-masing menginjak setahun lebih tua , kami mula rapat , rapat bersama rakan-rakan yang lain . dan aku sangat selalu menyakat dan mencari pasal dengan dia . suka sangat bergaduh dengan dia . bergaduh mulut sahaja . memang kena la . dua dua mulut laser . dan rupanya ibunya adalah kawan baik mak aku . kehkehkehkeh . kecik tul dunia . walau pun kami terpisah selama setahun kerana aku berpindah ke asrama penuh tatkala dia menolak tawaran tersebut , kami tetap berkawan baik . sekembali dari asrama penuh , tingkatan 5 , aku menelan kembali ludah yang kuluahkan , aku kembali ke sekolah lama . sekembali nya ke situ , kami menjadi rapat kembali atas dasar persaingan untuk meraih keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan . kebanyakan waktu belajar kami habis kan bersama sebab kami mengambil kelas tambahan luar dari kebanyakan guru yang sama . hermx ... ingat lagi time datang awal ke sekolah dan study bersama before kelas bermula . ingat lagi bila kita gaduh dan kuberi time limit untuk kau maafkan aku atau aku teruskan putuskan persahabatan kita yang mana dah buat ko lagi marah . haha . lawak . zaman pra matang aku . ingat lagi , kami sekumpulan , membuat konvoi raya ke rumah kami, rakan-rakan yang lain serta guru-guru. dulu bermotor . aku xlh lupa yg time kunjungan ke rumah ku , aku suruh tetamu makan sedangkan aku lupa nak hidang kan sup untuk kuah soto . kena sound dengan ko tp aku cover suruh korang isi nasi impit dulu sebelum berlalu dengan malu untuk amik sup. haha (mesti ko xigt sebab aku pandai cover). Aku tak lupa yang aku pernah request puding dari ko semasa raya kat rumah ko tp aku rasa sampai skang ni aku xdpt lg kot puding tu . huhu . Aku tak lupa ko pernah gaduh dengan orang lain sebab nak pertahankan kepercayaan ko pada aku . Aku tak lupa ko call aku before ko fly sambil nangis. kita ditakdirkan di medan peperangan yang berbeza. Aku tak lupa ko call aku ucap selamat jalan just before aku masuk kapal terbang masa aku nak bertolak ke Canada , pastu ko pass kt mak ko , huhu .

Aku mungkin lupa hari ini hari jadi ko , tapi aku tak lupa yang aku pernah bagi ko candle wangi masa birthday ko dulu dan ko call sambil ketawa sebab aku lupa cabut tanda harga benda alah tu . cet . bikin malu je . Aku mungkin lupa hari ini genap ko 22 tahun tapi aku tak lupa yang tahun lepas , masa hari jadi aku ko kirim kad ucapan selamat hari jadi pada aku .

Aik , kata ada kenangan pahit dan manis , tapi macam semua manis kan . haha . yang pahit biar lah aku simpan sebab yang pahit selalu mengajar kita tentang erti kehidupan sedang kan yang manis membuat kita dibuai memori lalu . sampai huruf ini aku tulis , aku tak ucap lagi selamat hari jadi untuk ko yang ke 22 , aku nak minta maaf kalau aku tak sempat nak bagi ucapan pada ko . Cuma , kalau ko percaya pada aku , aku sebagai 'bekas' sahabat ko , aku tetap nak tengok yang terbaik untuk ko . ko cakap or pk lah apa sahaja pasal aku , tapi , just remember apa aku cakap , jangan tipu diri sendiri untuk ukir senyuman di bibir ko dan di bibir orang lain (macam dalam lagu WHY yang ko kasi aku , sori , aku baru dengar tadi ni) . Ko or aku mungkin dah bawa haluan masing masing , tapi kenangan kita selama 8 tahun ni belum tentu pudar di telan zaman .

Be strong okay , jadi lah manusia yang baik , ingat Allah selalu . Aku yang jauh di benua lain tetap ingat ko as kawan aku , walau mungkin ko dah lupa istilah tu dalam 'kamus' hubungan kita , walau mungkin kita tiada lagi peluang berjumpa lagi selepas ini , walau ko mungkin tak nak bertemu kawan ko ni . Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 22 .

9 comments:

Anonymous said...

huhuhu..tulisan ko buat ak rindu pd zaman sekolah ler, fazry

dee said...

tq3..kenangan tetap kenangan..
ak rindu zaman 2 =)

fuzzree said...

Umai : aku rindu glerr kot zaman sek . time sek nak abis cepat haha padan muka aku nie .

Dee : My pleasure . Ko igt pesan aku . kenangan tak boleh ubah tapi masa depan ko boleh lagi diubah okay .

dee said...

haaaiiikkk..^^ tq fazry.
hope ko epi ^^

dee said...

even bjuta kali ak baca bnda ala nie..
ak tetap kalah~ =(..

fuzzree said...

Dee: lek ar . apsal sampai kalah ? huhu .

Anonymous said...

_junior pelik_

senior aku pandai bermain kata2...
ko memang ade taktik best kan nak suro org bace post ko nih...tajuk:TAKYAH BACA (BOSAN)...pastu tulis panjang berjela...haha....cayala....!!aku tabik...baik punyerrrrrr....

'bekas' kawan ko nih lelaki ke perempuan???kalu perempuan...pkataan 'bekas' tu means sekarang ni dah jadik 'kekasih' ker???hahahahaaa...oopppssssssssss....

oic...ko pindah masuk maahad balik....ceh...xpayah la pindah kalu mcm tu..ni mesti xfikir elok2 nih...hohoho....

oit senior....kan senang ko ckp jek sanah saedah alaik kat die..xpayah la nak post dlm blog..kasik kecoh satu dunia jek....
cehhhhhhhhhh............

fuzzree said...
This comment has been removed by the author.
fuzzree said...

unior pelik:
ko ni peka kan . aku tulis tue 'bekas' bukan sebab dah jadi kekasih la . ko tak faham . ko kecik lagi kot haha (padahal dah masuk u ek ) . ada la kes . wei , aku tulis takyah baca(bosan) sebab aku takut orang yang tak tau cerita hal nie akan bosan baca so xnak dieorg baca pastu nyampah . huhu . saje post dalam blog . aku tulis wish kt sini ada reason =) .

Post a Comment