Wednesday, March 24, 2010

cinta? jauhkanlah .

Bismillah .........

ngantuk skit . malam tadi tak tidur . laptop kena lovebite malware lagi . so , bawa gi service kt rumah mus . sambil tu study solid . dari pukul 11 lebih malam kot . sampai kul 2 lebih menatang ni xelok lagi . arif plak baru habis memerah otak untuk cari idea bagi final project dia .

sebelum dia masuk tidur , lepak dgn aku n mus . housemate lama berkumpul kembali . best pula . cam biasa ar . dah ada aku , open cerita pasal kahwin . haha . tp bukan benda tu aku nak highlight . aku just nak timbul kan satu benda . cinta . kitorang ni klu borak psl kahwin memang meleret-leret . haha . tapi yg aku nak quote ni psl lelaki dan cinta . ada certain lelaki , hebat macam mana pun , selalu lemah bila cinta menguasai diri dia . sampai hilang kawalan diri dan fikiran yang rasional kerana perhiasan dunia ni . aku dan arif setuju pasal hal nie . aku berani kata sebab aku pernah rasai . tak perlu elaborate panjang , mungkin orang kata , apahal mamat ni semacam je kan . tapi tu la , selagi orang tu tak rasai penangan cinta , dia tak kan tahu rasa nya . kenapa aku tak malu nak mengaku ? sebab kalau tak , ada certain orang tak percaya , sebab nanti dieorang cakap , ala , ko tak rasa , mana ko tau , cakap je lebih . ha . aku cakap base on pengalaman aku la .

jadi adakah aku menyokong cinta sebelum kahwin ni ? kalau mengikut nafsu , sokongan yang tinggi akan diterima . tapi percayalah , nasihat dari hati aku , JAUHKANLAH , sebab bila dah terjebak , korang akan rasa best , sampai tak sanggup nak lepaskannya walau pun dah sampai korang rasa bersalah tapi perasaan untuk hilang 'cinta' tu lagi payah nak buang la . (nasihat orang yang pernah terjerumus) .

so , klu rasa korang suka someone tu , simpan dulu dalam hati . bak kata seseorang , it just about the time . bila sampai masa , n orang tu muncul dalam hidup kita . selepas kita minta petunjuk daripada Dia , insya'Allah dia lah jodoh kita .

ramai je kapel bertahun-tahun , last-last kahwin dengan orang yang baru kenal beberapa bulan . as what I mentioned before , it just about the time .
yang perempuan apa rasa ? tak tahu . tanya mereka pula .

sesi diskusi kami diakhiri dengan makan makan pukul 4 pagi dan laptop ku kembali pulih . k la . mau tdo .

jom .

sebelum habis baca , dengar dulu .

yeah. thanx to you . who? you . yes . you !

enjoy this song . best . lalalala .



WAllahua'lam .

3 comments:

daffodil said...

belajar dari kesilapan.
sesiapa yg terjebak, akan faham.

it's just about time.
so true!

bykkan doa!

Khazinatul_Asrar said...

yup,thats right! JAUHKAN. jangan sampai dah tekan butang on, kalau dah,mmg susah nak switch off. hehh. kalau rasa2 nak on dah, terus je la masuk minang, kawen trus. xperlu memendam rasa cinta semua tu.

pray pray pray.

... said...

salam alaik..

"..sampai tak sanggup nak lepaskannya walau pun dah sampai korang rasa bersalah tapi perasaan untuk hilang 'cinta' tu lagi payah nak buang la." -Couldn't agree more!

rasanya perempuan pun sama pendapat ngan korang.. tunggu je masa and doa tu jgn putus..also jauhilah cinta sebelum kahwin.. kalau x mengundang dosa je which is a NO NO.. =)

wslm~

Post a Comment