Wednesday, March 24, 2010

sekadar 'pengemis' sahaja .

Bismillah ...

Tertegun seketika tatkala membaca . aku mungkin faham apa yang bermain di fikirannya . tapi , melihat kepada status dirinya , dan melihat kata-katanya , api yang padam marak semula . menyangka dirinya pasrah dengan ketentuan-Nya , rupanya hanyalah dongengan semata . bukan dia sahaja melaluinya , diri ini turut merana . namun kucuba tabah sekuat mana . melepaskan apa yang diidami sebelumnya . namun seolah-olah dituduh ria melayan benak fikiran ini , aku hampa sahaja . kerna ria sebelum ini datang selepas melihat dia sudah menerima takdir-Nya , bukan suka memandang penderitaannya .

biarlah apa dia mahu berkata . aku sudah bosan , dikritik sedemikian rupa . biarlah jika benar dia bermuka-muka . aku yang luka angkara torpedonya biarlah ku diam sahaja . kerna ku tahu , diam lebih bermakna disisi Dia . kerna Dia tahu apa yang kumaksudkan sebenarnya .

aku bukan manusia sempurna . kujuga punya kelemahan sebagai manusia . tapi kutetap menerima nasihat darinya . walau sudah dihentam sebelumnya . kerna aku ingin memilih damai dari sengketa . tapi , jika masih tersimpan di lubuk hatinya , biarlah urusan disudah antara dia dan pencipta . aku sudah lepas dari penglibatannya .

Ya Allah . biarlah kau yang menguruskannya . aku ingin berdiam sahaja . dia lebih dalam ilmu pengetahuannya . aku hanya 'pengemis' dimata manusia . adakah layak memberi nasihat kepada ulama' .

WAllahua'lam .

2 comments:

Anonymous said...

tiada bermuka muka. yang hanya ada manusia lemah yang kadang ternoda oleh bisikan syaitan. dan dirinya bukanlah ulama. jauh sekali.

"namun kucuba tabah sekuat mana . melepaskan apa yang diidami sebelumnya . namun seolah-olah dituduh ria melayan benak fikiran ini , aku hampa sahaja . kerna ria sebelum ini datang selepas melihat dia sudah menerima takdir-Nya , bukan suka memandang penderitaannya"

Terima kasih. akan sentiasa peringat kan diri supaya tabah, walau kadang kalah jua, tapi harus bangkit bermujahadah selalu. iA

Anonymous said...

oh. terperasan seorang diri disitu.

Post a Comment