Tuesday, March 23, 2010

Pesanan Luqman Al-Hakim .

Bismillah ...

Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak2nya.Kata sahabat Nabi yg alim dan bijak berfalsafah itu...

1.Wahai anakku,
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam,ramai yg telah karam di dalamnya.Jika engkau ingin selamat,layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama takwa,isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah.

2.Wahai anakku,
Orang yg berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat kepada Allah,maka dia itu orang yg tawaduk,lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3.Wahai anakku,
Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yg kamu lakukan,maka marahnya ibubapamu itu bagaikan baja utk tanam-tanaman.

4.Wahai anakku,
Ketahuilah,memindahkan batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada mengajar orang yg tidak mahu diajar.

5.Wahai anakku,
Apabila engkau mempunyai 2 pilihan,menziarahi org mati atau hadir ke majlis perkahwinan,pilihlah untuk menziarahi org mati kerana itu akan mengingatkanmu kepada akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkanmu kepada kesenangan duniawi semata-mata.

6.Wahai anakku,
Janganlah kamu menelan sahaja kerna manisnya sesuatu makanan,janganlah kamu memuntahkan sahaja kerna pahitnya sesuatu makanan.Kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

7.Wahai anakku,
Bukanlah satu kebaikan namanya bila engkau mencari ilmu tetapi engkau tdak pernah mengamalkannya kerna ia tak ubah seperti org yg mencari kayu bakar,tetapi setelah banyak,dia tidak mampu memikulny,padahal dia masih mahu menambahkannya.

8.Wahai anakku,
Bilamana engkau mahu mencari sahabat sejati,maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah.Pabila dalam kemarahan dia masih mampu menginsafkanmu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai sahabat.Jika tidak demikian maka berhati-hatilah.

9.Wahai anakku,
Bila engkau berteman,tempatkanlah dirimu sebagai org yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya.Biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

10.Wahai anakku,
Bergaul rapatlah dengan org yg alim lagi berilmu.perhatikanlah kata2 nasihatnya kerna sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata2nya.Bagaikan tanah yg subur lalu disirami hujan.

11.Wahai anakku,
Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu.Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang sampah kerna nanti engkau akan menjadi pengemis yg membebankan org lain.Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerna sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah.



WAllahua'lam .

0 comments:

Post a Comment