Thursday, March 4, 2010

Husnu Zan .

Bismillah ...

BERBAIK SANGKA - (HUSNU ZAN)
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : 'Allah berfirman,'aku sesuai dengan prasangka hambaKu kepada diriKu.'(Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah saw lagi yg bermaksud 'Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu berbaik sangka denagn Allah' (Riwayat Muslim)
Seorang hamba yg bersangka baik dengan Allah :
1. Apapbila melakukan ibadah, dia bersangka baikbahawa Allah akan menerima ibadahnya dan membalas dengan sebaik2 ganjaran pahala.
2. Apabila berdoa dia tahu bahawa Allah akan makbulkan doanya.
3. Apabila dia berdosa, segera bertaubat dan bersangka baik bahawa Allah pasti menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
4. Apabila ditimpa musibah, dia akan bersangka baik bahawa di sebalik ujian itu ada hikmahnya.

Reaksi hamba yg bersangka baik sesama manusia :
1. Memandang seseorang dari sudut positif dan mengabaikan sisi negatif.
2. Tidak menyebarkan keburukan saudara seislam yg lain.
3. Nasihat-menasihati andai ada kekurangan yg terserlah pada individu tersebut.
4. Saling mendoakan kesejahteraan.
5. Mudah memaafkan.

Sama2lah kita melatih hati untuk bersangka baik kepada Allah, sesama manusia dan terhadap segala peristiwa yg menimpa kita....renung2kan dan selamat beramal ('',)

Thanx ya ustazi :-) .

WAllahua'lam .

0 comments:

Post a Comment