Thursday, March 4, 2010

pabila niat dan cara disalah erti ...

Bismillah ...

walau kekadang aku menulis dengan emosi , aku lebih suka beremosi dgn diri aku dan bukan dengan orang lain . sebab apa , aku dah banyak pengalaman terjun dalam diskusi bersama orang lain yang mana dua-dua melontarkan hujah dengan emosi , lantas , input yang ditontar tak sampai , api kemarahan yang dinyalakan pada kedua-dua pihak . hingga timbullah tuduhan yang melampau-lampau . pernah berlaku dulu . dan aku tak faham . niat aku mengundur diri kini dari pertempuran emosi disalah erti sehingga macam-macam 'amukan' kata yang disembur . pedih . tiada niat aku menukil begitu . bahasa ringkas yang ku lorek cuma untuk menjimat masa dan mungkin orang yang tak faham dengan niat aku akan menyalah anggap . ku akui ilmu agama ku sejengkal cuma , tapi , aku masih faham tindakan mencalar maruah Islam dengan sengaja itu berdosa .

Benar la anggapan ku yang pidato dan tulisan itu ibarat sihir . boleh memukau manusia yang mendengar dan membaca dan boleh juga memberi kesan buruk jika salah interpretasinya .

Ya Tuhan ,
biar la mereka yang mengata ,
niatku bukan nilaian mata manusia ,
tapi di pandangan Yang Pencipta ,
Engkau Tuhan Yang Maha Kuasa ,
boleh membaca yang tersorok mahu yang nyata ,
bukan seperti manusia yang selalu bersangka .

Aku insan yang sering dinoda dosa ,
tapi ku yakin jalan-Mu itu shariq sebenarnya ,
Itulah yang benar dan tiada dusta ,
Ampunkan dosaku yang tak sekecil hama .

p/s:Imam Shafie'e tak pernah menang dalam debat dengan satu golongan manusia , iaitu golongan manusia yang berdebat untuk menang . kerana Imam Shafie'e akan mengaku kalah dan tidak mahu berdebat dengan orang-orang tersebut .
semoga aku tidak menjadi seperti golongan itu .

tulisan ini sebagai peringatan untuk diri sendiri .

WAllahua'lam .

0 comments:

Post a Comment