Monday, May 31, 2010

doa qunut nazilah .

Bismillah . 

sebelum aku kenal kan bacaan doa qunut nazilah di bawah , apa maksud qunut nazilah : 

dari segi bahasa, “qunut” mempunyai banyak makna. Antaranya ialah taat dan mendirikan perintah Allah, solat, berdiri yang lama, pengabdian, diam, khusyu’ dan beberapa makna lagi.
(Rujuk: Lisan al-‘Arab 2/73, al-Qamus al-Muhit 158, al-Munjid fi al-Lughah 656).
Dari segi istilah, Ibn ‘Allan menghuraikan maksud “qunut” di sisi syariat ialah satu nama bagi doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri. Menurut Syeikh Ibn ‘Uthaimin, qunut ialah satu istilah yang diberikan kepada doa yang sesuai dengan sesuatu keadaan atau ketika berlakunya sesuatu bencana.  Inilah apa yang dinamakan sebagai qunut nazilah.
(Rujuk: Al-Asqalani, Ibn Hajar, Fath al-Bari, 2/633. Ibn al-‘Uthaimin, Syarah Bulugh al-Maram, Kitab al-Solat, 224).
 Definisi”nazilah”:
Kita telah mengetahui makna “qunut” secara ringkas, apa pula yang dimaksudkan dengan “nazilah”?
Dari segi bahasa, “nazilah” ialah suatu keadaan yang gawat, mencemaskan dan terdesak.
Dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam seperti adanya musuh, ketakutan, musim kemarau, wabak penyakit atau sesuatu mudharat yang jelas menimpa umat Islam.
Atas kejadian serangan yang dilakukan oleh Israel kepada pasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza , mari kita sama sama membaca doa qunut nazilah di bawah : 



hadith:
- Abu Hurairah berkata: ((Ketika solat Subuh, selepas Rasulullah saw selesai membaca (al-Fatihah dan surah), baginda bertakbir (untuk rukuk) dan mengangkat kepalanya kembali, lalu baginda membaca: “Sami’allahu liman hamidahu, rabbana walaka al-hamdu”. Kemudian, baginda membaca doa dalam keadaan berdiri: “Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisham, ‘Iyash bin Abi Rabia’h dan semua golongan yang tertindas dari kaum mukminin. Wahai Allah, hancur dan musnahkanlah kaum kafir yang memberi mudharat, dan jadikanlah ke atas mereka tahun-tahun yang sengsara seperti yang berlaku pada zaman nabi Yusuf” )). (Riwayat al-Bukhari (no.2600) dan Ahmad 2/239, 396).
 Di dalam riwayat Imam Muslim (no. terdapat tambahan doa seperti berikut: ((Ya Allah, laknatilah kabilah Lihyan, Ri’l, Zakwan dan ‘Usaiyah yang telah menderhakai Allah dan juga RasulNya)). 
Di dalam hadis ini menceritakan bahawa Rasulullah saw mendoakan supaya Allah Azza wa Jalla menyelamatkan beberapa orang sahabat baginda yang masih tinggal di Mekah. Selepas masuk Islam, mereka itu diseksa dan diazab oleh kafir Quraish. Dengan keberkatan doa Rasulullah saw, mereka semua selamat dan kemudian terus berhijrah kepada baginda di Madinah. 

WAllahua'lam . 

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..saya hendak bertanya sekiranya nama saya Nazilah jadi tidak elok la maksud nama itu sbb blh mendatangkan bencana..minta huraikan.t.erima kasih

Post a Comment