Tuesday, June 15, 2010

saya practicalist not theorist mekasih .

Bismillah ... 

terima kasih kepada yang sudi membaca blog aku dan memberi comment membina secara private serta menggalakkan aku untuk berblog ini . lately agak busy dan penat kerja kan , so malas skit nak update blog . 

mungkin tak ramai kenal aku . aku maksud kan mengenali ku dan hidup ku . jadi ada antaranya yang seolah olah mengatakan aku theorist sedang kan apa aku faham dan tindakan aku more to be like practicalist . aku seorang yang lebih suka belajar melalui praktikal . 

sejak lepas spm , aku pernah bekerja sebagai pembantu kantin (mengemop lantai kantin , memberus longkang , memasak , membasuh pinggan cawan) , dan sebelah malam bekerja sebagai pembantu restaurant (mengemas meja , mengambil order , cashier , menghantar makanan) . aku juga pernah bekerja di kilang besi sebagai operator . dan kini aku bekerja sebagai testing engineer trainee di kilang microelectronic . bermacam macam pengalaman aku tempuh semasa aku bekerja di semua tempat ni . aku bukan anak orang yang kaya raya yang duduk di rumah melepak semata dan pergi melancong sana sini sahaja . jadi kesempatan semasa bekerja ini aku luangkan bukan hanya menimba ilmu malah bergaul secara tak langsung dengan golongan yang setaraf dengan ku dan golongan yang kurang bernasib baik . 

bergaul dengan kanak-kanak sekolah bermasalah di kantin , dengan tukang sapu sekolah yang berehat ketika makan , warga bangla yang bekerja di restaurant bersama ku , warga myanmar yang bekerja bersama ku di kilang besi sebagai operator , dan warga indon yang bekerja di kilang microelectronic . pengalaman ini aku rasa anak anak orang berada mungkin TAK DAPAT atau TAK NAK . aku dapat selami kesusahan dieorang yang cari rezeki , masalah mereka , dan cara pergaulan mereka . 

aku juga selalu mendengar cerita ibu ku mengenai masalah dan kesusahan pelajar-pelajar di sekolah nya yang boleh dikategorikan murid-murid yang ramai bermasalah . family mereka yang porak peranda . dengan ada yang ibu bapa dah xde , n aku dengar abang mereka menjadi mak nyah (klu x silap) , ayah melarang anak darjah satu ke sekolah dan mengajaknya ke karaoke , bapa yang tak cukup wang untuk membeli kasut anak mereka untuk ke sekolah sampai anak nya tak dapat ke sekolah . 

pengalaman di atas dan cerita-cerita begini mendorong pemikiran aku untuk menjadi lebih praktikal berbanding teoritikal . aku kadang-kadang berfikir dan berkata-kata melalui pemerhatian , pengalaman , dan pendengaran aku . aku bukan seorang yang mengejar IDEALITY dalam hidup aku . cuma , aku hanya mahu bersikap praktikaliti . bagi orang yang tak ada pengalaman sebegini , yang hidup dilimpahi kemewahan , bergaul dengan golongan berada semata mata mungkin tak terdedah dengan pengalaman ini maka mengatakan aku seorang theorist . Ini kerana mungkin la mereka belajar perkara perkara sebegini melalui buku semata tanpa terlibat dengan situasi sebenar lantas MUNGKIN membuat kesimpulan bahawa hidup mereka yang berada dan tidak terlibat dengan golongan berkasta lebih bawah sebagai praktikal . manakala kehidupan golongan lain selain mereka mungkin dianggap theory semata-mata . 

setiap individu ada background yang berbeza , jangan mengharapkan setiap orang menari dengan rentak yang sama dengan kita . tak perlu menukar terus genre irama kita , cukup la kita remix lagu kehidupan kita bersama mereka supaya kita dan mereka sama sama selesa dan memahami selagi mana kita tidak mengorbankan pendirian dan agama kita . 

peace . 
encik rempo . 

wAllahua'lam . 

3 comments:

Anonymous said...

faham ape yang disampaikan. terima kasih.

Daffodil said...

suka ayat ni:

setiap individu ada background yang berbeza , jangan mengharapkan setiap orang menari dengan rentak yang sama dengan kita . tak perlu menukar terus genre irama kita , cukup la kita remix lagu kehidupan kita bersama mereka supaya kita dan mereka sama sama selesa dan memahami selagi mana kita tidak mengorbankan pendirian dan agama kita .

good job~

fuzzree said...

anonymous : sama-sama , think positive .

at-toriQ : thanx . just my idea . some people maybe disagree right .

Post a Comment