Saturday, July 3, 2010

nasi ambang dan reminder .

Bismillah ...

baru sahaja pulang dari kenduri majlis pertunangan sepupu aku di kampung . nasi ambang kampung memang sedap . kedai punya jarang boleh lawan . cuma terlepas makan kat dulang beramai ramai sebab aku duduk kat dapur je menjadi anak dara .

minggu lepas , program revolusi minda pelajar (REMINDER) telah berjaya dilaksanakan . pada mulanya ada beberapa masalah yang merundung sehingga aku hampir putus asa dengan program ini . namun , rakan-rakan yang sudi meluang masa untuk menguruskan sebahagian tugas memudahkan pergerakan program ini . aku yang sibuk bekerja memang kurang mampu untuk mengatur segalanya sendirian . terima kasih . sangat sangat.

program itu dimulai dengan sesi motivasi dan perkongsian pengalaman pada waktu petang . sesi itu bermula agak lewat kerana masalah yang tidak dijangka yang dihadapi cikgu menyebabkan sedikit sebanyak memberi kesan kepada kurang tercapainya objektif pada sesi petang tersebut .

namun , kekecewaan ku terubat kerana pada malam itu , career booths telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan . mereka berpusu-pusu datang ke booths dan menunjukkan minat . malah , ada yang meminta untuk membuatnya lebih panjang seolah-olah sesi malam itu tidak cukup .

aku nampak semangat mereka mula bercambah dan ramai yang menunjukkan minat untuk ke luar negara . seronok . seronok aku . semoga Allah memudahkan segala urusan mereka dan semoga Allah memberkati apa yang kami usaha kan . seusai program , ada offer minta team kami buat di sekolah lain pula . hati aku berbunga-bunga kerana aku tahu walau ada orang nampak apa kami buat ni tak sesuai pada masa nya , tapi bagi orang macam aku , aku rasa , benda ini perlu didedahkan pada ketika ini dan waktu nya pada ku adalah tepat .

sesungguhnya usaha mereka itu beraneka macam (surah al-lail , ayat 4) .. (baca ayat-ayat seterusnya) .

wAllahua'lam .

1 comments:

Anonymous said...

_junior pelik_
blog ko nih dah mcm suatu coretan diari...dari segi penggunaan bahasa...
almaklum laaaa anak dara yer??
hahahahaaa......

mungkin reminder ialah suatu ujian daripada tuhan untuk ko....yerlaaa..kalu taun lepas ade byk halangan..taun ni pun ade halangan.....tapi kalu tuhan izinkan....xde sape boleh lawan....
ko ikhlas kan????

sepupu bertunang??ko biler lagi???wakakakaa...umah aku dah tau dah...dah boleh nampak naza itam ngan iswara merah....soo...kalu nak kawen....wajib jemput aku!!! hahahahaaa......

Post a Comment