Saturday, July 24, 2010

tetamu istimewa .

salam .

orang kata masalah ni mematangkan manusia . semoga apa yang aku tempuhi sekarang ni memberi manfaat kepadaku .

tadi ak didatangi tetamu istimewa.
bukan rombongan meminang .
kalau ada kan bagus haha .

seorang sahabat lama . kini belajar di luar negara . Alhamdulillah dah mendirikan rumah tangga ketika tahun dua dalam bidang perubatan .

orang selalu fikir kahwin ni susah . tapi aku tengok dia ni sempoi je . cerita nyer camni ..
dia ni dh suka sorang perempuan ni . selalu pn study sesama . so , like dia fikir , dia teringin nak ubah diri .
mak dia memula tak kasi dia kahwin tapi lepas cakap beberapa kali mak dia izinkan .

dia kata dulu hidup cam serabut je . tapi lepas kahwin ni hidup tenang . n dia kata dia pernah jumpa ayat quran yang isi kandungan nya lebih kurang berbunyi , Aku ciptakan pasangan untukmu supaya hatimu menjadi tenang . dia kata memang dia rasa apa yang disebutkan dalam Al-Quran tu .

mungkin orang kata tak prepare lagi nak kahwin semua , tapi dia cakap , kalau dah 30 umur pun , kita belum tentu dah prepare . n orang kat luar tu yg tak tahu banyak ilmu pn still kahwin , so kahwin dan sambil tu belajar tentang alam berumahtangga .

sekarang dia nak belajar pun rasa dipermudahkan . macam senang je belajar . rasa takde masalah .

macam dia kata , "aku ni bukan la baik sangat kn , tapi kita ni nk berubah kepada yang baik , so tak kan nak buat maksiat je . macam mana nak buat benda baik kalau pada masa yang sama still buat maksiat ." . (FUH >>>>>>>AYAT YANG DILONTAR TENANG TAPI CUKUP UNTUK MEMBERI KESAN DI KALBU.) .

moga dia bahagia dengan jalan yang dia pilih .

=) .

WAllahua'lam .

4 comments:

SyAiRaH aRIsA said...

salamun alaiiikkk..

kawen = alhamdulillah..'

PERHATIAN!!!!!!
KPD ahli kuarge penulis ( terutamanya ibunda dan ayahanda penulis) anak anda memberikan hint mahu kaweeennnn.. Segeraaaa carik jodoh utk beliau....huhuhuhuhuhu

Anonymous said...

_junior pelik_

setuju!!
setuju!!!
kepada ibu bapa penulis
anak anda sudah gatal mahu berumah tangga...
dan saya akan secara ikhlasnya akan datang rewang
hikhikhikhik

Cerah Jeff said...

ayat quran tu surah rum ayat 21
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

cepat2 la kawin walaupun saya tak kenal saudara..heheh

fuzzree said...

thanx semua hehe .
yeah . niat di hati mahu berkahwin . calon masih dicari .
persiapan zahir dan batin juga perlu kan .
doa semoga aku melalui hidup dalam keadaan trbaik.
insya'Allah .

Post a Comment